Melati tidak marah ataupun sedih. Namun dia gembira kerana Suri sudah jujur kepadanya. Suri berkeras mahu Melati meninggalkan kampung itu pada malam itu juga.
Melati menolak. Dia tetap akan meneruskan persembahan walaupun itu adalah malam terakhirnya. Anggap sahaja itu adalah hadiah untuknya buat warga kampung di situ.
Suri membantu Melati memakai cucuk sanggulnya. Terketar-ketar tangan Suri kerana tahu, malam itu berkemungkinan malam terakhir Melati di situ. Air matanya mula mengalir. Menyesali dengan tindakan yang bodoh.
Tangannya dipegang oleh Melati. Suri tersedar dari lamunannya memikirkan keadaan Melati nanti.
Pada malam itu Melati mengadakan persembahan seperti biasa. Sehingga akhirnya semua itu benar-benar terjadi. Melati dicampak ke dalam air terjun itu.
Dia dengan Shazman menjerit memanggil namanya. Melati memejamkan matanya semasa dirinya telah pun tercampak ke dalam air. Hari itu adalah hari terakhir untuknya.
Matanya mula berasa berat. Dia tidak kuat lagi untuk bertahan hidup. Semua mula gelap. Lalu pada penghujungnya mata Melati akhirnya tertutup.
2 hari selepas kejadian itu....
Melati membuka matanya. Dia menyentuh kepalanya yang terasa sakit. Tapi dia masih lagi hairan. Bukankah dia sepatutnya mati, tapi kenapa dia masih lagi hidup. Tak mungkin dia hidup selepas jatuh dari air terjun yang tinggi itu.
Dia cuba untuk bangun dari pembaringannya dan melihat kawasan sekitar. Dia berada di kawasan hutan.
"Cik sudah bangun?"ucap seorang lelaki yang kelihatan asing padanya. Dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini.
Melati tidak menjawab pertanyaan itu dan dia cuba untuk bangun dari tempat duduknya. Hampir sahaja Melati jatuh tetapi dipegang kemas oleh lelaki asing itu. Keadaannya masih lagi lemah walaupun dia telah sedarkan diri jadi dia tidak boleh banyak bergerak.
"Saya tahu cik masih rasa kekok dengan saya tapi dengan keadaan cik yang macam ni, saya tak boleh benarkan cik banyak bergerak".
Sejak hari itu, mereka mula berkenalan secara perlahan-lahan. Rupa-rupanya Farid iaitu lelaki yang menolongnya itu adalah peneroka. Kebetulan masa dia sedang mencari meneroka di tempat itu, dia melihat Melati yang sedang terapung di atas air. Dia menggunakan sampan untuk menolongnya.
Hari berlalu dengan begitu cepat, genap sebulan telah berlalu, Farid mengambil keputusan untuk mengahwini Melati dan tinggal di rumahnya yang terletak di bandar. Alhamdulillah, ibu bapa Farid tidak membantah niat sucinya untuk mengahwini Melati.
Dua tahun perkahwinan mereka, Melati akhirnya mengandung dan berjaya melahirkan seorang puteri. Namun, syurga adalah tempat bagi wanita yang mati setelah melahirkan anaknya. Melati pergi meninggalkan keluarga. Dia bahagia walaupun sakit.
Saat itu juga Melati berpesan pada sang suami untuk mencari anak lelakinya. Dia mahu puteri sulungnya dilindungi.
*******
Farid memegang amanah yang diberikan. Dia mencari keberadaan Fuad bertahun lamanya. Sehinggalah dia mengetahui Fuad telah pun berkahwin dengan seorang wanita bangsawan.
Walaupun agak sukar untuk Farid menemui Fuad, namun dia berusaha dengan keras seperti yang dijanjikan dengan Melati. Farid menceritakan segalanya pada Fuad. Dari situ, Fuad berfikir tentang sumpahan keluarganya dahulu dan mula menyelidiki tentang anak kakaknya.
Dia risau apabila mengetahui, kakaknya mempunyai anak perempuan sulung.
Fuad mengeluarkan batu delima yang telah lama dia simpan. Ibunya sempat memberikan batu itu kepada Fuad pada hari terakhir dia bertemu dengan ibunya. Batu delima yang telah pun terpecah kepada beberapa bahagian. Sehingga kini, dia sedang mencari keberadaan batu itu. Namun, pencariannya tamat apabila dia menemui Adly dan juga Ameer yang mempunyai serpihan batu delima yang lain.
Persahabatan antara mereka bertiga sudah dirancang dari awal oleh bapa Syafiq. Mereka perlu menyerahkan batu delima itu kepada pemilik asal iaitu Iman dengan begitu sumpahan ke atas Iman akan tamat dan penderitaannya akan berakhir.
Itulah isi kandungan buku yang diserahkan oleh arwah bapa Syafiq kepadanya. Dia tidak membaca buku itu sebelum ini. Entah kenapa, tergerak hatinya untuk membaca isi kandungan buku itu. Mereka perlu menyusun rancangan untuk melindungi Iman.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...