Profesor Azam

326 25 0
                                    

"Tukar group? Bukan ke i dah terangkan sebelum ni dalam whatsapp. You all can't change you group member im already choose" kata Profesor Azam yang terhenti daripada menyemak kerja tugasan yang belum ditandai olehnya.

"Tapi Prof, saya tak biasalah dengan dorang. Saya tak yakin dorang boleh beri kerjasama yang baik macam group yang prof agihkan sebelum ni"kata Adly.

Profesor Azam bangun daripada posisi duduknya lalu menuju ke sebuah rak yang penuh dengan pelbagai buku. Biasalah nama pun profesor memang kerjanya memerlukan banyak buku.

Disebalik ketegangan itu seorang lagi pelajar yang pada awalnya ingin meraih simpati daripada Profesor Azam turut terhenti apabila mendengar perbualan antara pelajar lelaki itu dengan Profesor Azam. Siapa lagi kalau bukan Iman yang mempunyai tujuan yang sama.

Dia memegang tombol pintu sambil mengintai mereka berdua di sebalik pintu itu. Mahu juga dia mendengar jawapan daripada Profesor Azam. Berharap Profesor Azam turut bersetuju untuk dia menukar kumpulan lain.

"Baiklah, macam nilah. I boleh benarkan you tukar group"kata Profesor Azam yang membuatkan pelajar lelaki itu berasa lega.

Adly menghembuskan nafas kelegaan. Pada akhirnya Profesor Azam berjaya juga dia pujuk. Andai sahaja Profesor Azam tidak bersetuju pasti sahaja keadaan akan menjadi sukar untuknya nanti.

"Tapi ada syaratnya" sambung Profesor Azam lagi. Bagi Adly apa pun syaratnya pasti akan dia terima agar dia dapat menukar dirinya dengan kumpulan lain. Itu sahaja jalan yang ada untuknya.

"Apa syaratnya Prof? Saya sanggup walau apapun  syarat yang Profesor bagi"jawabnya dengan gembira.

Iman  juga turut menantikan jawapan daripada Profesor Azam. Seandainya Profesor Azam memberikan lampu hijau untuk pelajar lelaki itu tidak mungkin dia tidak akan mencubanya nanti. Namun sebelum itu dia juga mahu mendengar syarat yang ingin dikemukakan oleh Profesor Azam.

"I akan tarik separuh daripada markah project you kali ni. Macam mana? You setuju?"kata Profesor Azam.

Terbeliak mata Adly mendengarnya. Tak! Tak mungkin dia mahu kehilangan markah hanya semata-mata untuk menukar kumpulan. Nampak gayanya terpaksalah dia bersetuju untuk bekerjasama dengan kumpulan yang asing baginya.

Hampir menangis Iman apabila mendengar syarat daripada Profesor Azam. Dia menundukkan kepalanya dan memikirkan dirinya nanti.

Ketika Iman masih lagi memikirkan kumpulan barunya itu, Profesor Zainal berdiri di belakangnya. Dia menepuk bahu Iman yang masih berdiri di hadapan pintu bilik Profesor Azam.

"Kamu buat apa ni Iman?"soal Profesor Zainal.

Mak oi! Ada Profesor Zainal pula. Macam mana eh? Oh, lupa dia sebenarnya nak hantar kertas kerja kepada Profesor Azam.

Dia tersengih memandang Profesor Zainal sebelum menjawab pertanyaannya.

"Takde apa-apa Prof. Saya just nak hantar kertas kerja saya"kata Iman.

"Dahtu nak hantar kertas kerja kenapa tak masuk? Jom masuk lagipun pintu tu memang dah terbuka"kata Profesor Zainal dan hanya diikuti oleh Iman.

Bunyi pintu yang dibuka, mengalihkan pandangan Profesor Azam dan Adly. Mereka memandang orang yang masuk ke dalam bilik itu.

"You rupanya Zainal. I ingat siapa tadi and you buat apa datang bilik ni, Iman? Ada masalah juga ke dengan group baru yang kamu terima?"soal Profesor Azam yang berbunyi seakan-akan satu sindiran di pendengaran Iman.

"Eh, tak. Mana ada Prof. Saya just nak hantar tugasan seperti yang saya janjikan dekat Prof sebelum ni"kata Iman yang berdalih.

Profesor Azam mengangguk sebelum mula mengalihkan pandangannya pada Adly yang diam seribu bahasa. Masih lagi berfikir jawapan yang perlu diberikan kepada profesornya itu.

"Ada bantahan lagi Adly. Adakah you masih fikir nak tukar group lain?"soal Profesor Azam.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now