Mawar

136 16 0
                                    

Kejadian sebelum itu....

Di rumah Puan Zalia, Iman dijaga oleh kembarnya iaitu Kasturi. Mereka memang tidak seiras tetapi kedua-duanya anak kelahiran dari rahim yang sama. Pada malam itu juga, Iman menghabiskan waktunya dengan membaca buku yang dia terima sebelum ini dari seseorang yang misteri.

Kasturi mengetuk pintu bilik apabila melihat Iman yang sedang leka membaca buku itu. Dia duduk bersebelahan dengan Iman lalu meletakkan kepalanya di atas bahu Iman. Kasturi sendiri tidak menyangka dia akhirnya menemui Iman gang sebelum hanya hadir dalam mimpinya.

"Kak Iman dah habis baca buku tu? Apa pendapat kakak tentang kembar nenek?"soal Kasturi yang membuatkan Iman terkejut dan berhenti membacanya.

"Mana Kasturi tahu cerita dalam buku ni pasal kembar nenek".

Kali ini Iman pula yang bertanya. Kasturi tahu dia telah terlepas cakap. Mahu atau tidak dia perlu menceritakan tentang segalanya kepada Iman. Gadis itu ada hak untuk tahu semuanya.

"Sebenarnya Kak Iman...Kas...turi yang hantar buku ni pada kak Iman. Awal tu, Kasturi jumpa gambar nenek dengan seorang wanita yang hampir seiras dengan nenek dalam rumah usang tu. Lepas tu, Kasturi jumpa buku ni dalam almari dalam rumah tu. Kasturi dah baca semua dan sebab tu Kasturi rasa semua yang berlaku di kampung ni punca kembar nenek tu"jelas Kasturi pada Iman.

Ternyata orang yang menghantar buku itu adalah Kasturi. Adiknya terlebih dahulu telah membuat kajian tanpa dia tahu apa-apa. Iman tahu, malam ini adalah malam bulan purnama dan dia tidak dibenarkan berkeliaran di tempat itu namun Iman menemui jalan penyelesaiannya setelah membaca buku itu.

Kakak kembar kepada arwah neneknya tidak mungkin akan hidup kalau mereka tahu tentang sumpahan yang berlaku. Dari awal dia sepatutnya sudah meninggal di usia mudanya tetapi wanita itu masih lagi hidup.

Dia ada membaca tentang seorang ustaz yang ditemui oleh seorang wanita tentang sumpahannya.  Tetapi menolak kerana tidak pasti kaedah rawatan yang digunakan olehnya berkesan. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengikuti syarat-syarat perjanjian untuk menghindari sumpahan itu.

Antara syaratnya adalah melakukan sebuah pengorbanan pada seorang gadis. Dan melakukan beberapa lagi ritual lainya. Segala rancangannya tertulis pada buku yang dia baca. Dari awal hingga akhir.

Alia. Dia adalah gadis yang akan menjadi korban untuk meneruskan melanjutkan ritualnya itu. Iman sedar apa yang dilakukan oleh kembar neneknya adalah semata-mata untuk membalas dendam atas kematian neneknya tetapi jika ini adalah jalan yang dipilih olehnya, ini adalah sebuah jalan yang salah dan syirik di sisi Allah SWT.

Baru sahaja dia dan Kasturi ingin bertolak seorang lelaki tua tiba-tiba muncul di hadapan pintu itu. Dia mengucapkan salam lalu dijawab oleh kedua gadis itu. Mereka tidak pernah melihatnya sebelum ini.

"Maafkan atok sebab ganggu kamu berdua tapi tolong benarkan atok ikut kamu berdua jumpa dengan Mawar"ucapnya.

Mawar. Ya, Mawar iaitu gadis yang sebelum membawa mereka ke rumah penginapan delima. Dia sudah merancangnya dari awal. Bermula dari van yang tiba-tiba sahaja rosak sehinggalah semua yang berlaku secara tiba-tiba. Dia hanya menunjukkan sisi wajahnya pada usia muda dan disebabkannya tiada seorang pun yang sedar akan identitinya yang sebenar.

"Tapi atok ni siapa,ya?"soal Iman kepadanya.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now