"Kau salah, Melati! Aku takkan sesekali lepaskan mereka! Mereka buat kau hampir mati!"marah Mawar walaupun kebenarannya telah terbukti.
Mulut Mawar mula terkumat-kamit membaca mantera. Ketika, Alia mula berasa mual dan perutnya sangat sakit. Dia berlari lalu memuntahkan sesuatu dari mulut.
Matanya membeliak, segerumpalan rambut dengan serpihan kaca yang mengalir keluar bersama dengan darah. Alia merasa dia sudah kehilangan cukup banyak darah. Wajahnya sangat pucat ketika itu.
Iman berlari mendapatkan Alia. Dia memangku Alia di atas ribanya. Perasaannya bercampur bauk. Ada rasa sedih, marah dan juga rasa bersalah. Sedih melihat sahabatnya sangat lemah disebabkan dirinya dan juga marah dengan segalanya yang selama ini dia alami.
Dia menyesal. Dia tak patut datang ke tempat itu dari awal kalau dia tahu semua ini akan berlaku. Tubuh Alia dipeluk dengan erat.
"Semuanya salah kau, Iman! Kau pembawa sial!"marah Ameer dengan tiba-tiba.
Dia menarik Alia dari pegangan Iman. Seolah-olah tidak mahu dengan gadis pembawa malang sepertinya. Dia tahu Ameer sangat marah akan dirinya ketika itu. Tapi dia tidak boleh marah dengan lelaki itu.
Kerana semuanya benar. Alia hampir mati disebabkannya. Hanya satu cara yang ada untuk menyelamatkan mereka semua yang berada di situ. Dia perlu berkorban. Walaupun nanti dia yang akan mati.
"Ya, aku memang malang! Malang sebab lahir dalam keluarga yang kena sumpahan! Malang sebab lahir sebagai anak perempuan! Segalanya! Segalanya aku!"rintih Iman dengan air matanya yang tidak henti mengalir bercucur-cucuran.
Iman mula melangkah. Kakinya bergerak ke arah wanita yang bernama Mawar. Bersedia untuk berhadapan dengan kematian. Dia melutut di hadapan Mawar dengan tangan memohon-mohon agar sahabatnya yang lain dilepaskan.
"Nek Mawar... Kalau betul nek anggap Iman cucu nenek, Iman minta tolong dengan nenek lepaskan dorang. Iman yang nenek nak dan bukan dorang"kata Iman.
Mereka yang berada di situ hanya memerhati. Tiada yang menghalangkan dan membiarkan gadis itu menyerahkan dirinya, seolah-olah bersetuju dengan tindakannya untuk 'mati' di tangan saudara kembar neneknya.
Mendengar rintihan Iman, Mawar mula berfikir. Tiada ruginya untuk dia menerima tawaran Iman. Gadis itu adalah jalan untuk meningkatkan kekuatannya. Tanpa rasa bersalah, dia meletakkan tangannya di atas kepalanya Iman dan membaca sebuah mantera yang mereka langsung tidak fahami.
Melati cuba untuk mencegah namun tercampar dari tempat Iman berada. Dia tadinya memang masuk ke dalam badan Iman tetapi telah keluar untuk berbicara dengan kakaknya itu.
Bayangan Melati mula menghilang. Bunyi guruh semakin kuat kedengaran. Cahaya yang terang terpancar dari dalam diri Iman. Iman menjerit kesakitan. Sangat sakit sehingga badannya tidak mampu menghalang rasa sakit itu.
Dia kelelahan dan pensang di hadapan Mawar setelah memberikan apa yang diinginkan kepada Mawar.
Disaat Mawar sedang leka dengan kekuasaannya, mereka mula mengeluarkan batu delima masing-masing lalu diserahkan kepada ustaz. Dia membacakan beberapa buah surah sambil mengenggam serpihan batu delima itu.
Mawar mula menunjukkan reaksi. Badannya sangat panas. Kulit wajahnya yang tadi kelihatan muda mula kembali tua dan menunjukkan rupa aslinya.
Adly mengangkat Iman untuk berada jauh dari tempat Mawar yang sedang kesakitan itu. Semakin lama semakin panas.
"Allahuakhabar!"laung ustaz itu lalu melemparkan serpihan delima itu kepada Mawar yang masih meronta-ronta kesakitan.
"Arghhhh!!!!"jerit Mawar yang mula terbakar. Mawar rebah dan matanya telah tertutup. Kulitnya yang tadi kelihatan sihat mula mengering. Yang paling teruk apabila badannya mula mengeluarkan bau yang sangat busuk.
Mereka tahu, semua telah berakhir. Tiada lagi sumpahan yang akan berlaku.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...