Sudah sebulan sejak perkara itu berlaku. Semuanya kembali seperti sedia kala. Hanya satu yang berbeza iaitu Syasya dan Alia mula berpindah masuk ke dalam rumah sewanya.
"Baik kau mengaku! Kau yang ambil,kan?!"marah Aisya dengan spatula yang dipegang ditangannya.
Sudah gaya seperti maknya yang sedang marah anaknya tidak menolong memasak di dapur. Bermulalah sesi kejar mengejar di dalam rumah itu. Sejak dari awal Syasya masuk ke dalam rumah itu, Aisya adalah orang yang paling dia suka kenakan.
Tak kiralah malam atau siang. Boleh dikatakan sepanjang masa. Ada sekali dia ingat, Aisya bangun dengan banyak contengan di wajahnya. Habis bergegar satu rumah mendengar jeritan Aisya yang memanggil nama Syasya.
Namun di akhir-akhir ini, dia mula melihat perubahan dalam diri Syasya. Kalau dulu, dia nak harapkan dia pakai lip balm pun tak nak. Sekarang kalau tengok dia atau Iman yang nak pakai pasti gadis itu akan mengambilnya.
Pon ! Pon! Pon!
Bunyi hon kereta mula kedengaran. Mereka bertiga mula berjalan keluar dari rumah dan melihat Syafiq yang sedang berada di tempat duduk bersebelahan bahagian pemandu sedang tersenyum pada mereka. Sudahlah dia memakai kaca mata yang berwarna hitam.
Nak tunjuk diri itu poyo lagaknya. Ameer tiba-tiba berdehem.
"Cantik kau hari ni"ucap Ameer.
Mata mereka mula tertumpa pada Syasya. Apabila melihat Ameer yang melihat Syasya dari cermin keretanya. Syafiq sekejap angkat dan sekejap letak kaca matanya kerana tidak percaya apa yang dilihat olehnya.
"Wow! What the fish!"jerit Syafiq melihat perubahan Syasya.
Reaksi yang diterima oleh Syasya dari kawan-kawannya yang lain. Tidak menyangka akan melihat Syasya yang memakai tudung pada hari itu. Apabila dia tanya, dia cakap sebab nak tukar imej.
"Apa? Bukan ke semalam kau yang cabar aku"kata Syasya yang jelas sedang malu apabila dirinya menjadi tumpuan mereka.
Ameer tersenyum dalam diam. Tak menyangka Syasya betul-betul memakai tudung. Sebenarnya dia tak paksa pun kalau gadis itu belum bersedia cuma dia terbayang-bayang Syasya memakai tudung.
"Kenapa i rasa mengidam makan nasi minyak ni, Iman?"usik Alia apabila melihat senyuman yang terpancar dari wajah Ameer yang menunduk.
Itulah diri mereka. Syasya dan Ameer mula bermain hati. Jika dulu mereka selalu sahaja bertengkar dan hari ini, secara perlahan-lahan Ameer mula mengeluarkan sisi lembut dalam diri Syasya.
Sedangkan Alia secara mula terlibat dalam banyak aktiviti lasak. Keinginan yang sudah lama dia pendam sejak dulu lagi. Setiap kali dia mahu melakukan aktiviti lasak, Iman adalah 'mangsa' pertama yang dia akan ajak bersama.
Nak ajak Syasya? Tak mungkin. Asyik berkepit dengan Ameer saja kerjanya. Manakala tim abang Roy iaitu Kak Asma dan Abang Farid sudah mula mengubah haluan mereka. Kak Asma dengan kerjayanya sebagai seorang usahawan wanita yang berjaya.
Abang Farid dan Abang Roy mula berkecimbung dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah restoran di sekitar kawasan itu. Jika berkesempatan dia akan berkunjung ke restoran mereka.
"Yuhu, abang long kita!"jerit Syafiq yang berpaut pada Adly yang sedang berjalan menaiki tangga.
Nasib baik tidak tersadung. Kalau tak memang makan menumbuklah jawabnya nanti oleh Adly. Hubungan mereka masih lagi sama. Tapi tidaklah seperti dulu. Kali ini lebih kepada 'musuh tapi sahabat'.
"Iman, esok hari jadi you, kan?"soal Alia kepada Iman yang mula berasa risau.
Teringat akan kata-kata ustaz yang sebelum ini menolonh mereka.
"Ustaz memang tolong kamu tapi hasilnya hanya Allah SWT yang tahu. Semuanya akan terjawab waktu usia kamu genap 24 tahun. Maafkan ustaz andai kata usaha kita selama ini sia-sia"kata ustaz itu sebelum mereka bertolak pulang.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...