Semuanya mengambil waktu. Mereka hanya akan bertolak apabila Iman pulih sepenuhnya. Walaupun pada awalnya mereka tidak mahu melibatkan Iman kerana tidak mahu kejadian yang sama terulang kembali. Namun gadis itu berdegil untuk turut serta bersama dengan mereka nanti.
"Cantik selendang kau ni, Iman?"kata Syasya lalu menyerahkan selendang itu kepada Iman. Selendang yang diberikan oleh Syafiq tempoh hari ini. Lupa pula dia mahu menanyakan hal itu kepada Kak Asma.
Iman tersenyum mendengar pujian Syasya. Tiada seorang pun yang tahu selendang itu bukan miliknya. Dia melilitkan selendang itu di lehernya. Kak Asma melambai-lambai pada Iman yang sedang berjalan ke arah van dan ditemani oleh Syasya dan Alia.
Kasutnya terasa longgar. Iman menyuruh Alia dan Syasya untuk pergi kerana dia mahu mengikat tali kasut dahulu. Tidak sampai beberapa minit dia mengikat tali kasutnya, Iman kembali bangun berdiri dan tersenyum. Namun begitu, senyuman itu hanya sementara apabila dia tidak lagi melihat wajah-wajah yang biasa dilihatnya.
Leher Kak Asma kelihatan patah dan diletakkan di bahu kanan dengan air mata darah yang keluar dari kelopak matanya. Manakala Syasya kelihatan terapung kerana tiada anggota bahagian bawah sambil melambai-lambai pada Iman dengan hampir sebagai wajahnya yang terbakar. Apabila dia melihat pada diri Alia, gadis itu diam tanpa bersuara dengan bahagian mukanya ditutupi dengan rambut.
Iman cuba untuk mendekati Alia yang padanya masih kelihatan masih lagi baik. Namun terhenti apabila mendengar namanya dipanggil oleh Adly yang dengan laju menarik tangan Iman.
Hampir sahaja gadis itu dilanggar oleh kereta. Iman terkejut dan takut dirinya akan mati jika Adly tidak menariknya dengan pantas. Adly melepaskan Iman apabila tahu dirinya terlalu lama memegang Iman.
"Iman, sure ke tak apa-apa ni? Kalau tak, tak payahlah ikut kita orang"kata Kak Asma yang risau.
"Ya kak. Saya tak apa-apa. Mungkin sebab terlalu banyak berfikir kot"kata Iman yang sendiri tidak tahu apa yang dilihatnya tadi.
Mereka mula menaiki van untuk memulakan perjalanan mereka. Sebenarnya Iman masih lagi tertanya-tanya tentang kejadian yang berlaku di rumah penginapan delima itu. Kenapa tiada seorang pun daripada mereka membuka mulut tentang hal itu.
"Ameer, boleh i tanya something tak?"soal Iman.
"Tanyalah. Abang google ini akan jawabkan"kata Ameer yang diikuti tawa mereka yang berada di dalam van itu.
"Apa yang sebenarnya berlaku di dekat rumah penginapan delima?"soal Iman.
Mereka semua diam membisu kerana tiada yang tahu punca mereka diserangkan dan orang yang paling diinginkan adalah Iman. Kelihatan pada wajah Iman yang ingin tahu kejadian sebenar.
"Sebelum Abang Roy datang selamatkan i dari benda tu, i ada terjumpa satu dokumen dekat bilik pengurus rumah penginapan tu"jelas Ameer lalu mengambil fail yang ditemuinya di tempat itu.
Iman mengambil fail yang kelihatan sangat lusuh itu lalu diperiksa. Dia terkejut selepas membacanya bahawa rumah penginapan itu telah hangus dibakar oleh penduduk sekitar disebabkan tempat itu digunakan sebagai sarang aktiviti perjudian. Disebabkan hal itu, anak masyarakat di kampung mulai berubah.
Tangan kiri pengurus rumah penginapan Delima dipotong dengan sangat kejam. Biji matanya dikorek keluar. Dan dia dibiarkan hidup dengan keadaannya seperti itu.
Dia menderita kerana kehilangan puteri kesayangannya dalam kebakaran itu. Dia bersumpah akan melakukan apa sahaja untuk menghidupkan kembali puterinya sebelum ditemui mati bunuh diri oleh salah seorang penduduk kampungnya.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...