1970-an

146 16 0
                                    

Kampung Mati......

Pada hari itu seorang wanita cuba melarikan diri daripada penduduk kampung yang marah akan dirinya. Dia dituduh wanita pembawa  malang kerana sejak kehadiran gadis itu semakin ramai warga kampung yang mati. Setiap hari pasti akan ada penduduk kampung yang mati dan disebabkan hal itu, kampung mereka lebih dikenali sebagai Kampung Mati.

Penduduk kampung mula mencari punca kejadian itu berlaku dan mula menunding jari pada seorang seniwati yang tinggal di hujung kampung itu. Gadis itu akan datang setiap minggu untuk mengadakan persembahan meniup seruling.

Mereka mula berfikir, sejak gadis itu masuk, keadaan kampung itu menjadi tidak tenteram dan nama gadis itu adalah Melati. Gadis yang selalu akan mengenakan baju songket setiap kali dia membuat persembahan. Semua itu berlaku tanpa pengetahuannya.

Selama dia tinggal dia situ, dia tidak pernah tahu, dia telah difitnah dengan sebeginian rupa oleh penduduk kampung itu sedangkan dia masuk ke kampung itu semata-mata ingin mencari sesuap nasi untuk anak gadisnya yang tinggal bersama dengan saudara kembarnya.

Setiap bulan, Melati akan mengunjungi anaknya untuk mengisi masa luang bersama dengan anaknya itu. Suaminya? Tak, anaknya bukan lahir dari hubungan yang suci. Dia telah diperkosa oleh seorang pelajar lelaki yang selama ini dia percaya namun meragut dara lalu meninggalkan dia dalam keadaan dirinya sedang hamil.

Salah seorang penduduk kampung itu, menghidangkan secawan kopi untuk Melati setelah gadis itu habis persembahan. Memang menjadi kebiasanya umum minum di gerai itu selepas penat mengadakan persembahan.

Namun entah kenapa akhirnya, kepala dia berasa berasa berat sebelum dia pensang di sini. Shazman iaitu seorang lelaki yang cukup rapat dengan Melati bergegas mencari Melati yang dibawa oleh orang kampung di tempat air terjun.

Ketika dia sampai, Melati hampir sahaja dibuang ke  dalam air terjun yang cukup dalam ketika itu namun ditahan oleh Shazman. Dia menangis teresak-esak lalu memeluk erat Melati yang tidak menyedarkan diri.

Gadis yang berada dalam keadaan yang lemah itu membuka matanya secara perlahan-lahan lalu tersenyum memandang Shazman yang memegangnya sebelum ajalnya akan tiba nanti. Dia menyentuh pipi Shazman dengan tangan yang terketar-ketar.

"Shazman, jaga Suri baik-baik. Kau beruntung ada dia"ucap Melati kepadanya.

Shazman tidak rela kehilangan Melati dalam keadaan begitu. Dia tidak sanggup melihat gadis yang disayangi pergi meninggalkannya.

"Shazman...kau kena janji...dengan aku... tolong jaga...Za...lia"katanya lagi.

Dia ditarik dengan kasar oleh penduduk kampung di situ untuk menjauhi Melati. Melati mula terbatuk-batuk dan akhirnya gadis itu mengeluarkan darah dari mulutnya. Dia sedar minuman yang dia minum tadi telah diracun sehingga dia tidak dapat menahan rasa sakit yang teramat dalam seluruh badannya.

Tanpa rasa belas kasihan, Melati dicampak dengan begitu kejam dari tempat air terjun yang tinggi itu.

"Melati!!!!"jerit Shazman yang terduduk melihat gadis itu dicampak ke dalam air terjun yang cukup dalam itu.

Sejak peristiwa itu, Shazman berkali-kali cuba untuk terjun ke dalam air yang cukup dalam itu namun dihalang oleh Suri kerana tahu, Shazman mahu mayat Melati disemadikan dengan cukup sempurna dan tidak hanya dibiarkan mereput di dalam air itu.

Kehidupan Shazman sejak kehilangan Melati mulai berubah walaupun kini dia telah bergelar suami kepada Suri yang setia disampingnya. Seperti yang dijanjikan, Shazman menjaga Zalia iaitu anak Melati dengan penuh kasih sayang sehingga isterinya sendiri diabaikan olehnya.

Suri tidak pernah bahagia dengan Shazman. Lelaki itu tidak pernah sedar akan perasaannya walaupun Melati telah lama tiada. Suatu hari, Suri tekad untuk meninggalkan kampung itu. Dia tidak betah untuk bersama dengan Shazman lagi  di fikiran lelaki hanya ada Melati.

Sebulan telah berlalu sehingga hari itu tiba. Bulan purnama penuh. Pada masa itu, penduduk di kampung itu masih belum tahu akan wanita yang telah mereka bunuh menuntut kembali dendamnya. Dia menjelma dengan pakaian songket dan setiap mangsanya akan ditutup dengan kain songket itu.

Bermula dari situ, nama kampung itu telah bertukar sebagai nama Kampung Songket yang sebenarnya adalah Kampung Mati. Penduduk di kampung itu mula mereka cerita tentang asal kewujudan Kampung Songket yang disebabkan oleh penduduk di kawasan itu cenderung untuk membuat songket berbanding pekerjaan yang lain.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now