Sesat

149 17 0
                                    

Lama mereka mencari sehinggalah Abang Farid dan  Syafiq menemui rumah terletak di hujung kampung itu. Rumah itu sangat tua dan tidak berpenghuni. Baunya juga cukup busuk. Syafiq dan Farid mula memeriksa di kawasan sekitar rumah itu sebelum Syafiq mengambil keputusan untuk masuk ke dalam.

Bau itu semakin kuat apabila dia masuk ke dalam rumah itu. Dia cuba mencari punca bau itu berasal. Sementara Abang Farid sedang cuba untuk menghubungi  Roy dan juga yang lain untuk memeriksa keadaan mereka dengan menggunakan walkie talkie yang dibawa khusus untuk hal kecemasan.

Keadaan semakin gelap di situ, dia cuba memanggil nama Syafiq tetapi tidak dijawab. Sudah dicari di sekeliling tempat itu namun tiada. Bunyi suara yang asing keluar dari walkie talkie yang dibawa olehnya. Mungkin itu adalah Syafiq.

Farid mula meninggalkan tempat itu untuk mencari keberadaan Syafiq. Kini, dia telah jauh daripada rumah yang tadinya dia jumpai dengan Syafiq. Dia semakin tidak keruan. Keadaan juga semakin gelap. Baru sahaja Farid ingin melangkah, kakinya tergelincir di tepi tebing yang tinggi.

Dia berusaha naik dengan memanjat batuan batuan di situ. Tergigil tangan Farid yang mencuba untuk naik. Pada akhirnya, Farid berjaya naik walaupun badannya terasa cukup penat.

Farid bersandar di sebatang pokok besar yang berada agak jauh dari tebing itu. Lalu melelapkan matanya. Entah kenapa, matanya terasa sungguh berat dan Farid mulai tertidur di tempat itu.

Pada masa yang sama, Syafiq pergi mencari Farid yang hilang secara tiba-tiba dan meninggalkan di rumah usang yang gelap itu. Bulu romanya cukup tegang disebabkan suasana di dalam hutan itu yang sejuk.

Dia mula teringat akan mimpi yang diceritakan olehnya kepada Ameer. Hal yang terjadi padanya kini. Seperti sekarang dia berjalan bersendirian di dalam hutan yang besar itu. Mencari jalan keluar yang tidak dia jumpai.

Syafiq memandang pada awan yang menutupi bulan pada malam ini. Pasti waktu itu sudah hampir masuk tengah malam. Badannya semakin sejuk. Malah, belakang badannya sangat sakit

Tangan cuba menyentuh belakang badannya untuk menghilangkan rasa sakitnya. Dia mengerutkan kening apabila terasa ada sesuatu yang melekit dibelakang badannya. Walaupun agak geli untuk dia menyentuhnya dia tetap memeriksa belakang badannya.

Lampu suluh dinyalakan pada jarinya. Dia sangat takut ketika itu. Ianya adalah darah. Tetapi bagaimana belakang badannya boleh terluka sedang dia tidak diserang oleh mana-mana binatang buas.

Bunyi suara hilaian ketawa membuatkan diri Syafiq membatu. Suara itu jelas kedengaran berada di belakangnya. Tanpa langsung memusingkan badannya, Syafiq dengan pantas memecut laju dari tempat itu.

Namun, kaki Syafiq tersadung pada akar kayu yang besar dan kepalanya terhantuk pada batu yang berada di situ. Pandangan Syafiq semakin kabur. Matanya melihat seorang wanita tidak jelas wajahnya berdiri di hadapan Syafiq dan memandangnya.

Dia tahu itu adalah wanita yang dia lihat dalam mimpinya. Wanita yang berkebaya merah. Di fikiran Syafiq itu adalah jalan kematian untuknya. Dia akan mati di tangan wanita yang dia tidak ketahui identitinya.

Matanya tidak ditahan lagi dan semakin berat. Semuanya mula bertukar gelap secara perlahan-lahan. Badan Syafiq diseret oleh wanita itu dengan mencangkukkan alat yang tajam pada baju Syafiq.

Semuanya akan terbalas. Dendam masa lalu Melati akan terbalas. Dia tahu ini semua kejam tapi ini tiada apa-apa dibandingkan rasa kehilangan orang yang paling disayangi olehnya.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now