"Ameer! Ameer! Ameer!". Syafiq mengejutkannya daripada tidur kerana lelaki itu dan dipenuhi dengan keringatan. Pasti Ameer mimpi buruk.
"Allah!"jerit Ameer yang tersedar dari tidurnya. Syafiq menoleh pada Ameer yang bangun itu. Degup jantung Ameer masih lagi tidak terhenti. Semuanya masih terasa nyata. Dia meraut wajahnya untuk menenangkan diri.
Sebuah mimpi yang cukup mengerikan dan tidak pernah dia alami.
"Ameer! Syafiq! Cepatlah turun makan, makanan dah siap ni. Lepas ni kita nak pergi sambung cari Alia lagi!"panggil Kak Asma dengan lantang sambil menuangkan beberapa cawan air kopi ke dalam cawan-cawan yang masih lagi kosong.
Mereka makan dan minuman di atas wakaf yang diperbuat daripada kayu di bawah pohon yang rendang. Setiap pagi, Puan Zalia iaitu wanita yang membantu mereka pasti akan menyiapkan sarapan untuk mereka. Hari ini mereka merancang untuk mencari keberadaan Alia dan setelah mereka menemui, mereka akan pulang ke bandar.
Semakin lama mereka di tempat itu, keadaan semakin huru hara. Sambil bersarapan, Ameer mula menyusun rancangan untuk pencarian Alia.
"Hari ni kita akan masuk ke hutan hujung kampung tu. Aku dengar dekat sana ada sebuah rumah jadi Syafiq dengan Abang Roy akan masuk rumah and yang lain kita cuba tawakkal cari dekat tempat lain"kata Ameer yang sekali gus membuatkan Puan Zalia terkejut.
"Ouch!"jerit kecil Puan Zalia lalu meniup-niup tangannya yang terkena air yang masih lagi panas. Mereka memandangnya kerana terkejut dengan jeritan kecilnya itu.
"Kenapa puan? Puan ok?"soal Kak Asma kepadanya. Puan Zalia mengangguk dan mula menunjukkan senyuman palsu. Jelas sekali dia tidak senang mendengar perbicaraan Ameer sebentar. Wajahnya kelihatan sangat pucat seperti sarang si pencuri telah dicerobohi.
Puan Zalia meminta diri untuk berlalu. Sejak mereka mula menjalankan misi pencarian Iman tidak pernah kelihatan. Mengikut kata Puan Zalia, Iman berada dalam keadaan tidak sihat dan memerlukan rehat yang mencukupi.
Mereka juga sedar, sejak beberapa hari yang lalu, wajah Iman sangat pucat dan kelihatan sakit. Jadi tak apalah untuk gadis itu berehat sementara waktu sambil mereka mencari keberadaan Alia untuk memulihkan sedikit dirinya yang baru sahaja keluar dari rawatan.
Agak sukar juga untuk Syafiq dan juga Roy mencari rumah lama yang dimaksudkan oleh Syafiq. Pencarian itu dilakukan dilakukan sehinggalah tengah hari menjelang tiba. Mereka perlu mencari tempat untuk solat zohor dan berehat sebelum kembali meneruskan pencarian.
Semasa pencarian itu, Roy dan juga Syafiq menemui sebuah jambatan yang panjang dan mempunyai air terjun di bawahnya. Ada sebuah jalan menuruni tangga untuk pergi ke tempat air terjun itu berada. Waktu melihat air terjun itu, Ameer terdiam. Memang sama persis air terjun di dalam mimpinya.
Entah kenapa firasatnya tidak begitu bagus tentang air terjun itu. Walaupun begitu, dia hanya mengikuti Abang Roy untuk mencari tempat buat mereka menunaikan solat fardhu.
"Syafiq, aku nak cakap something dengan kau"kata Ameer kepada Syafiq yang meletakkan beg galasnya disandarkan di pokok. Syafiq hanya bersetuju dan mengikutnya.
"Aku rasa tak sedaplah dengan tempat ni, apa kata kita keluar sebelum malam"kata Ameer secara tiba-tiba. Saat itu, Syafiq juga berfikir perkara yang sama. Dia juga merasai hal sama dirasai oleh diri Ameer.
"Jujur ya aku cakap, sebelum ni aku ada termimpi tentang tempat ni. Aku tak sure kenapa tapi aku rasa itu petanda"ucap Syafiq yang membuatkan Ameer terkejut dengan apa yang diutaranya.
YOU ARE READING
Kampung Mati
TerrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...