Buku

210 20 0
                                    

"Iman! Iman! Iman". Kedengaran suara kawannya Aqilah datang mengejutkan Iman yang tidur di dapur. Memang biasanya Aqilah adalah orang yang akan bangun awal menyediakan sarapan. Terutama pada pagi Khamis seperti ini.

Iman membuka matanya secara perlahan-lahan. Cahaya lampu membuatkan matanya tidak dapat dibuka dengan luas. Aqilah memeluk tubuh memandang Iman yang cuba bangun dari tidur.

"Kau pehal tidur sini? Mana pernah kau berjalan masa tidur"kata Aqilah yang risau.

Iman memegang kepalanya yang terasa sakit. Lupa kenapa dia sampai tertidur di situ. Kepala Iman kembali berdenyut. Mungkin disebabkan tidur di atas lantai itu semalaman.

"Aku tak tahulah. Dahlah, aku masuk bilik dulu"kata Iman.

Belum sempat Iman melangkah, Aqilah kembali bersuara menegurnya lagi.

"Kau bertolak ke Kampung Songket hari ni, kan?"soal Aqilah.

Ingatannya kembali peristiwa yang terjadi semalam. Aisya. Di mana gadis itu? Benarkah yang dia lihat semalam ada Aisya.

"JANGAN PERGI"

Masih segar dalam ingatannya suara itu. Entah kenapa suara itu seakan-akan mengatakan sesuatu akan kampung itu.

Sedang dia leka memikirkannya Aqilah terus menepuk bahu Iman disebabkan soalannya tidak dihiraukan. Pelik betul dengan kelakuan Iman pada pagi itu.

"Kau kenapa Iman aku tanya tak jawab? Kau ok tak ni?"soalnya lagi.

"Hah? Ha'ah... aku ok"jawab Iman.

Apakah itu semua hanya atau ilusi? Kenapa hal itu dirasai sangat nyata. Otaknya tidak henti berfikir sehingga dia kini berada berada hadapan pintu biliknya. Kali ini kepala Iman terhentak pula pada pintu biliknya. Apalah nasib hari itu. Buat itu tak kena buat ini tak kena.

"Aduh, kawan aku sorang ni. Macam manalah boleh mamai pagi-pagi macam ni. Malam tadi tidur jumpa putera idaman ke?"usik Ika yang baru keluar dari bilik dan ternampak Iman yang terlanggar pintu.

Dalam banyak-banyak benda pintu juga yang dia ingin langgar. Boleh tahan kelakar juga Iman ini. Biasanya Iman bukan seorang yang alpha dengan setiap tindakan tetapi gadis itu kelihatan bengong pada pagi itu.

"Entahlah, Ika. Takpelah aku masuk dulu"kata Iman lalu masuk ke dalam dalam biliknya. Ika berlalu menuju ke tingkat bawah untuk sarapan.

Masuk sahaja ke dalam biliknya, rambutnya diselak dari menutupi wajahnya. Rambut Iman ketika itu boleh kalah rasanya pontianak di dalam televisyen. Iman ini jenis tak ikat rambut kalau tidur. Keadaan rambutnya yang panjang dan tebal menjadi rambutnya kelihatan serabai.

Maklumlah dia bukannya duta rambut untuk memiliki rambut yang halus, mulus dan bersinar. Eh, apa pula jadi pasang iklan dekat sini pula. Iman berjalan ke bilik air. Dia mahu menunaikan solat subuh yang masih belum dilaksanakannya.

Sudah menjadi kewajibannya sebagai umat Islam untuk solat seharian lima waktu. Disebabkan dia masih belum menyimpan kelengkapan untuk bertolak ke sana, Iman mengambil keputusan untuk mandi di waktu pagi supaya dia sempat menyiapkan diri.

Iman tidak mengambil masa yang terlalu lama, kalau ingin menyiapkan diri jadi lebih cepat untuk dia menyimpan barangannya. Matanya meliar mencari laptop yang disimpannya. Perkara utama yang perlu dibawa untuk menjalankan tugasannya di sana nanti.

Dia lupa dia telah menyimpannya di dalam almari yang terletak di atas meja belajarnya. Semasa dia mengambil laptopnya sebuah buku yang berada di atas laptopnya jatuh di atas lantai.

Sebuah buku yang bertajuk "Kampung Mati". Buku itu diberikan oleh seseorang semasa dia sedang mencari bahan bacaan di perpustakaan. Buku itu diserta dengan sehelai nota kecil yang ditampal di atas buku itu.

Ianya bukan sebuah buku biasa tetapi buku yang jelas ditulis dengan tulisan tangan. Iman tidak pasti atas apa alasan apa buku itu diberikan kepadanya.

"Baca & fhmkan klau x nk nyawa terancam".

Itulah yang tertulis di nota itu. Boleh naik bulu romanya semasa membaca tulisan yang kedengaran seperti sebuah ugutan. Mahu tidak mahu Iman memutuskan untuk membacanya apabila tiba di Kampung Songket semasa waktu luangnya.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now