Allahuakbar Allahuakbar..
Laungan azan itu menghentikan segala tindakan Anggerik ke atas Iman. Badannya sangat panas dan terbakar mendengar laungan azan itu yang entah datang dari mana. Dia membawa diri dari terus berada di tempat itu.
Iman bersyukur apabila laungan azan itu terdengar. Azan itu menunjukkan telah masuk waktu solat subuh dan sebagai umat islam mereka wajib menunaikannya. Badan Iman sangat lemah. Matanya tidak lagi dapat ditahan daripada tertutup.
Pada penghujungnya Iman pengsang dengan badannya yang masih diikat pada pohon besar itu. Berharap mereka yang lain akan menemui dirinya dan juga Kak Asma yang langsung tidak sedar.
Sudah beberapa jam berlalu. Sebelum dia mendengar suara Alia dan Syasya memanggil namanya. Dia menepuk-nepuk wajah Iman setelah melepaskan ikatannya di pohon itu. Manakala Abang Farid cuba untuk membantu Kak Asma untuk berdiri.
Iman cuba untuk membuka matanya tetapi matanya sangat berat untuk dibuka. Tidak sampai beberapa minit dia sedar, Iman kembali menutup matanya kerana tidak mampu menahannya lagi.
Ustaz Firdaus iaitu lelaki yang mereka temui di majlis pada malam itu menyuruh Adly untuk mengangkat Iman untuk dibawa ke klinik yang berdekatan. Baru sahaja Syafiq ingin berjalan mengikuti mereka, dia melihat sehelai selendang yang berwarna merah berada di tempat Iman berada. Mungkin selendang itu milik Iman.
Jadi dia perlu membawanya bersama. Dia kembali mengikuti jejak Adly dan yang lain yang telah jauh ketinggalan.
*********
Mereka menunggu keputusan doktor yang merawat Iman di luar bilik rawatan. Pada waktu itulah Ameer muncul bersama dengan Abang Roy apabila diberitahu oleh Alia selepas mereka keluar dari tempat itu dan kembali mendapatkan sambungan telefon mereka.
"Macam mana kau jaga dia!"marah Adly yang berang dengan kehadiran Ameer dan menggenggam kemas kolar bajunya.
Ameer tahu dia salah. Keadaan tidak akan jadi macam ni kalau mereka semua tidak berpecah. Betul apa yang dikatakan oleh arwah ayah Syafiq. Mereka perlu kekal bersama untuk melindungi gadis itu.
Syafiq menghalang tindakan Adly yang kasar akan sahabatnya sendiri. Nanti tak pasal-pasal mereka semua dihalau kalau Adly dan Ameer bergaduh.
"Ameer tak salah"kata Abang Roy secara tiba-tiba.
Andai sahaja dia mendengar kata-kata Asma pasti keadaan akan baik-baik sahaja. Dalam keadaan yang sangat tegang itu, doktor yang merawat Iman keluar dari bilik rawatan.
Syafiq menghampiri doktor itu sebelum diikuti oleh kawan-kawanya yang lain. Dia mahu mendengar sendiri keadaan Iman. Apabila dia melihat Iman waktu pertama kali menemuinya. Sama seperti waktu gadis yang disayangi hampir kehilangan nyawanya.
"Alhamdulillah Iman tak apa-apa. Dia cuma penat jadi buat sementara waktu ini saya harap kamu semua jangan bebankan fikiran dia"kata doktor yang merawat Iman.
Lega mereka mendengarnya bahawa Iman baik-baik sahaja.
"Sekarang ni boleh ke kami masuk?"soal Alia.
Doktor itu mengangguk sebelum berlalu pergi. Dia berpaling sekejap apabila teringat akan sesuatu yang lain dari diri Iman. Tetapi melihat mereka masuk ke dalam bilik rawatan gadis, dia menangguhkannya kerana fikir itu hanya sekadar perasaannya sendiri.
Mereka masuk lalu mula mengelilingi Iman yang telah tersedar lalu tersenyum pada mereka. Tidak menyangka kawan yang baru dikenali begitu risau akan dirinya.
"Kenapa senyum-senyum macam tu? Geli tahu tak, aku tengok"perli Syasya kepadanya.
Abang Roy menyiku Syasya. Budak itu mulut memang tak pandai nak jaga. Terlalu biasa melepaskan ucapannya.
Mereka tergelak melihat reaksi dua orang adik beradik itu. Iman mengalihkan pandangan pada Syafiq lalu tersenyum dan dibalas oleh lelaki itu. Pandangan mata antara mereka bukan pandangan biasa. Adly cuba menahan dirinya yang tidak suka akan kemesraan antara Iman dan Syafiq.
"Oh, Iman. Selendang ni awak punya ke?"soal Syafiq lalu mengeluarkan selendang merah lalu diberikan kepada Iman. Rasanya dia pernah melihat selendang itu. Tapi dia lupa di mana. Selendang itu bukan miliknya tetapi Iman hanya mengiyakan kerana mahu memastikan sesuatu tentang selendang itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kampung Mati
TerrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...
