Sejarah

138 17 0
                                    

Adly bangun dari tidur dan cuba untuk bangun namun tangannya tidak boleh bergerak. Dia mengalihkan pandangan pada tangan kanan dan tangan kirinya yang rupanya telah pun diikat dengan rantai besi. Adly cuba mengesan keberadaannya pada masa itu. Dia berada di sebuah bilik dan matanya memerhati seseoramg yang tidur di atas katil.

Dia berusaha untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Dia mendengar bunyi tapak kaki yang kedengaran menuju ke arah bilik itu. Seketika kemudian, seorang gadis yang dia kenali tiba-tiba masuk dan membawa dua cawan pinggan yang berisi nasi dan juga dua cawan air kopi yang masih lagi hangat.

Gadis itu masih tidak sedar, Adly telah sedar dari pensangnya. Sebenarnya, pada pagi kelmarin, ibunya iaitu Puan Zalia memasukkan ubat tidur dalam minuman Adly.

"Apa yang adik buat ni?"soal Adly yang tidak faham akan situasi itu.

Dia menyangka gadis itu seseorang yang baik. Tetapi untuk apa dia sanggup mengurungnya di sini. Dia masih tidak faham akan tujuan sebenar mereka.

"Erkk...abang dah bangun"kata Kasturi yang tergagap-gagap.

Gadis itu sedar, apa yang dibuatnya sekarang adalah perkara yang salah. Tetapi menurut ibunya, dia disuruh berbuat demikian supaya mereka semua akan selamat. Dia menceritakan tentang sejarah yang terjadi di kampung itu iaitu setiap kali berlaku bulan purnama, orang kampung tidak dibenarkan keluar dari rumah mereka selepas jam 12 tengah malam. Kalau tidak, mereka akan bertemu dengan sosok seseorang yang sangat mengerikan.

Adly faham dengan apa yang diceritakan oleh Kasturi. Kasturi kemudian, duduk di atas katil sambil membelai kepala gadis yang berada di atas katil itu. Rupanya gadis itu adalah Iman.

Kasturi mengeluarkan tangan kanan Iman lalu menggosok-gosok kesan lebam pada tangan kanannya. Adly tahu akan kesan lebam itu tetapi kesan lebam itu dilihat semakin membiru. Adly cuba meraih simpati dari Kasturi untuk melihat keadaan Iman.

"Tolonglah Kasturi, dia kawan abang bagi peluang abang tengok dia"pujuk Adly melihat Kasturi yang berada di sisi Iman.

Gadis itu seorang yang baik cuma dikongkong oleh seorang ibu seperti Puan Zalia. Belum sempat Kasturi berkata apa-apa Puan Zalia masuk dengan menyelak langsir yang menutupi bilik. Dia terus duduk di sisi Iman lalu melakukan perkara yang sama pada Iman iaitu memeriksa keadaan tangannya yang lebam.

"Maafkan ibu, Iman. Ibu tak ada niat nak buat Iman macam ni, tapi semua ini untuk kebaikan kita semua"ucap Puan Zalia yang dikuti dengan sendu.

Kasturi turut sedih mendengarnya. Sepanjang hidupnya ini adalah kali pertama dia melihat kakak kandungnya sendiri. Di sudut yang lain, Adly masih tidak faham akan maksud semua ini.

"Ibu? Maksudnya apa! Puan, Iman ada keluarga dia sendiri. Jangan nak tipulah Puan!"marah Adly pada Puan Zalia.

Puan Zalia memandangnya dengan penuh amarah. Mereka adalah punca Iman lemah seperti itu. Dari awal lagi dia tidak mahu Iman dilahirkan di kampung itu tetapi angkara mereka Iman diburu oleh 'mereka'. Darah yang dimiliki oleh Iman merupakan darah yang paling diingini oleh setiap penghuni mistik di kawasan-kawasan yang pernah mereka lalui.

Bermula dari Rumah Penginapan Delima sehinggalah mereka tiba di kawasan Hutan Larangan yang telah dibutakan mata mereka dengan kawasan pasar raya. Dari situ Puan Zalia telah mengambil Iman untuk terus kekal bersama dengannya agar gadis itu selamat.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now