Sayang sekali mereka tidak dapat meneruskan perjalanan memandangkan keadaan hujan yang semakin lebat. Cuaca gelap menyukar Roy dan Farid sukar untuk membawa mereka sehingga tiba di destinasi. Nampaknya terpaksalah mereka bermalam di dalam van pada malam ini.
Semasa Alia baru sahaja ingin melelapkan mata di atas riba Syasya, Abang Farid menerima panggilan daripada seseorang. Dia mengangguk beberapa kali sebelum mula menghidupkan enjin van kembali.
Bunyi van yang dihidupkan itu mengejutkan Syasya yang terlena di atas kerusi dengan kepalanya disandarkan pada kepala kerusi van. Dia menggosok-gosok matanya yang masih lagi rasa mengantuk.
"Kenapa gerak balik Abang Farid?"soal Syasya yang membuatkan Syafiq dan Adly terbangun.
Tapi kalau dilihat tadi posisi tidur Adly dan Syafiq boleh dikatakan macam pasangan yang comel. Mana tidaknya Adly terlelap di atas bahu Syafiq dan Syafiq terlelap di kepala Adly. Mata Syafiq dan Adly bertentangan lalu menjarakkan diri seolah-olah ada bakteria di antara mereka.
"Oh, tadi Abang Roy call cakap ada resort dekat-dekat kawasan ni jadi malam ni bolehlah kita bermalam di sana dulu"kata Abang Farid.
Abang Farid memulakan perjalanan mereka mencari rumah penginapan untuk sementara waktu. Ketika itu, mereka terpaksa melewati dua jalan yang berbeza. Abang Roy dan Abang Farid memutuskan untuk berpecah bagi mencari rumah penginapan tersebut.
Sebenarnya Iman agak takut juga andai mereka terpisah. Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kebetulan pula pada masa itu, Iman terjaga dari tidurnya jadi dia terdengar perbualan antara Abang Roy dan Abang Farid.
Mungkin mereka memang pakar tetapi berbahaya juga untuk mereka berpisah dalam keadaan itu.
"Abang Roy" panggil Iman ketika dia sedang leka melihat-lihat kawasan di sekelilingnya.
"Eh, kamu dah bangun Iman. Ada apa Iman?"soal Abang Roy kembali.
"Erkk...Abang Roy takpe berpecah macam ni? Dahlah tempat ni gelap macam ni?"soal Iman.
"Jangan risau Iman. Abang Roy dan Abang Farid tahulah macam mana nak jumpa nanti. Kenapa Iman? Kamu risaukan Syafiq ke? Or Adly?"usik Abang Roy.
Aneh juga dengan soalan yang ditanya oleh Abang Roy? Memangnya dia ada menyebut nama Adly atau Syafiq? Entahlah dia sendiri pun tidak tahu masalah antara Syafiq dan Adly? Apa mungkin Abang Roy tahu sesuatu? Tak salah untuk dia bertanya tentang mereka.
"Ehmm...alang-alang Abang Roy tanya saya nak tahulah juga pasal dorang. Apa masalah dorang sebenarnya sampai tak boleh nak sekelompok macam tu?"soal Iman.
"Oh, Iman tak tahu lagilah ni? Sebenarnya....". Abang Roy berhenti meneruskan ayatnya apabila terdengar bunyi tayar meletup.
"Oh pocot mak kau!"jerit Abang Roy yang terkejut. Tergelak juga Iman dibuatnya. Terhibur jugalah pemandu yang mesra alam seperti Abang Roy.
Roy mula memberhentikan van di tepi jalan lalu keluar dari van untuk memeriksa keadaan tayar. Lama juga Iman menunggu sehingga dia sendiri akhirnya keluar untuk melihatnya. Apabila dia keluar dari van dia melihat Abang Roy sedang duduk sambil memicit tayar kanan pada bahagian belakang.
Baru selangkah gadis itu mahu mengerakkan kakinya, hidungnya menghidu bau harum yang tidak pernah dia hidu sebelum itu. Bau itu sangat kuat sehingga dia mula melangkah untuk mencari dari mana bau itu datang.
"Iman!" jerit Abang Roy semasa melihat Iman yang berada di luar.
Iman tersedar lalu memandang pada Abang Roy yang memanggilnya. Dia cuba menghidu aroma yang dia bau tadi tetapi aroma itu lesap dengan begitu sahaja. Sungguh aneh sebelum dia mula kembali melangkah ke arah Abang Roy.
![](https://img.wattpad.com/cover/221103108-288-k114944.jpg)
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...