"Apa yang kau buat sekarang Melati? Kau sedar tak, kau dah lepaskan peluang kau!"marah Mawar pada Melati yang membiarkan mereka untuk pergi.
"Adik tahu,kak"ucap Melati lalu memegang kedua belah tangan Mawar.
Bayangan peristiwa pada tarikh sebelum kematian Melati muncul dengan tiba-tiba. Sebahagian ingatan Melati. Pada masa itu, Melati sedang leka membasuh kain di tepi sunyi sambil menyanyi.
Sedang dia leka dengan membasuh pakaiannya, Suri datang dan juga membawa sebakul pakaian untuk dibersihkan.
"Hai Melati, rajin kau basuh baju"ucap Suri.
"Biasalah, Suri. Baju ni aku nak pakai untuk persembahan malam esok. Bagi aku, kalau tengok orang kampung gembira dengan persembahan aku, itu sudah cukup buat aku bahagia"kata Melati sambil tersenyum.
Rasa serba salah menyerbu dirinya. Semakin lama dia berpura-pura di hadapan Melati, dia semakin rasa bersalah. Perasaan cemburunya telah membutakan segalanya. Untuk mengundurkan semua yang berlaku adalah tidak mungkin.
Dia menangis. Tidak tahu cara untuk meminta maaf pada Melati. Suara sendu kedengaran di kuping telinga Melati. Dia telah melakukan kesilapan yang sangat besar padanya.
Melati berhenti menyental bajunya lalu duduk di sisi Suri. Dia menggosok belakang badan gadis itu untuk menenangkannya. Tidak tahu masalah yang dihadapi tapi dia tidak mahu sahabatnya itu bersedih.
"Kau ada masalah dengan Shazman ke? Apa dia biar buat dekat kau, biar aku ajar sikit"kata Melati kepadanya.
Suri menggeleng kepalanya. Dia tahu akan hubungan rapat antara Melati dengan Shazman. Meskipun Shazman mempunyai perasaan cinta pada Melati, gadis itu sedar Suri sangat mencintai lelaki itu. Biarlah mereka bahagia bersama.
"Aku...". Suara hatinya sangat ingin meluahkan segalanya pada Melati tetapi dia takut Melati akan membencinya. Siapa sangka persahabatan yang bertahun lamanya rosak disebabkan seorang lelaki.
Dia tidak mampu. Hanya mampu menangis di hadapan gadis itu.
"Suri, kau kan sahabat aku. Kalau kau sedih macam ni aku pun sedih juga. Cuba kau cerita pada aku. Sekurang-kurangnya, dengan semua itu kau dapat kurangkan rasa sedih kau"kata Melati lagi.
Suri mula memeluk Melati. Dia tidak mampu menahan lagi. Biarlah Melati membencinya. Yang dia mahu, Melati keluar dari kampung itu sebelum semuanya terlambat.
"Melati, se..be...narnya..". Suri membuka segalanya. Dari awal dia bertemu dengan seorang bomoh untuk membuatkan Melati terseksa. Sebagai balasan, Suri perlu menyediakan korban pada setiap hari.
Dari situ bermulalah, unsur fitnah di kampung itu. Kampung yang aman tenteram dikejutkan dengan kematian Lebai Samad iaitu penghulu kampung itu. Pada mulanya, orang kampung langsung tidak merasakan itu adalah perkara yang tidak normal sehinggalah hampir setiap hari akan ada kematian di kampung itu.
Suri mula berasa takut, dia tertangkap. Mak Cik Wahida iaitu seorang wanita yang sangat benci akan gadis yang bernama Melati. Sejak kehadiran Melati di kampung itu, suaminya jarang berada di rumah. Itu semua kerana ingin melihat persembahan Melati pada setiap malam minggu di kampung itu.
Wanita itu mula menabur fitnah dan mengatakan Melati adalah punca semua itu berlaku. Berita itu mula tersebar di kampung itu sebelum mereka mula membuat pakatan untuk memusnahkan Melati.
Ada beberapa orang penduduk kampung yang hanya mahu Melati diusir dari tempat itu tetapi cadangan itu ditolak. Mereka bimbang Melati akan semakin menganggu mereka jika dirinya diusir daripada kampung itu.
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...