Cahaya

129 16 0
                                    

"Kau! Kau buat apa dekat sini!"marah Mawar melihat lelaki tua yang datang bersama dengan mereka. Dia kenal dengan lelaki tua itu. Ustaz yang pernah ditemui olehnya untuk sesi pemulihan setelah kehilangan adiknya.

Dengan suara yang lantang ustaz itu mula melaung azan. Hal itu telah membuatkan seluruh badannya terasa sangat panas seperti berada di dalam api yang sangat panas. Iman dan juga Kasturi mula memapah Alia untuk segera menjauh dari kawasan itu.

Walaupun panas mendengar setiap bacaan azan yang dilaungkan, Mawar dengan cepat membuatkan mereka bertiga terjatuh. Dia menggunakan tangannya dan membaca sesuatu di mulutnya lalu membuatkan Kasturi tercampak hingga gadis itu terhantuk pada batu dan menyebabkan kepalanya berdarah.

Di sudut yang lain, ustaz yang melaungkan azan mula mengeluarkan darah yang banyak dari mulutnya sehingga jubah yang dipakainya terlihat sangat kotor. Dia memegang dada yang terasa sakit dengan mendadak.

Adly segera mendapatkan Kasturi yang berada dalam keadaan yang lemah itu bersama Puan Zalia. Adly tahu dia baru kenal dengan Kasturi tetapi dia tidak sanggup melihat Kasturi terlihat sangat lemah seperti itu.

Adly geram lalu mengeluarkan pisau untuk menikam wanita yang bertopeng syaitan itu. Dia tidak mahu lagi lebih banyak nyawa yang melayang disebabkan kekejaman yang dibuat oleh wanita itu.

Namun pergerakannya kaku, dia tidak dapat bergerak. Jari jemarinya tidak bergerak mengikut badannya. Dia melepaskan pisau yang berada di tangannya tanpa dia ingini.

Badannya seolah-olah diangkat oleh Mawar. Dia tersenyum melihat Adly yang terapung dan tangannya mula mencekik lehernya sendiri. Habis segala kudrat, Adly cuba melawan.

"Cukup Nek Mawar! Dia tak bersalah dalam hal ni!"rayu Iman dengan kedua-duanya tangan memohon-mohon agar Adly dilepaskan.

Air matanya tidak henti daripada mengalir. Terseksa hatinya melihat seluruh orang yang disayangi mati dihadapannya sendiri. Bagi Iman, Adly sudah dianggap sebagai sahabatnya walaupun perwatakan lelaki itu selalu dingin dengannya.

"Kau nak aku lepaskan dia?"soal Mawar sambil tersenyum sinis.

"Tolonglah! Dia kawan Iman, Nek! Iman akan buat apa saja yang nenek minta asalkan nenek lepaskan dia!"ucap Iman dalam keadaan terdesak itu.

Badan Adly seolah-olah diikat dengan sesuatu yang sangat tajam sehingga hampir seluruh tubuhnya luka. Mawar mula menghampiri Iman lalu membisikkan sesuatu pada gadis yang mempunyai tekad yang tinggi itu.

"BUNUH DIA"bisik Mawar di telinga Iman lalu menunjukkan jarinya pada Alia.

Iman tidak mampu dalam masa yang sama dia tidak mahu Adly juga turut terkorban. Iman terduduk dengan hati yang memohan agar Allah membantunya dalam kesukaran itu.

Pokok tiba-tiba sahaja bergoncang dengan kuat dan angin bertiup dengan begitu kuat. Adly yang melihat cahaya yang selama ini berada di samping Iman bergerak dengan laju lalu masuk ke dalam diri gadis itu.

Iman tidak berganjak sebelum mula terapung. Lalu melihat mata Mawar dengan pandangan yang tajam. Mata Iman kini bertukar putih. Dia dirasuk oleh sesuatu yang mereka tidak fahami.

"Kak Melati! Aku dah jumpa keturunan dia! Dia yang menyebabkan kau dibunuh oleh orang kampung!"jerit Mawar yang bahagia melihat Melati yang telah muncul dalam diri gadis itu lalu melihat ke arah Alia.

Melati melepaskan Adly dari ikatannya, lalu memandang pada puteri yang sangat disayangi olehnya. Puan Zalia menangis melihat ibunya yang masuk ke dalam badan Iman.

Melati mendekati Zalia lalu membelai lembut wajahnya. Zalia kenal dengan belaian itu ibunya. Air matanya mengalir kerana sudah lama tidak merasai belaian itu. Dia memegang tangan ibunya lalu mencium.

Walaupun wujud ibunya sekarang bukan seperti seorang manusia, namun Zalia tidak takut kerana itu adalah ibunya sendiri.

"Zalia, tolong semua pergi dari sini. Biar ibu yang selesaikan segalanya"ucap Melati pada Zalia.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now