Lampu

165 20 0
                                    

Seperti biasa, mereka akan singgah di sebuah tempat untuk membeli makanan sebelum kembali bertolak ke tempat tujuan. Kak Asma bersama dengan tiga orang lagi gadis berjalan bersama untuk melihat barangan yang berada dalam pasar raya di daerah itu sebagai bekalan.

Dari awal mereka masuk, beberapa mata manusia memandang mereka. Seolah-olah melihat orang asing masuk ke kampung mereka. Padahal itu adalah pasar raya jadi wajarlah setiap masa mereka pasti akan tersempak dengan orang asing.

Namun begitu, Iman cuba menghilangkan rasa sangsinya dengan tempat itu. Lalu berjalan mencari barang yang mereka perlukan. Badannya bergerak seiringan dengan tempat matanya memandang.

"Kak Asma, yang ni boleh?"soal Iman kepada Kak Asma yang kira ada di sebelah namun tiada.

Bukankah tadi dia berjalan dengan Kak Asma dan yang lain? Mana pula perginya mereka. Iman mula mencari mereka di setiap sudut pasar raya itu tetapi tidak dijumpai. Dia menjumpai lif yang menutup ke tinggal dua.

Boleh tahan juga untuk pasar raya itu mempunyai sebuah lif walaupun sudah lama. Baru sahaja, dia ingin menekan butang ke tingkat dua seorang lelaki penghalang pintu lif itu daripada tertutup.

Mungkin pelanggan di tempat itu. Pakaiannya kelihatan lusuh di matanya. Mereka diam tanpa bicara sehingga lif itu membawa mereka ke tingkat dua. Semasa lif itu mula bergerak, lelaki itu tiba-tiba sahaja menangis sambil menutup mukanya.

Iman tidak tahu punca dia menangis dan cuba memegang lelaki itu untuk menenangkannya. Akan tetapi tidak sempat dia menyentuhnya, dia terdengar suara seseorang memanggil namanya di hadapan lif. Ternyata lif itu sudah mula terbuka dan orang yang memanggilnya adalah Syafiq.

"Iman?"panggil Syafiq yang membuatkan Iman mengalihkan matanya memandang Syafiq yang sedang berpeluk tubuh.

"You buat apa tu?"soal Syafiq yang pelik melihat Iman yang seakan-akan menyentuh sesuatu di sebelahnya.

"Takdelah, cuma...". Ucapan Iman terhenti. Lelaki yang sedang menangis di sebelahnya telah tiada. Bila masa pula dia keluar? Kalau betul itu manusia pasti lelaki itu lalu di sebelah  Syafiq tadi. Tapi bayangan pun tidak kelihatan.

Syafiq mengerutkan kening melihat Iman yang sedang berfikir tentang sesuatu. Sedang Syafiq memerhati Iman, lalu di laluan itu tiba-tiba sahaja berkedip. Tanpa banyak bicara Syafiq menarik tangan Iman untuk keluar dari tempat itu.

Dia mengekori langkah Syafiq sehingga menemui pintu laluan ke tingkat bawah. Lampu di kawasan itu masih lagi berkedip. Syafiq melihat Iman seperti tidak selesa. Mata Iman beralih ke tempat Iman lihat.

Rupanya tangan Syafiq masih memegang tangan Iman. Ya, dia tahu dia memegang pergelangan tangan gadis itu yang ditutup dengan baju namun bagi Iman, dia tidak selesa diperlakukan seperti itu.

Lampu terpadam sepenuhnya. Mereka semua terkejut namun yang lebih mengejutkan tiada seorang pun yang bersuara walaupun ramai orang di dalam pasar raya itu. Memang ada yang tidak kena dengan tempat itu.

Farid menyalakan lampu telefonnya untuk membantunya melihat dalam gelap. Entah kenapa kasut yang dia pakai dirasai melekit. Dengan perasaanya yang tidak nyaman itu matanya perlahan-lahan ke bawah dengan  menyuluhkan pada kasutnya.

Dia mengangkat kasutnya yang masih melekit dan membuntangkan matanya. Sudahlah dia berada seorang diri di tempat itu. Yang paling membuatkan Farid tidak keruan, ada tanah liat di kasutnya. Rasanya dia tidak ada memijak tanah liat sebelum masuk ke dalam pasar raya itu.

Pergerakannya terhenti apabila melihat ada kain yang penuh kotoran dan berwarna putih berada di hadapannya. Dia tahu itu bukan manusia, tapi penunggu di tempat itu dan kakinya yang diikat. Siapa sahaja yang tidak kenal akan sosok itu. Rasanya korang dah boleh agak,kan?

Kampung MatiWhere stories live. Discover now