Chatting

217 22 1
                                    

Group chat 'Mission of Kg Songket'

Ameer : Skrg nie terpulang dkt krg... we only have two day.. klau krg nk ikut sila list kan nama krg dkt bwh. Group lain dh mula gerak tinggal group kite je lgi. So fikir2 kan lh pilihan terbaik utk krg sbb aq x nk pksa.

Name
1.Ameer Hamdan Bin Yusri
2.
3.
4.
5.
6.

Syafiq : Kau yakin ke dgn semua ni? Kau thukan risiko dy? aq xnk letak kwn aq dlm bahaya

Ameer : Aq fhm apa yg kau maksudkan tpi do you have any suggest for village we can go?

Iman tidak tahu apa yang perlu dibuat olehnya. Perbualan antara mereka di bilik perbincangan tadi terngiang-ngiang di dalam ingatan. Adakah tindakan mereka betul untuk masuk ke kampung yang dimaksudkan oleh Ameer.

Mereka semua tahu itu adalah mitos di kampung itu tetapi untuk masuk ke kawasan yang mempunyai cerita sangat ngeri seperti itu boleh membawa mereka ke perjalanan yang tidak pasti akan ada kebaikan bagi mereka.

Alia dan Syasya sama seperti Iman. Syasya yang selama ini dilihat sangat agresif, hari ini tiba-tiba tidak bersuara. Malah,Alia yang selalu menceriakan suasana kumpulan mereka turut sama dilema dengan keputusan yang perlu mereka buat.

Andai sahaja Ameer sahaja yang pergi semua itu malah meletakkan lelaki itu dalam bahaya secara sendirian. Kawan seperti apa kalau meninggalkan kawan dalam situasi seperti itu.

Adly is typing......

Biasanya Adly diam tetapi kali ini Adly bersuara. Entah apa yang mahu ditulis oleh Adly. Kalau keadaannya begini.

Name
1. Ameer Hamdam Bin Yusri
2. Ahmad Adly Bin Zamri
3.
4.
5.
6.

Ternyata Adly menulis namanya di dalam senarai yang dibuat oleh Ameer. Adly setuju? Tapi lelaki itu turut tahu risikonya? Kenapa mereka berdua sangat nekad.

Ameer is typing......

Ameer : Kau serius ke Ad?!

Adly : Klau aq x ikut tkkan aq nk biarkan kau mati sorang2 dkt sana

Kini tinggal dia, Syafiq, Alia dan Syasya. Tiada seorang pun antara mereka yang meneruskan perbualan itu. Disebabkan terlalu rumit untuk diputuskan, Ameer mula membuat keputusan untuk mereka semua dapat memilih sebaik mungkin.

Ameer is typing......

Ameer : Listen to me. Aq tk nk pksa korang klau ada lagi selain aq & Adly dtg ke kafeteria jam 9.00 pgi. Aq bgi masa 9.30 klau siapa2 yg x dtg aq kira x ikut. Jgn risau aq x mrh pun. I just do what i have to do as a leader in this group.

Memang betul apa dikatakan oleh Ameer. Dia seorang ketua dalam kumpulan itu walaupun berpewatakan  kurang disenangi untuk pertama kali Iman menemuinya. Tetapi melihat kesungguhan Ameer dalam memujuk mereka Iman terpaksa berfikir untuk kebaikan mereka.

Nampak gaya tidak tidur malam dia malam ini memikirkan hal ini. Biasanya tidak pernah sekali pun dia ada masalah untuk menyertai mana-mana tempat yang dipilih oleh kumpulan.

Bahkan, Aisya juga telah bertolak awal pagi tadi bersama ahli kumpulannya yang lain. Dalam rumah itu hanya tinggal dia ketika waktu malam memandang kawannya lain sibuk berada di luar.

Ada yang bekerja untuk menampung yuran pengajian dan ada juga yang hanya menghabiskan masa di waktu malam memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir mereka bersuka ria di tempat itu.

Suasana di rumah itu memang sunyi memandang jarang orang yang menyewa di tempat itu dan memandangkan Aisya telah pergi rumah itu dirasai semakin sepi kerana pada kebiasaannya Aisya akan jadi penemannya di waktu malam.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now