Perkenalan

271 24 0
                                    

Masuk sahaja di dalam dewan kuliah, seorang pelajar mendekatinya dengan ceria. Seolah gembira dengan kehadiran Iman di dalam dewan itu. Iman menelan air liurnya yang terasa kelat.

"Kau iman kan?"soal seorang lagi pelajar yang berwajah dingin turut sama berada di situ.

"You ni, tengok tu gelabah Iman tengok muka you yang tak reti nak senyum tu. Cubalah tanya baik-baik"bebel kawannya.

"Ha,ah, aku Iman"jawab Iman dengan kekok.

"Kalau macam tu, jomlah ikut kita orang. Welcome to our group. Im Alia and this is Syasya"kata gadis yang bernama Alia dengan mesra.

Selepas itu, tangan Iman ditarik untuk memperkenalkannya  dengan ahli kumpulan yang lain. Nampak macam tak akan ada masalah jika ada gadis seperti Alia di dalam kumpulannya. Sekurang-kurangnya adalah juga yang 'mesra alam'.

Sampai sahaja di hadapan dua orang pelajar lelaki yang asing bagi Iman, Alia cuba untuk memperkenalkan mereka tetapi salah seorang daripada mereka terlebih dahulu memperkenalkan diri.

"Im Ameer and this is Syafiq. What your name cute girl?" ucap pelajar lelaki itu sambil mengelilingi Iman.

"She is Iman. Ketua Editor untuk majlis penerima ijazah nanti. Anak buah kesayangan Profesor Azam"kata Syafiq sambil leka bermain dengan permainan di telefonnya.

"What? How..."soal Iman tetapi disambut mesra oleh Syasya.

Macam mana pelajar itu cukup tahu tentang dirinya. Setahunya hanya beberapa orang daripada kawannya yang tahu tentang posisinya sebagai editor video nanti. Tambahan pula, majlis itu lambat lagi.

"Kau tak payah nak pelik. Syafiq is one of the best at getting information. Apa-apa maklumat, dia yang paling cepat dapat berbanding dengan orang lain"jelas Syasya.

Iman mengangguk tanda memahami. Dia duduk di sebelah Alia yang telah pun menyediakan tempat untuknya. Sedang dia leka berbual dengan Alia seorang lagi pelajar datang ke arah mereka lalu duduk di sebelah Syafiq.

"Welcome bro. Tak sangka satu group dengan kau"kata Syafiq sebagai salam perkenalan.

Kelihatannya mereka saling mengenali antara satu sama lain. Pelajar itu hanya membuat muka menyampah pada Syafiq. Mungkin ada masalah antara mereka sehingga ucapan Syafiq langsung tidak dihiraukan.

Entah kenapa rasanya dia kenal dengan suara pelajar lelaki itu. Dia berpusing memandangnya. Mereka kini saling berpandangan antara satu sama lain sebelum Iman kembali menghadap ke hadapan. Memang betul apa yang diduganya.

Patutlah macam pernah dengar rupanya pelajar lelaki yang tadinya dilihat bersama dengan Profesor Azam. Tak sangka pula pelajar itu satu kumpulan dengannya. Kelihatan Profesor Azam masuk ke dalam dewan kuliah sambil membawa beberapa peralatan untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari ini.

Baru sahaja dia ingin memulakan sesi pembelajaran, mata Profesor Azam terhenti pada Adly yang berada di belakang Iman. Ya, Adly adalah nama pelajar tersebut.

"Any protest, Adly?"soal Profesor Azam sekali lagi untuk kepastian.

Adly diam sambil memandang pada Iman yang berada di hadapannya. Gadis yang dilihatnya masuk bersama Profesor Zainal di dalam bilik Profesor Azam.

"No, Sir. Im really appreciate with you desicion, Sir"katanya dengan matanya tidak henti-henti daripada memandang Iman sambil jari-jemarinya bermain-main dengan pen yang dipegangnya.

Keadaannya itu membuatkan Syafiq terhenti daripada bermain permainan di telefonnya. Mana pernah Adly bersetuju untuk sekumpulan dengannya secara tiba-tiba. Dia memerhati mata Adly yang terarah pada Iman. Kini dia tahu punca Adly bersetuju membuatkan dia tersenyum sinis.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now