"Cukup...dia ada dekat sini"kata Adly secara tiba-tiba.
Mereka mencari perkara yang dimaksudkan oleh Adly dan ternyata itu adalah Iman. Bagaimana pula Adly dapat mengetahui kehadiran Iman di sekitar mereka. Sedangkan Iman berada cukup jauh beberapa meter dari mereka.
Syafiq dan Ameer beralih pada Adly yang mula memejamkan matanya. Sejak dari awal lagi, Adly akan memejam matanya setiap kali melihat kedatangan Iman. Memangnya ada sesuatu pada Iman sehingga Adly berkelakuan begitu.
"Nanti aku cakap tapi buat masa sekarang jangan tanya lagi"kata Adly.
Mahu percaya atau tidak mereka terpaksa percaya dengan kata-kata Adly. Kedatangan Iman disambut ramah oleh Syafiq dan Ameer. Tinggal dua orang sahaja lagi yang belum tiba. Kini, hanya lima minit yang tinggal untuk memulakan segala persiapan mereka.
"Tunggulah i dulu, Iman!"jerit Alia dari jauh. Gadis ternyata mengikuti Iman namun terlepas disebabkan Iman berjalan terlalu laju daripadanya.
Kalau diikutkan perjanjian, mereka sepatutnya sudah memulakan sesi perbincangan mereka. Hanya Syasya yang tiada di situ. Bermakna memang Syasya langsung tidak mahu mengikuti program pada kali ini.
"Ok, sekarang kita boleh bincang. Kita ada satu masalah lagi. Pasal sewa van. I dah tanya beberapa orang penyewa van but all of them ada masalah tertentu. Jadi ada sesiapa boleh suggest any van driver"kata Ameer yang memulakan perbincangan untuk ekspedisi.
"Benda lain dah tak ada masalah ke Ameer. Penginapan or foods?"soal Iman yang kini lebih berani memandangkan sudah beberapa berada dalam kumpulan itu.
"My sweetie...im Ameer ok. Semua tu i dah tetapkan. About the place i serahkan semua pada Syafiq and about kita serahkan pada anak chef kita yang berbakat ni sepanjang perjalanan untuk sampai nanti"kata Ameer.
"Aku?!"jerit Syafiq yang baru mengetahui.
Ameer memang sangat pakar. Pakar dalam membuatkan orang lain sengsara terutama kawan-kawannya. Setiap kali ada projek Syafiq selalu diberikan tugas yang berat. Berat? Berat ke?
"Kau ni. Tak lawaklah weh. Takkan aku nak jadi chef pula"bebel Adly kepada Ameer.
"Ad, kau pernah masuk pertandingan memasakkan? You pernah menang tempat pertama dalam peringkat negeri,kan?"kata Ameer.
Ternganga Alia dan Iman mendengarnya. Kembang kempis juga hidung Adly melihat reaksi kedua gadis itu. Inilah orang kata tak kenal maka tak cinta.
Nampak sahaja macam ni. Kalau bab makanan Adly memang pakar. Di sekolah dulu datuk Adly selalu menyokong Adly dalam pertadingan masakan. Dia banyak belajar daripada datuknya setelah kedua ibu bapanya meninggal. Jadi dia tinggal di rumah datuknya sejak usia 13 tahun lagi.
Syafiq sudah mula menunjukkan reaksi tidak puas hati melihat mata Iman memandang Adly. Mana pernah dia melihat Iman memandang Adly sebegitu rupa. Bagai mendengar satu berita yang tak dijangka-jangka.
"Ehem!". Jerit Syafiq lalu matanya memandang pada Ameer untuk berhenti memuji Adly. Boleh panas pula hati kita mendengarnya.
"Dengar cerita ada orang cari tukang pandu van dekat sini"kata seorang lelaki yang agak berusia dalam lingkungan 30-an dibelakang Iman dan Alia.
"Abang Roy!" jerit mereka serentak.
"Kau kenal dengan Roy, Iman?"soal Syasya yang berada di belakang lelaki itu.
"Hah? Oh, dia kawan abang aku"kata Iman.
Dalam suasana yang gembira itu, ada tiga pasang mata yang memerhati seumpama ada alat pengesan kepada badan Roy dari atas ke bawah.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...