Pada pagi itu suasana di rumah sekumpulan pelajar perempuan telah pun sibuk. Ada yang bangun dari awal pagi lagi semata-mata ingin menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada hari ini.
"Iman!!!! Kau buat apa! Kau nak makan roti hangit ke?"bebel Aisya.
Terus jari jemari Iman berhenti daripada terus menaip. Dia bergegas ke tempat pembakar roti. Lupa pula dia telah membakar roti tadi. Maklumlah sibuk sangat nak menyiapkan tugasan yang seharusnya dihantar kelmarin.Nasib baiklah dapat pensyarah yang memberikan kelonggaran memandangkan ini adalah tahun terakhirnya. Biasanya Iman selalu menyiapkan tugasannya di awal waktu tetapi memandangkan tahun ini dia diberikan tugasan yang agak berat menyebabkan beberapa tugasannya tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan.
Tahun ini dia telah dicalonkan sebagai ketua editor untuk video akhir tahun semasa majlis makan makan bersama dengan para pelajar yang bakal menerima segulung ijazah tahun ini. Dan memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir mereka, tugas yang mereka terima juga lebih sukar dari sebelumnya.
"Iman, kau dah baca whatsapp yang Prof. Azam hantar?"soal Aisya kepada Iman yang sedang menyapu rotinya dengan jem strawberi ketika itu.
"Prof ada hantar whatsapp ke? Aku tak baca lagi tak sempat. Kenapa? Dia cakap apa?"soal Iman.
Dia berjalan ke arah meja tempat dia menyiapkan kertas kerjanya itu lalu meletakkan pinggang yang berisi empat keping roti dan dua cawan air milo hangat yang telah pun dibuat oleh Aisya tadi.
Aisya mengambil roti bakar itu lalu disuapkan di dalam mulutnya sebelum menjawab pertanyaan Iman tadi.
"Kau ni, aku tanya kau. Bukan suruh kau makan"bebel Iman lalu minum seteguk air. Hilang sedikit rasa dahaganya.
"Maaflah Iman kali ni kita tak sekelompok. Kau group lain aku group lain untuk next project nanti"kata Aisya.
Tersedak Iman dibuatnya. Mana tidaknya, selama ini tidak pernah sekali pun dia dan Aisya diasingkan daripada kumpulan yang sama. Kenapa pula kali ini Profesor Azam mahu mengasingkan mereka berdua.
"Ehs, kau ni. Jangan main-mainlah. Takkanlah macam tu. Kan biasanya kita sekali kalau ada project baru"kata Iman yang cuba berdalih kerana masih tidak percaya.
"Eh, kau ni. Kau ada nampak muka aku main-main ke? Kalau tak percaya kau bacalah whatsapp group. Memanglah ramai yang complain kata tak setuju dengan group yang Prof. Azam bagi tapi Prof. Azam sengaja nak tengok kita ni boleh tak bekerja dalam kumpulan lain. Lagipun kau kena faham. Tahun ini tahun terakhir kita jadi terima sajalah"ucap Aisya.
Aisya memang sangat bersahaja memandangkan dia perlu bekerjasama dengan kumpulan yang sangat cekap dalam menyelesaikan tugasan tetapi untuk Iman tidak. Dia bukannya seseorang yang mudah selesa dengan orang lain.
Kalau bukan ada Aisya selama ini yang menganggapnya kawan mungkin selama ini dia tiada kawan di sisinya. Bukannya dia tidak ada niat untuk ada ramai kawan seperti Aisya tetapi dirinya sendiri yang sukar untuk beramah mesra dengan orang lain.
Untuk gadis sepertinya, dia selalu dicopkan sombong disebalik sifat malu dan juga kekok untuk memulakan sebuah persahabatan. Agak-agaknya siapalah orang yang akan bekerjasama dengannya nanti. Bolehkah dia menyesuaikan diri dengan mereka nanti sebagai rakan sekumpulan? Arghhh!!! Tak tahu. Dia sendiri kusut memikirkannya.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...