Jalan Masuk

168 18 0
                                    

"Argghhhh!!!!"

Suara jeritan itu mengalihkan perhatian mereka. Farid memandang pada Alia dan Syasya yang kebetulan lalu di kawasan tempat dia berada. Alia menjerit melihat menampakkan mayat yang dalam keadaan berdiri berada berhadapan Abang Farid. Syasya dengan lantas menyekup mulut Alia daripada terus bersuara dan mengalihkan perhatiannya.

Tidak! Pasti mangsanya kali ini Alia. Pocong itu cuba berpaling memandang Alia yang tadinya berteriak. Abang Farid membaca surah yang telah dia pelajari daripada bapanya yang merupakan salah seorang pakar dalam bidang perubatan berkenaan makhluk itu.

"Allahuakhbar!" laung Abang Farid lalu melemparkan garam padanya sebelum ia mula terbakar di hadapan mereka setelah bacaannya selesai.

Lampu di tempat tiba-tiba sahaja menyala terang. Tidak hanya mereka bertiga malah semua yang berada di dalam pasar raya itu bergegas keluar. Tidak mahu kejadian sama terulang kembali.

Tercungap-cungap semua yang keluar daripada pasar raya itu. Abang Roy yang hanya duduk di dalam kenderaan keluar untuk memeriksa keadaan mereka semua.

"Korang kenapa ni?"soal Abang Roy kepada mereka.

"Tempat tu.....". Jari telunjuk Abang Farid menunjukkan ke arah pasar raya itu namun terdiam. Tempat yang dia kunjungi dengan yang lain bukan pasar raya. Itu adalah hutan yang tebal. Tapi macam mana hal itu boleh terjadi. Disebalik kegelapan itu, Alia terdengar suara orang memanggil namanya.

'Alia, tolong! Tolong! Tolong!'

Dia meliar mencari dari mana suara itu datang namun tidak berjaya dia kesan. Iman menepuk bahu Alia untuk gadis itu segera masuk ke dalam van. Mereka perlu segera bertolak sebelum hari semakin gelap.

Untuk menjadikan perjalanan mereka lebih cepat sampai, Abang Roy dan Abang Farid memutuskan untuk tidak singgah di mana-mana tempat untuk mengelakkan perkara yang sama terulang kembali. Sejak dari awal perjalanan mereka, sudah kerap berlaku kejadian aneh.

Sudah sekian lama memandu, Abang Roy melihat sebuah papan tanda yang  menunjukkan jalan ke Kampung Songket. Namun, dia dengan segera berhenti kerana jalan masuk ke kampung itu telah ditutup.

Pintu pagar jalan itu telah dikunci dengan mangga dan kelihatan sudah berkarat. Abang Farid turut turun memeriksa keadaan di sini. Dia tidak tahu kampung itu ternyata telah ditutup jadi tidak mungkin lagi untuk mereka masuk.

"So, macam mana? Dah jauh-jauh macam ni? Takkan nak patah balik?"soal Farid sambil berpeluk tubuh.

"Aku pun tak tahulah Farid. Hari dah nak gelap ni, susah kalau kita nak patah balik sekarang ni"kata Roy kepada Farid.

Sedang mereka berada dalam keadaan buntu, seorang wanita tiba-tiba sahaja berhenti di hadapan pintu pagar lalu membuka kunci pintu pagar itu. Farid dan Roy saling berpandangan melihat wanita itu yang selamba sahaja masuk ke tempat larangan itu.

"Cik!" panggil Abang Farid.

Dia berpusing memandang Farid yang memanggilnya sebelum Farid mula bertanya.

"Cik, boleh tak kami nak masuk? Sekarang ni dah lewat untuk kami patah balik"kata Farid walaupun dia masih curiga punca pintu pagar untuk jalan masuk ke tempat itu dikunci.

Wanita mengangguk sebelum membuka pagar itu dengan lebih luas. Pertanyaan Farid tidak dijawab tetapi dia hanya membuka pintu pagar tanpa tanya tujuan mereka ke tempat itu.

Abang Roy mempelawa wanita itu untuk masuk ke dalam vannya untuk dia meneruskan perjalanannya namun dia menggeleng kepalanya dengan keras. Disebabkan itu, mereka hanya meninggal wanita itu lalu bergerak masuk ke untuk menerokai Kampung Songket itu.

Wanita itu mengunci pagar dari dalam sebelum mula tersenyum. Dia mula menunjukkan sisi dirinya yang asli yang diikuti dengan hilaian tawa melihat mangsa mereka akhirnya telah tiba setelah sekian lama menunggu.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now