Kasturi

148 20 0
                                    

Adly adalah orang yang pertama bangun pada pagi itu. Dia keluar daripada rumah lalu berkeliaran sambil mengambil beberapa keping gambar keadaan di kampung itu. Hanya sebuah pedalaman yang biasa dan dihuni dengan penduduk yang hidup dengan pelbagai aktiviti kampung.

Dia ada membuat pencarian tentang  dan kampung itu dan cuba untuk mencari tentang kewujudan rumah Kasturi yang popular di kampung itu. Adly menegur seorang penjual yang menjual kain songket di kawasan itu. Nama pun Kampung Songket, kebanyakkan yang dijual adalah kain songket yang diusahakan dengan kehalusan buatan tangan mereka.

Boleh diakui setiap songket yang dijahit sangat cantik dan mungkin boleh menawan hati mana-mana pembeli. Sambil menunggu penjual itu melayan pelanggan yang datang, Adly melihat hasil songket yang dihasilkan di kedai itu. Setelah beberapa minit dia menunggu, pak cik itu kembali berbual dengannya untuk wawancara tentang kampung itu.

Bermula dari wujudnya nama Kampung Songket sehinggalah perasaannya sebagai penduduk yang di kampung yang hidup serba kekurangan itu. Walaupun mereka hanya hidup dalam keadaan yang sederhana namun bagi mereka pembuatan songket adalah satu tradisi unik yang perlu dipelajari oleh anggota keluarga yang berada di situ.

Perbualan itu berjalan dengan lancar. Setiap perkara yang dibualkan Adly simpan di dalam audio rakaman yang dibawanya apabila dia perlukan untuk sesi wawancara. Adly mula menyimpan barangannya yang dikeluarkannya di dalam beg yang dibawanya.

Namun, sebelum dia keluar dari tempat itu, Adly teringat akan Kasturi yang sangat popular di situ sehingga didatangi oleh ramai orang asing di seluruh pelusuk negara.

"Pak cik, boleh saya tahu dimana rumah Kasturi?"soal Adly kepada pak cik penjual itu.

Senyuman di bibir pak cik itu mati dengan tiba-tiba mendengar nama itu keluar dari mulut Adly. Terus sahaja dia menolak Adly keluar. Tindakannya yang tiba-tiba itu membuatkan Adly jatuh di atas tanah.

Hampir seluruh penjual dan juga pembeli melihat keadaan mereka dan mula menghampiri pak cik itu. Adly tidak tahu punca dia dimarahi secara tiba-tiba oleh pak cik itu. Sikunya sedikit tercedera.

"Kau jangan sebut nama perempuan tu! Dia pembawa bala dekat sini!"marah pak cik itu sambil menunding jari pada Adly dengan pandangan yang tajam.

Kalau diikutkan Adly memang marah pada pak cik itu tetapi menahannya kerana masih hormat kepada lelaki tua itu. Pak cik itu cuba untuk menumbuk Adly sekali lagi namun dihalang oleh beberapa orang warga yang berada di situ.

Seorang gadis membantu Adly untuk bangun dan pergi dari tempat orang yang ramai itu. Adly cukup berterima kasih kerana gadis itu telah menolongnya.

"Terima kasih sebab tolong tadi, kalau tak ada adik tak tahulah apa yang akan jadi dekat abang"kata Adly kepadanya.

Gadis itu cukup ayu dipandangan mata Adly. Manis dan penuh dengan sopan dan santun.

"Tak ada apa-apalah, abang. Kalau saya tak tolong tadi pun mesti ramai yang tolong. Yelah, lelaki yang kacak macam abang, perempuan mana yang tak pandang"kata gadis itu membuatkan Adly ketawa mendengarnya.

Dia mula memeriksa jam di tangannya. Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum yang lain akan mula mengagihkan tugas masing-masing.

"Kalau macam tu, tak apalah. Abang pergi dulu,ya"kata Adly tetapi dihalang oleh gadis itu.

"Abang janganlah terburu-buru macam ni. Luka abang siapa nak rawat nanti. Biar saya yang rawatkan"kata gadis itu lalu memegang lengan Adly dengan lembut.

Adly berasa tidak selesa lalu menariknya dengan perlahan-lahan. Dia sangat berterima kasih andai gadis itu mengambil berat akan keadaannya tetapi dia masih ada tugasan yang perlu diselesaikan di tempat itu. Adly meminta diri untuk meneruskan perjalanan.

"Abang nak tahu pasal Kasturi,kan?"ucap gadis itu secara tiba-tiba membuatkan langkah Adly terhenti dan memusingkan badannya melihat gadis itu.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now