Mangsa

158 21 1
                                    

Pada malam itu, Alia tidak dapat tidur memikirkan nasib sahabat barunya manakala Syasya dan Kak Asma telah pun lena dibuai mimpi. Dia melemparkan pandangan ke arah syiling rumah tersebut.

Tok! Tok ! Tok!

Bunyi seakan-akan sesuatu yang diketuk. Alia bangun dan cuba untuk menyedarkan Kak Asma tetapi sekali lagi dia mendengar bunyi yang sama membuatkan tindakan terhenti.

Dia mengambil keputusan untuk memeriksa sendirian walaupun dia seorang yang agak lemah. Alia turun dari katil secara perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan Kak Asma dan juga Syasya. Dia keluar dari bilik itu untuk cuba melihat-lihat keadaan di luar.

Alia! Alia ! Alia

Kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya dari luar rumah. Peluh keringatan mula membasahi wajahnya yang kedinginan. Dia takut untuk membuka pintu rumah itu lalu mengambil keputusan untuk hanya membuka tingkap.

Dia membuka pengunci pintu di bahagian bawah dan juga bahagian atas. Tiba-tiba angin yang kuat menolak dengan luas pintu tingkat yang dibuka oleh Alia sehingga rambutnya mula berterbangan. Dia cuba membetulkan rambutnya kembali.

Angin yang tadinya kencang tiba-tiba terhenti dan matanya melihat Iman yang sedang berdiri di luar rumah itu. Keadaan di luar penuh dengan kabus. Dia masih ragu jika itu adalah Iman, tetapi kalau betul itu Iman untuk apa gadis itu berada di luar pada waktu sebegini dan juga yang anehnya, Iman memakai baju kebaya dengan selendang merah.

Dia masih ingat kali terakhir dia melihat Iman memakai selendang itu, jadi berkemungkinan itu adalah Iman. Alia cuba memanggil-manggil nama Iman namun panggilannya tidak dihiraukan. Iman terus melangkah tanpa memandang pada Alia yang risau akan dirinya.

Alia memutuskan untuk mengikuti Iman supaya tidak berlaku sesuatu yang buruk padanya. Semasa dia mengikuti Iman, dia rupanya sudah berada jauh dari rumah dan berada di dalam hutan yang tebal. Hatinya waktu itu memang tidak tenteram.

Dia perlu keluar. Itu bukanlah Iman. Tidak mungkin Iman akan masuk ke dalam hutan yang tebal seperti itu. Alia berpusing ke belakang tetapi tidak tahu arah tujuannya. Dia melihat kembali Iman yang berada di depan namun kali ini dia telah kehilangan jejak gadis itu.

Jantungnya berdegup dengan laju dan mula menggosok-gosok tangannya kerana berasa sejuk. Sudahlah dia memakai baju yang berlengan pendek pada waktu itu. Pergerakan Alia terhenti apabila kakinya terasa sangat dingin dan seseolah  dipegang oleh sesuatu.

Dia memberanikan diri untuk memeriksa benda yang berada di kakinya. Sungguh dia sangat takut untuk melihatnya. Badannya sudah cukup menggigil. Dia melihat ke arah kaki. Tapi tiada apa-apa yang berada di kakinya. Mungkin disebabkan daun-daun yang lembap yang membuatkan dirinya membayangkan sesuatu yang diluar jangka.

Alia kembali melihat ke arah depannya tetapi dengan pantas menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Tidak mahu jeritannya keluar kerana terkejut apabila melihat sesuatu yang seperti rambut yang sangat panjang berada di hadapannya.

Sosok dari rambut itu mula turun secara perlahan-lahan di hadapan Alia yang takut. Sosok itu menutup matanya. Alia masih melihatnya seperti sosok wanita yang biasa namun itu hanya sementara. Sosok itu membuka matanya dan mula membuatkan Alia menjerit dengan kuat namun hanya didengari oleh dirinya sendiri.

"Arghhhh!!!!!"jerit Alia apabila melihat wanita itu dengan sebelah matanya dirobek sehingga menampakkan bahagian isi matanya manakala sebelah lagi hanya berwarna hitam.

Alia, mangsa pertamanya. Seorang gadis yang paling penakut dan mudah untuk dipengaruhi. Dia akan memastikan mereka kekal di kampung itu sebelum bulan purnama tiba. Dia tersenyum apabila perancangan berjaya membuatkan mereka datang ke kampung itu.

Dia melihat pada Iman yang dirantai di atas katil. Gadis itu menjadi korban yang paling dia inginkan namun harus menghapuskan kawannya yang lain secara perlahan-lahan tanpa mereka sedar mereka datang ke alam yang penuh dengan dendam dan kematian.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now