Perjalanan

205 24 0
                                    

"Macam mana dengan van ni? Ok?"soal Abang Farid kepada empat orang pelajar di dalam yang dipandunya.

"Ok je bang"jawab Syasya yang sedang leka bermain telefon bimbitnya. Manakala Alia hanya mengangguk dan tersenyum. Farid memerhati dua orang lagi pelajar di belakangnya. Tiada seorang pun yang menjawab dan siapa lagi kalau bukan Syafiq dan Adly.

"Ketua macam apa si Ameer tu. Cakap je lah dia ada hati dengan Iman sebenarnya"bebel Syafiq.

"Entah, ketua sepatutnya dengan anak buah yang lain bukan datang ni semata-mata nak mengayat awek"sindir Adly pula.

Hal itu menarik tiga lagi manusia di atas van itu. Terasa bagai ada awan mendung yang berada di atas kepala mereka berdua. Dingin dan sangat suram. Notifikasi telefon mereka mula berbunyi. Membuatkan mereka membuka mesej yang dihantar oleh Ameer.

Ameer menghantar gambarnya bersama dengan Iman. Kelihatan Iman tersenyum di samping Ameer.

Group chat 'Mission of Kg Songket'

Alia is typing....

Alia : So cute the both of you 😍 match couple!

Entah kenapa Alia berasa dirinya tidak tenteram. Bagai telah membuat sesuatu kesalahan yang besar. Dia memandang kedua orang lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Wah, pemandangan yang sangat tajam dan mencengkam dirinya.

Lama juga mereka berkeadaan begitu sehinggalah mereka berhenti berehat di sebuah tempat untuk menikmati suasana di luar. Alia duduk di samping Iman lalu memeluknya. Baru beberapa jam perjalanan tetapi terasa rindu untuk menemui gadis itu.

Iman hanya membiarkannya sahaja. Lagipun badan pun cukup penat hanya duduk di dalam van itu. Iman meletakkan kepalanya di atas bahu Alia lalu memejankan matanya. Sementara Alia menggosok-gosok kepalanya.

"Are you lesbian?"ucap Syasya semasa melihat mereka berdua.

Alia meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai tanda amaran tidak mahu Syasya menganggu Iman untuk berehat. Syasya menggelengkan kepalanya sebelum berlalu pergi dari kedudukan mereka berdua berada.

Alia bermain-main dengan jari jemari Iman sebelum matanya terhenti pada tompok kebiruan yang berada di pergelangan tangan kiri Iman seperti digenggam oleh seseorang dengan begitu kuat.

"Iman, are you sure you ok? Kenapa dengan tangan you ni. I tak pernah nampak pun sebelum ni"tanya Alia membuatkan Iman membuka matanya.

Matanya memerhati pada lebam di tangannya. Dia sendiri tidak sedar bila dia mendapat lebam itu. Dan sekali lagi dia teringat peristiwa pada malam itu. Tangannya sempat dipegang oleh jelmaan Aisya itu sebelum dia rebah. Iman cuba berfikir positif. Mungkin hanya lebam biasa sahaja yang tidak perlu dirisaukan.

"Im ok. Mungkin sebab i pakai jam ketat sangat kot. Sebab tu lebam macam ni"ujar Iman mahu membuang kegusaran di hatinya.

Dia masih lagi ragu dengan jawapan Iman. Jelas-jelas dia melihat Iman selama ini memakai jam di tangan kanan memandangkan dia seorang yang kidal. Mengapa Iman cuba berbohong dengannya mengenai lebam itu. Alia tidak tahu tetapi yang pasti Iman ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Iman, Alia jomlah. Kita dah nak bertolak ni"kata Ameer yang menghampiri mereka.

Mereka terus mengikuti Ameer ke arah van untuk meneruskan perjalanan mereka. Dalam perjalanan mereka, hujan tiba-tiba turun dengan begitu lebat. Bertentangan dengan ramalan cuaca yang diperiksa oleh Ameer sebelum ini.

Keadaan jalan yang licin disebabkan hujan menyebabkan mereka berhenti sehingga hujan reda nanti.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now