Rumah Penginapan Delima II

191 19 1
                                    

Sekali lagi Roy cuba untuk melibas kain itu tetapi kali pada bahagian belakang Asma dan sekali lagi dia menjerit kesakitan. Ameer dengan sepantas kilat menarik Iman untuk keluar dari bilik itu. Bimbang jika Kak Asma melakukan tindakan yang sama sekali lagi.

Asma berpaling memandang pada diri Roy dengan sebuah senyuman yang sangat mengerikan. Geram apabila peluangnya untuk meragut nyawa gadis itu gagal sepenuhnya. Dia tidak boleh ke Kampung Songket. Kalau tidak semua peluangnya akan tamat sepenuhnya.

Badan Asma mula terapung secara perlahan-lahan. Anak matanya berwarna merah menyala. Asma menghentakkan kepalanya ke dinding dengan kuat. Waktu itu mereka semakin risau dengan keadaan Asma. Tidak tahu bagaimana lagi cara untuk memulihkan dirinya.

Mata Asma kembali memandang tajam pada Iman yang kelihatan sangat takut dengan dirinya. Banyak darah yang keluar dari kepala Kak Asma. Ameer segera membawa Iman untuk melarikan diri lalu bersembunyi di sebalik pejabat milik pengurus rumah penginapan itu.

"Iman...."panggil Asma dengan perlahan-lahan. Iman menutup mulutnya dengan tangan. Takut andai dirinya menjerit nanti. Aura dingin yang melekat pada diri Asma terasa semakin dekat dengan mereka.

Dia menutup matanya. Tidak mahu melihat wajah menyeramkan yang tiba-tiba menyerlah di wajah Kak Asma. Ameer terkejut melihat Asma memegang sebilah pisau yang penuh dengan darah. Setitis demi setitis darah mengalir keluar dari celahan jari Asma.

Syukur, apabila dia tidak dilihat oleh Asma. Tapi macam mana keadaan Abang Roy? Tak mungkin darah yang ada pada tangan Kak Asma adalah darah milik Abang Roy. Ameer melihat Iman yang masih menutup matanya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Takpe Iman, dia dah tak ada kat sini"kata Ameer lalu mengalihkan kedua-dua belah tangan Iman.

Gadis itu sebenarnya sedang menangis. Disebabkan dirinya Kak Asma jadi macam tu. Seumur hidup Iman, dia tidak pernah mengalami kejadian seperti ini. Semuanya bermula pada tahun ini, dari awal tahun sehingga sekarang. Banyak kejadian yang sendiri tidak dapat jelaskan.

Semua hal ini berlaku secara tiba-tiba tanpa dia tahu apa makna disebalik semua ini. Dia tidak henti  daripada mengeluarkan air mata. Ameer faham akan situasi yang dialami oleh Iman. Kerana sehingga sekarang dia tidak tahu punca mereka perlu melindungi Iman.

Ameer melihat lampu bilik pengurus rumah penginapan itu masih menyala. Dia perlu mencari maklumat tentang kejadian yang berlaku itu. Dalam keadaan yang riuh itu, tiada seorang pun orang di tempat itu sedar akan kejadian itu.

Dia memeriksa keadaan di sekeliling tempat itu sebelum mula memulas tombol pintu untuk masuk. Nasib menyebelahi mereka kerana pintu biliknya tidak terkunci.

"Iman, you tunggu sini. Kalau ada apa-apa atau sesiapa yang datang nanti beritahu i"kata Ameer kepada Iman yang berada di sisinya.

Iman terpaksa mengangguk. Hanya itu jalannya. Kalau kedua-dua mereka masuk pasti akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Masuk sahaja di dalam bilik itu, Ameer memeriksa setiap laci di dalam bilik itu.

Apa sahaja berkenaan dengan tempat itu perlu dia jadikan maklumat untuk menyelesaikan masalah ini. Lama juga dia mencari sehingga dia menemui sebuah fail yang sedikit berhabuk berada di dalam kotak. Dia mula membaca isi kandungan fail itu untuk mencari tahu hal yang kini sedang menimpa mereka.

Semuanya jelas apabila dia membaca fail itu. Mereka perlu keluar dari tempat itu dengan segera sebelum terlambat. Perkara yang lebih teruk pasti akan berlaku jika mereka tidak keluar dengan cepat.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now