Secawan air diletakkan di hadapannya dengan wajah yang cukup dingin. Seorang wanita yang menolong mereka semalam mencari tempat untuk menginap. Rupanya dia adalah ibu kepada gadis yang menolongnya tadi. Nampak muka anaknya cukup manis sedangkan maknya macam tak pernah belajar senyum. Sungguh berbeza.
Gadis itu duduk di sebuah kerusi yang kosong untuk bersembang dengan Adly. Wanita itu memandangnya dengan tajam mengalahkan jarum lagaknya. Mungkin dia fikir, Adly datang ke situ semata-mata ingin memikat anak gadisnya itu.
"Berbual elok-elok. Jangan lebih-lebih"ucap wanita sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.
Amaran yang cukup berbisa daripada seorang ibu kepada mana-mana lelaki yang ingin mendekati anak gadis mereka untuk tujuan tertentu. Setelah Adly, rasa wanita itu sudah cukup jauh, dia mula berbual dengan gadis itu.
"So, sekarang ni boleh adik beritahu abang tentang kasturi?"soal Adly yang ingin tahu.
Sebenarnya, jika dicari dan ditanya kepada mana-mana peneroka, kebanyakkan daripada mereka berkata bahawa Kasturi adalah gadis yang hidup dengan satu sumpahan. Sehingga ke hari ini tiada orang yang boleh mendekati Kasturi kalau tidak malang petaka akan menimpa mereka secara perlahan-lahan.
Dan itu adalah hal yang diketahui oleh mereka semua. Sejak dari awal mereka elak untuk masuk kerana bimbang akan bertemu dengan gadis yang bernama Kasturi itu. Kerana gadis itu sangat suka jika ada orang asing yang berkunjung ke kampung dan yang paling mengerikan ada khabar berita, sesiapa yang menemuinya akan terbunuh tanpa mereka ketahui caranya.
"Sayalah Kasturi"jawab gadis itu dengan soalan yang dianjurkan oleh Adly.
Terkejut Adly mendengarnya. Jadi orang yang menolongnya adalah Kasturi. Sangat berbeza dengan apa yang dibacanya di dalam laman sosial. Dikatakan gadis yang bernama Kasturi tidak mesra dengan orang lain sedangkan Kasturi yang berada di hadapannya sangat mesra dengan dirinya.
"Adik, abang tak bergurau,ya? Takkanlah adik ni Kasturi bukan ke Kasturi tu...". Kata-katanya terhenti bimbang jika dia akan menguris hati Kasturi nanti walaupun masih ragu bahawa gadis itu adalah Kasturi.
"Ya, saya Kasturi. Memang pasal sumpahan tu. Satu kampung cakap pasal hal ni. Sebab tu sampai sekarang saya tak pernah ada orang rapat dengan saya selain ibu saya. Walaupun kadang-kadangnya ibu saya sangat tegas orangnya tapi saya tahu dia buat semua tu untuk kebaikan saya"kata Kasturi yang cuba untuk kelihatan tabah.
Adly terdiam tetapi dia masih belum mendengar jawapan daripada Kasturi itu sendiri tentang sumpahan itu. Andai kata, ianya hanya sekadar rekaan, bagaimana sumpahan itu boleh wujud sehingga dia sangat dibenci oleh orang kampungnya sendiri.
Kalau ditanya takut nanti akan membuatkan gadis itu menjadi semakin sedih. Kesian, dalam usia belasan tahun seperti itu, dia sudah dibenci dari lahir. Kasturi tidak segan silu menceritakan kisah hidupnya.
Sejak dari kelahirannya, orang kampung sudah mula berkumpul di hadapan rumahnya untuk membakar sendiri Kasturi yang masih kecil pada waktu itu. Cerita itu diceritakan oleh ibunya sendiri kerana dia ingin tahu punca datangnya sumpahan itu.
Disebabkan hal itu, ibunya melahirkannya di sebuah rumah yang terletak jauh di pinggir kampung. Setelah sebulan berada di sana, mereka kembali ke rumah mereka dan mula diserbu oleh orang kampung yang menginginkan Kasturi untuk mati.
Sejak hari itu, ibunya sendiri mula mereka cerita, sesiapa sahaja yang cuba mendekati Suri akan dihantui sepanjang hidup. Pada awalnya orang kampung tidak mempercayai namun satu per satu perkara buruk mula berlaku di kampung itu.
Jika ditanya punca orang kampung ingin melenyapkan Kasturi dari muka bumi, ibunya tidak pernah menceritakannya. Dia kata lebih baik untuk dia tidak tahu akan hal itu.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...