"Tiada siapapun boleh keluar dari tempat ini!"marah seseorang yang berada di belakangnya.
Dia memandang wajah Ameer dengan riak wajah yang bengis. Disebabkan pelajar lelaki itu, puteri mereka tidak dapat menamatkan riwayat gadis yang selama ini mereka tunggu dengan penuh dendam. Hal yang lebih mengejutkan apabila Ameer melihat sebilah kapak berada di tangan kanannya.
Orang yang dimaksudkan oleh Ameer ialah pemilik rumah penginapan itu sendiri. Dia mengayunkan kapaknya pada Ameer tetapi lelaki itu sempat mengelak namun terjatuh. Lelaki tua itu tersenyum sambil membawa kapaknya menghampiri Ameer.
"Allahuakhbar!"jerit Ameer dengan lantang. Suara jeritan itu telah membuka segalanya. Mata mereka selama ini tertutup. Rumah penginapan itu tidak seindah yang disangka.
Tempat itu hanya tempat yang sangat buruk dan tidak dihuni oleh mana-mana manusia. Secara perlahan-lahan, tempat dia dan lelaki itu berada bertukar menjadi semakin buruk seperti berlaku kejadian kebakaran yang besar di tempat itu.
Manakala wajah lelaki tua sudah mula menunjukkan wajah aslinya yang mengerikan. Lelaki tua itu tidak mempunyai kedua bebola matanya dan tangan kirinya juga tiada. Hanya kelihatan darah yang sangat banyak keluar dari tempat tangannya dipotong.
Perkara yang lebih teruk daripada rupanya, bau yang keluar dari tempat itu tersangatlah busuk. Dia tidak tahan lagi. Dia perlu keluar dari situ sementara lelaki tua itu masih lengah apabila melihat sendiri rupa aslinya.
"Iman...". Ameer semakin tidak tenteram. Iman tiada di tempat yang suruh tunggu tadi. Keadaan di situ tiba-tiba sepi. Dia cuba menoleh ke belakang namun hanya sisi kegelapan di sebalik lorong yang sangat gelap dapat dia lihat.
Ameer cuba berlari untuk meninggalkan tempat itu. Akan tetapi kakinya ditarik oleh seseorang yang berada di dalam lorong gelap itu. Dia tidak tahu siapa. Apa dia adalah lelaki tua dengan wajah yang mengerikan? Ameer memejamkan matanya. Berharap ini hanya sebuah mimpi buruk untuknya.
Kalau itu adalah realitinya, dia reda dia akan mati di tempat yang sangat kejam seperti itu daripada menderita.
Manakala di sisi lain pula, Iman dibawa oleh Asma yang kini bukan dirinya. Asma tidak mungkin melakukan hal sekejam itu. Semasa dia menunggu Ameer tadi kepalanya dihentak dengan sesuatu yang sangat kuat sehingga dirinya kini pengsan dan diikat di sebuah pohon besar.
Kelihatan Asma sedang membacakan sesuatu namun seketika kemudian, Asma tidak menyedarkan diri di atas tanah yang penuh dengan kotoran itu.
"Kak Asma!"jerit Iman yang berusaha keras ingin wanita itu kembali sedar.
Badannya tiba-tiba mengeras dan mulutnya ditutup rapat. Dia memerhati di sekeliling pohon itu sebelum mula memandang ke atas apabila mukanya terasa ada sesuatu cairan yang jatuh ke wajahnya.
Semuanya menjadi semakin rumit. Beberapa mayat yang diikat di atas pohon yang besar itu. Dia perlu melepaskan dirinya. Kalau dia terus berada di situ, keadaan tidak akan pernah selamat. Tapi macam mana.
"Kau takkan selamat! Semakin kau dekat semakin bahaya hidup kau! Sebelum mereka dapatkan kau, apa kata aku yang lenyapkan kau"kata wanita yang keluar di sebalik pohon besar itu.
Peluh mula keluar dari wajah Iman. Wanita itu mengambil tangan kanan Iman lalu mengkelar tangannya. Banyak darah yang keluar sehingga dia berasa tidak berdaya. Iman adalah seseorang yang tidak boleh melihat darah yang berlalu banyak.
Wanita itu menjilat darah yang melekat dipisaunya. Ya, dia kenal dengan wanita itu. Wanita yang sama berada di dalam gambar itu. Itu pastinya Anggerik.
Dalam keadaan dirinya terasa ingin pitam, Anggerik mengayunkan pisau dengan mata yang memanah pada jantungnya. Dia tidak mampu melawan lagi dan memejamkan matanya dengan rapat.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...