Tepat jam 12 tengah malam, mereka akhirnya tiba di pedalaman Kampung Songket. Suasana pada waktu itu sungguh sunyi dan sepi. Mungkin kerana para menghuninya sudah tidur. Kalau dilihat dengan mata kasar, penduduk kampung kelihatan kurang maju berbanding dengan kawasan yang sekarang mereka duduk.
"Memang betul-betul kampung ni, line pun tak ada"kata Farid yang mula memeriksa telefonnya.
Keadaan itu menyebabkan, mereka yang lain mula memeriksa jaringan telefon mereka. Memang betul apa yang dikatakan oleh Abang Farid. Satu bar pun tak ada. Tetapi masalah mereka sekarang ini bukan hal itu tetapi tempat untuk mereka tinggal sementara waktu di tempat itu.
Di dalam kekalutan itu, Ameer dalam diam memerhati tingkah laku Iman. Dari mula perjalanan mereka, Iman langsung tidak banyak bersuara. Reaksi yang ditunjukkan juga bukan seperti reaksi Iman yang dia kenali.
"I...". Ucapan terhenti untuk menegur gadis itu apabila Syasya tiba-tiba datang dan berbicara dengannya. Dari riak wajah Syasya, dia seperti ingin bercakap bersendirian dengan Ameer.
Tangannya ditarik berada agak jauh dari mereka semua. Ketika itu, Alia sedang bergurau senda dengan Syafiq dan Adly walaupun Adly jelas sekali tidak mahu melayan telatah mereka berdua.
"Kau yakin ke dengan apa yang kita buat sekarang ni?"soal Syasya yang mula meragui tentang kewujudan Kampung Songket.
"Kenapa pula? Memang betullah sekarang ni kita dekat Kampung Songket,kan?"kata Ameer.
"Tapi Meer, kau tak rasa ke dari awal banyak benda pelik yang berlaku. Semua tu macam dah tunjuk dekat kita jangan datang tempat ni"kata Syasya lagi.
"Kau dengar sini baik-baik". Ameer mula menunding jari pada Syasya. Gadis langsung tidak menghormati keputusannya sebagai seorang ketua. Jadi kenapa bukan dari awal lagi, dia tidak mengikuti mereka ke tempat itu.
"Aku dah cakap dengan kau sebelum ini,kan? Aku tak paksa sesiapa yang ikut dengan aku. Tapi kalau dari awal kau tak setuju, kenapa tak undur diri dari dulu lagi?!"marah Ameer kepada Syasya.
Kak Asma melihat ketegangan yang berlaku antara Syasya dengan Ameer dari jauh. Dia menghampiri mereka untuk meredakan marah antara mereka.
"Hey, dah lah. Korang dah tahu kita dekat tempat macam. So, stop bertekak sebab tak ada guna pun"kata Asma kepada mereka berdua.
"Kamu semua buat apa dekat tempat macam ni?"soal seorang wanita yang berwajah dingin pada mereka.
Angin tak ada. Ribut tak ada, dari mana pula datang wanita itu. Sudahlah bunyi tapak kaki pun tidak kedengaran.
"Tak payah tengok saya macam tu. Tadi, Ain yang cakap ada tetamu melawat kampung kami"katanya yang kedengaran agak kasar di telinga mereka.
Mungkin Ain yang dimaksudkan adalah wanita yang tadi ditemui oleh mereka sebelum masuk ke kampung itu. Akan tetapi, mereka masih lagi ragu dengannya. Entah manusia atau bukan tapi wanita itu berbicara cukup sinis di pendengaran telinga mereka.
Tidak lama kemudian, dia menjemput mereka untuk itu bersama dengannya. Orang sudah ajak takkan nak tolak lagi. Syasya berjalan dengan abangnya. Hanya itu jalan yang selamat untuknya. Jauh juga berjalan sehinggalah mereka tiba di sebuah rumah yang kelihatan gelap dari dalam.
"Kamu semua boleh tinggal di sini kecuali kamu"ucap wanita itu kepada mereka dan memandang tajam pada Iman.
"Mana boleh macam tu,akak. Dia kawan kita orang, jadi perlu ada dengan kita orang"marah Alia manakala Iman langsung tidak bersuara.
"Tak ada bantahan. Dia kena ikut dengan saya kalau tak saya takkan benarkan kamu semua tinggal di sini"katanya lagi.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HororSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...