Jelmaan

231 23 0
                                    

"So, what next plan? Any idea?"soal Syasya.

Bukan apa. Keadaan di situ dirasai sangat suram. Ketiga pemuda di hadapan mereka memandang tajam akan Roy yang duduk di antara mereka semua. Entah apa yang tidak puas hati sangat sehingga memasang wajah seperti itu.

Disebabkan geram akan kelakuan mereka, Syasya menepuk meja di hadapan mereka lalu menjerit sehingga menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain.

"Hoi, aku datang sini nak buat perbincangan kumpulan bukannya diam macam patung je!"marah Syasya.

Sementara Iman dan Alia sedang menahan diri daripada ketawa. Kalaulah boleh tengok mata setiao seorang daripada mereka itu seperti harimau mahu menikam mangsanya. Memanglah Abang Roy kelihatan seseorang yang kacak tapi disebabkan itu juga mereka mungkin merasa posisi mereka di situ tergugat.

Dan satu lagi masalah berkenaan dengan Syasya. Syasya berjaya membuatkan tiga orang pelajar lelaki itu menunduk. Syafiq buat seolah-olah sedang membaca dan Adly sedang bermain telefon manakala Ameer sedang mengira semut di lantai. Mengira semut di lantai? Biar betul?

"Kau buat hanat?"bebel Syasya lagi.

"Tak adalah ni aku tengah search pasal kampung Songket tu"kata Adly.

Kali ini matanya beralih pula Syafiq yang jelas-jelas memegang buku dalam posisi yang terbalik. Matanya kini bertatapan dengan Syasya.

"Apa? Aku sekarang tengah belajar cara baca buku terbalik"ucap Syafiq pula.

Hanya Allah yang tahu betapa seksanya menahan gelak  menyaksikan telatah mereka ketika itu. Syasya kalau diletakkan dalam posisi sarjan boleh pensang ketakutan kesemua anak buahnya. Dan orang yang terakhir pula adalah Ameer.

Lelaki itu tiba-tiba membuat muka ceria setelah sekian lama mencari pen. Padahal pen itu diambil senyap-senyap di dalam begnya tadi semasa Syasya sedang mengadakan sesi soal siasat dengan Syafiq.

Sejak bilalah ada para pelawak ini dalam kumpulannya. Boleh hilang rasa risau Iman bersama dengan mereka. Abang Roy yang dari tadi hanya diam mula bersuara. Dia agak risau untuk membiarkan mereka pergi bersendirian ke kampung itu setelah mendengar kejadian yang tidak pasti akan asal usulnya daripada adiknya sendiri iaitu Syasya.

"Kamu semua betul-betul yakin nak masuk kampung tu? Abang dah dengar semuanya daripada Syasya"soal Abang Roy.

Ameer sebagai ketua mula mengangguk setelah melihat kesemua mereka berada di situ. Setelah memastikannya Abang Roy pun mengambil keputusan untuk mengajak beberapa lagi orang kawannya untuk turut serta sebagai langkah keselamatan mereka semua.

Perbincangan mereka seterusnya diadakan keesokkannya  bersama dengan dua orang lagi kawan Abang Roy iaitu Abang Farid dan Kak Asma. Katanya mereka semua adalah pakar dalam berhubungan tempat seperti itu.

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir sebelum mereka bertolak, mereka sedikit gusar memikir hari esok yang bakal tiba. Iman tidak dapat tidur dengan lena pada malam itu. Matanya tidak dapat dipejamkan disebabkan terlalu risau.

Dia memutuskan untuk minum segelas air susu di dapur sebelum terlelap. Tangannya meraba-raba suis lampu dapur namun tidak ditemui kerana suasana yang terlalu gelap.

Entah kenapa perasaan hatinya dirasai tidak tenang. Seakan-akan ada sesuatu yang berada di belakangnya. Belum sempat dia memusing badannya lampu dapur tiba-tiba menyala. Iman memandang pada suiz lampu dapur. Siapa pula yang pasang lampu. Kalau tak silap rasanya hanya dia yang berada di dapur.

Tiba-tiba ada tangan yang memegang bahunya. Hatinya tidak keruan. Dia cuba memusingkan badannya secara perlahan-lahan kerana takut. Jari jemarinya sudah mula menginggil ketakutan. Bimbang ada sesuatu yang mengerikan di belakangnya.

Iman mengadap tepat pada orang memegang bahunya tadi. Akan tetapi matanya ditutup rapat dan nafasnya tercungap-cungap. Iman membuka matanya secara perlahan-lahan.

Betapa bersyukur kerana orang itu adalah Aisya. Tetapi wajahnya kelihatan pucat dengan bibir yang merekah. Kenapa dengannya?

"Kau rupanya, aku ingat siapa tadi"kata Iman yang tadinya sangat gelisah.

Aisya cuba untuk berlalu pergi tanpa menghiraukan Iman. Aneh. Kerana kebiasaannya Aisya bukan jenis yang pendiam seperti itu. Kini, baru dia ingat Aisya ada menghubunginya akan pulang seminggu lagi. Jadi tak mungkin itu adalah Aisya.

Iman mula kaku di kedudukannya. Tidak percaya dengan apa yang dia alami. Seketika kemudian, Aisya yang tadinya diam cuba menghampiri Iman membuatkan jantung Iman tidak berhenti berdengup dengan kencang.

"JANGAN PERGI"bisik Aisya kedengaran bukan seperti suara Aisya yang selama ini dia kenal.

Memang sah itu bukan Aisya. Aisya masih lagi belum mengetahui tentang tempat yang menjadi kajian mereka. Dengan perasaan yang ingin tahu, dengan tiba-tiba timbul keberanian untuk melihat wajahnya sekali lagi.

Kali ini dia melihat mata Aisya bertukar hitam dengan seluruh urat dari matanya keluar. Bibirnya yang tadinya merekah kini penuh dengan darah berwarna merah pekat. Disebabkan terkejut dia tidak dapat menahan daripada akhirnya pengsang di situ.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now