Idea

228 23 2
                                    

Tiada seorang pun daripada mereka yang bersuara. Hanya diam tanpa kata. Biar betul dorang ni. Takkanlah tak ada idea langsung untuk pilih lokasi kampung sedangkan banyak kampung yang boleh mereka terokai.

Iman mengerli setiap seorang daripada mereka dan paling dia pelik adalah Ameer. Entah apa yang dilihatnya pada Iman sehingga lelaki itu tidak henti memandangnya dari atas ke bawah. Meremang bulu roma Iman dibuatnya.

Sudahlah dengan matanya memandang dengan tajam sambil jari jejarinya seakan-akan mengurut dagu. Syafiq sedar akan kelakuan Ameer membuatkan Iman tidak selesa dan dengan lantas menarik kerusi yang digunakan oleh Ameer untuk menyandarkan badannya.

Hampir sahaja Ameer jatuh tetapi dia dengan cepat menyeimbangkan badannya. Dia bukannya sengaja mahu melihat Iman sebegitu rupa tetapi ada sesuatu yang dia lihat pada diri Iman membuatkan dia teringat akan sesuatu.

"Kau pehal tengok Iman macam tu?"bisik Syafiq pada Ameer.

"Eh, bro. Kau jangan salah faham. Aku bukan apa cuma akan teringat something tapi aku lupa apa dia. Kejap, baju yang dia pakai tu jenis apa ya?"soal Ameer.

"Sumpah kau memang dah tak betul. Asal pula yang kau nak tahu pasal baju dia? Kenapa nak beli juga? Itu namanya kain songket"jawab Syafiq.

Ameer mengangguk-angguk. Iman pula tertanya-tanya hal apa yang dibisikkan antara Syafiq dan Ameer daripada tadi. Dari raut wajah Syafiq kelihatannya serius.

Lelaki itu kemudiannya memetik jarinya apabila dapat mengingati kembali tentang hal yang berlayar di fikirannya daripada tadi.

"Anyways, thanks to Iman sebab pakai baju tu"kata Ameer secara tiba-tiba.

"Hah?"kata Syasya dan Alia serentak. Mereka mula memandang pada Iman yang turut aneh dengan pernyataan terima kasih daripada Ameer. Ada apa  pada baju dia sehingga Ameer berterima kasih padanya.

Patutlah dari tadi tengok dia rupanya tengok baju tuan empunya badan. Ya Allah, hilangkanlah fikiran negatif ini! Ameer pun satu hal agak-agaklah nak tengok orang macam tu macam nak terkam pun ada.

"Sekarang aku dah pilih kampung yang kita akan pergi. Nama kampung ni Kampung Songket"kata Ameer yang mula serius. Pernah ke Ameer serius? Entahlah.

"Kampung Songket? Mesti ramai yang pakai songket dekat sana"kata Syafiq yang diikuti dengan tawa.

Disebalik perbincangan itu, Iman dan dua orang lagi para gadis terkedu. Ada ke nama Kampung Songket? Atau itu hanya sekadar khayalan Ameer semata-mata. Mana pernah mereka mendengar nama kampung itu.

"You jangan main-main Ameer. I tak pernah dengar pun? You merapu,eh?"kata Alia pula.

"Im serious! Kampung tu memang wujud"kata Ameer yang bertegas dengan kenyataannya.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Masih lagi ragu dengan kata-kata  Ameer. Kalau Ameer memang jarang sangat dia dapat lihat serius seperti itu.

"Kau serius ke nak ke sana? Kalau kau tahu pasal kampung ni mesti kau tahu kisah yang berlaku di kampung ni" kata Adly secara tiba-tiba.

Kalau Adly pun tahu pasal kampung itu maknanya kampung itu memang benar-benar wujud. Akan tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Adly membuatkan Iman dan yang lain tertanya-tanya pasal sejarah yang berlaku di kampung itu.

Manakala Ameer hanya terdiam mendengarnya kerana tahu akan perkara yang dimaksudkan oleh Adly. Sejarah ngeri yang berlaku di Kampung Songket.





(p/s : Klau korang google tentang Kg Songket memang ada tpi cerita ini hanya rekaan semata-mata n tiada kena mengena dgn apa2 yg berlaku di kg tu :) )

Kampung MatiWhere stories live. Discover now