Beberapa minit berjalan, mereka akhirnya sampai di lokasi rumah penginapan yang dimaksudkan oleh wanita yang bernama Mawar. Jika di lihat memang patutlah dia diberi nama Mawar kerana di sanggul rambutnya terselit bunga Mawar yang berwarna putih.
Mereka berhenti di sebuah Rumah Penginapan Delima yang tertulis di pintu masuk rumah penginapan itu. Ameer mengambil gambar label rumah penginapan itu, sebagai bahan bukti mereka tiba di tempat itu.
Seorang pak cik tua yang dalam lingkungan usia 55 tahun menghampiri mereka. Dia bersalaman dengan Roy dan juga Ameer.
"Pak cik, maaflah kami ganggu malam-malam macam ni. Boleh tak saya nak menyewa di sini untuk malam ni?"soal Abang Roy.
"Eh, tak perlu. Anak duduk sahaja sahaja di sini untuk malam ini. Pak Cik berikan percuma khas untuk anak-anak semua. Anak-anak semua pasti penatkan seharian di jalan hari ini?"katanya dengan ramah.
Mereka saling berpandangan. Tidak percaya apa yang mereka dengar. Kalau dilihat dengan mata kasar rumah penginapan itu kelihatan cukup mewah biar pun diperbuat daripada kayu.
Pak Cik itu membawa mereka ke bilik yang masih lagi kosong di rumah penginapan itu. Dua bilik yang bersebelahan dipilih oleh pak cik itu buat mereka. Satu bilik untuk lelaki dan satu bilik untuk perempuan.
Pak Cik itu menyerahkan kunci bilik sebelum pergi meninggalkan mereka si situ. Iman meneliti pada jam di tangannya. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi dan mereka masih belum tidur. Kak Asma mula melihat-lihat kawasan bilik itu yang agak luas.
Sementara Iman merebahkan diri di atas katil yang empuk itu. Memang dia tidak menafikan empunya rumah tumpangan ini begitu baik hati memberikan bilik yang semewah itu secara percuma.
Iman mula mencari-cari Kak Asma yang tidak kelihatan dari tadi. Dia mencari di ruangan yang kelihatan seperti ruang tamu. Kak Asma sedang berdiri sambil memandang pada sebuah bingkai gambar di hadapannya. Wanita itu langsung tidak bergerak sedikit pun.
Dia cuba menegur Kak Asma yang masih lagi diam dan berpeluk tubuh. Iman berdiri di sebelahnya dan terlihat air mata Kak Asma yang keluar secara tiba-tiba. Apa mungkin disebabkan gambar yang dia lihat itu? Tapi apa hubungan Kak Asma dengan gadis di dalam gambar itu sehingga menangis sebegitu rupa.
"Kak Asma kenapa nangis?"tegur Iman pada waktu itu.
Asma memusingkan badannya lalu mengadap Iman. Dia membawa Iman berjalan sehingga tiba di atas katil. Iman masih lagi menanti jawapan Kak Asma dengan riak wajah yang tenang. Asma diam sebelum mula bersuara.
"Itu gambar Anggerik. Dia gadis yang baik tapi sayang dia sudah meninggal"kata Asma.
"Erkkk....macam mana dia boleh meninggal dalam usia yang muda macam tu?"soalnya lagi.
Asma tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya menyuruh Iman untuk tidur memandangkan perjalanan mereka masih lagi panjang. Betul juga apa yang dikatakan oleh Kak Asma. Walaupun dia masih lagi tertanya-tanya tentang gadis di dalam gambar itu dia masih memerlukan tenaga untuk memulakan perjalanan mereka pada esok hari.
Asma terjaga dari tidurnya. Badannya berasa panas dengan tiba-tiba dan perasaan amarah mula muncul apabila dia melihat Iman yang tidur di sisinya. Dia berjalan lalu duduk di tepi katil dan menatap dengan penuh rasa gembira melihat kedatangan Iman di situ. Asma mula bangun dia cuba untuk mencekik leher Iman.
"Arghhh!!!!" jerit Asma apabila tangannya dilibas dengan kain yang terasa sangat panas. Jeritan Kak Asma mengejutkan Iman dari tidurnya. Dia terkejut melihat wajah Kak Asma yang berubah apabila Ameer dan Abang Roy datang bagi memeriksa keadaan mereka.
Wajahnya seolah-olah dilibas dengan dengan sesuatu yang sangat tajam sehingga membentuk garisan yang panjang di wajahnya. Kak Asma melihat dengan tajam lalu kembali mencekik Iman dengan sekuat tenaga.
"Kau perlu mati!"ucap Asma dengan diiringi air mata darah yang keluar matanya.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...