Van

209 20 0
                                    

Pon! Pon!

Kedengaran bunyi hon kenderaan yang telah ditekan. Mereka memandang pada dua buah van yang telah tiba di hadapan mereka. Kata Abang Roy kalau sebuah sahaja van yang bergerak berkemungkinan ruang untuk meletakkan barangan tidak akan muat.

Abang Roy dan dua lagi sahabatnya keluar daripada van. Satu van dipandu oleh Abang Roy manakala satu lagi van dipandu oleh Abang Farid.

"Ok, semua dah ready?" soal Abang Roy.

Mereka semua mengangguk. Disebabkan mereka semua telah bersedia, Abang Farid memimpin bacaan doa agar perjalanan mereka ke Kampung Songket berjalan dengan lancar. Selesai sahaja berdoa Abang Roy kembali bersuara untuk membahagikan kumpulan yang akan menaiki van yang dibawa oleh Abang Roy dan Abang Farid.

Dua orang akan naik van bersama dengan Abang Roy memandangkan mereka turut disertai Kak Asma. Selebihnya akan menaiki van bersama Abang Farid. Abang Roy menyerahkan semuanya kepada Ameer memandangkan dia adalah ketua kumpulan.

"Ok, macam ni. Aku akan naik van dengan Abang Farid sebagai ketua memandangkan dah ada dua orang dewasa dalam kumpulan Abang Roy. Syasya kau nak jalan dengan abang kau ke?"soal Ameer.

Satu jelingan tajam diberikana khas kepada Ameer daripada Syasya. Ada ke patut dia tanya macam tu. Lain macam sahaja bunyinya.

"Eh, Ameer. Kau ingat aku ni budak kecik ke? Asyik nak berkepit 24 jam dengan abang aku sendiri"kata Syasya.

Susahlah macam ni. Kalau agih kumpulan pun sudah mula ada yang tidak berpuas hati. Sedang Iman leka syok sendiri, Ameer tiba-tiba bertanya kepadanya pula.

"Macam ni lah, kita agihkan dua orang perempuan untuk setiap group. Jadi lebih adil kan. Tapi siapa nak naik dengan Kak Asma?"soal Iman pula.

Iman mula memandang dua orang lagi sahabatnya yang mula melarikan pandangan mereka daripada bertatapan dengan Iman. Nampak sangat tak nak naik dengan Kak Asma.  Yelah, siapa nak kalau hanya seorang sahaja di van itu. Mesti mereka akan terasa kekok antara satu sama lain.

"Yelah, yelah. I yang akan naik sekali dengan Kak Asma"kata Iman yang hanya pasrah.

Dirinya sudah biasa ditinggalkan. Lagipun Alia lebih rapat dengan Syasya berbanding dirinya. Jadi untuk apa dia menganggu persahabatan mereka.

"Thanks Iman for volunteer. Sekarang tinggal Syafiq and Adly. Macam mana?"kata Ameer lalu memandang kedua sahabatnya yang dari tadi membisu.

Dengan wajah yang seperti menunjukkan diri mereka 'macho' mereka tanpa sedar memberikan jawapan yang sama.

"Abang Roy" ucap mereka serentak menyebabkan mereka menjeling antara satu sama lain. Susah betul nak tamatkan perang dingin yang berlaku di antara mereka. Entah sejarah apa yang mereka miliki sehingga sukar untuk mereka berbaik semula.

Ameer menepuk dahinya. Susah betul nak berbincang dengan makhluk itu. Ameer menarik kedua-dua lelaki itu berjauhan sedikit daripada lokasi mereka berbincang. Geram juga kadang-kadang dengan sikap kebudak-budakkan mereka.

Buat malu sahaja di depan para gadis itu. Tolonglah mana perginya sikap dewasa mereka.

"Dengar sini, Adly, Syafiq. Aku bukannya tak tahu tujuan sebenar korang. Korang nak rapat dengan Iman,kan? Please be matured. Tak gentle langsunglah tunjuk perangai macam ni depan dia"bebel Ameer.

Tapi tak ada guna juga nasihat dorang ni. Mana pernah nak dengar. Nak ajak naik van pun susah. Bosan betul Ameer melayan kerenah kebudak-budakan mereka berdua.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now