"Apa?! Alia hilang?!"jerit Ameer yang tidak menyangka akan kejadian itu. Pada pagi itu, mereka sudah mula mencari keberadaan Alia namun sehingga sekarang tidak ditemui. Dia tidak tahu mana perginya Adly.
Adly tidak kembali setelah keluar pada pagi tadi. Malah, sekarang Alia pula yang hilang. Ameer rasa cukup tertekan sebagai seorang ketua di tempat itu. Dia menumbuk batang pokok kerana marah akan dirinya sendiri. Syasya tahu perasaan Ameer lalu menghampiri lelaki itu.
"Ameer... kau jangan risau. Kita akan jumpa Alia nanti. Aku yakin dia takkan apa-apa"kata Syasya berusaha untuk menenangkan Ameer yang tidak tenteram.
Ameer tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Satu sahaja tempat yang belum mereka cari iaitu di dalam hutan yang tebal berada di hujung kampung. Memang cukup bahaya untuk mereka masuk ke dalam hutan itu tetapi itu sahaja tempat yang belum mereka cari.
Abang Roy mula menghampiri Ameer kerana rasa perlu menangguhkan pencarian mereka memandangkan hari yang semakin gelap. Dia menepuk bahu Ameer sebelum lelaki itu mula berpaling memandangnya.
"Ameer, Abang rasa untuk masa sekarang ni, kita hentikan dulu carian kita. Hari dah nak gelap. Bahaya untuk kita teruskan. Lagipun kita belum kenal lagi laluan tempat ni"kata Abang Roy sebagai seorang yang lebih berpengalaman.
Memang betul perkara yang diberitahu oleh Abang Roy mereka perlu kembali ke rumah dan meneruskan pencarian mereka, keesokkan harinya. Ameer hanya menurut saranannya. Sepanjang malam, dia berfikir tentang segalanya.
Satu per satu perkara bermain di dalam benaknya. Adly masih belum lagi pulang walaupun sudah larut malam. Mahu dia hubungi lelaki itu lagilah tidak mungkin memandang tiada jaringan telefon di tempat itu.
Tanpa dia sedar, matanya akhirnya terlelap. Mungkin terlalu penat memikirkan masalahnya itu. Seketika kemudian, bunyi air yang seakan-akan mencurah dengan banyak mengejutkannya. Ameer membuka matanya dan terkejut.
Dia berada di dalam sebuah sampan berdekatan dengan kawasan air terjun yang cukup tinggi. Dia melihat kawasan di sekeliling sebelum matanya melihat seseorang yang berada di sebalik air terjun itu. Gadis itu membasahkan dirinya dengan air terjun yang mencurah-curah itu. Gadis yang baru dikenalnya beberapa minggu yang lepas iaitu Iman.
Ameer menggosok-gosok matanya kerana masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Namun ketika dia membuka matanya kembali, air terjun yang sebelum ini dilihatnya jernih kini telah dipenuhi dengan darah.
Dia melihat seorang wanita yang terbaring kaku di atas permukaan air. Wanita itu memakai baju kebaya berwarna merah dan wajahnya kelihatan pucat. Ameer mencari kembali bayangan Iman yang berada di sebalik air terjun itu tetapi gadis itu telah tiada di tempat itu.
Dia menoleh kembali pada wanita yang tadinya dia lihat dan pada masa yang wanita itu juga hilang sebelum muncul di hadapan Ameer dengan keadaan rambut dan badan yang terbang. Dia menghulurkan tangannya dan bersedia untuk mencekik Ameer yang kaku dengan kehadirannya.
Berkali-kali Ameer cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak boleh. Wanita cukup kuat sehingga badannya terasa kehilangan seluruh tenaga. Pada waktu itu, Ameer sudah cukup sesak nafas dan berasa nyawa dirinya berada di hujung tanduk dan hanya menunggu masa riwayatnya untuk tamat sehingga ke akhir nafasnya itu.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...