Sahabat

228 17 1
                                    

Pada malam itu Iman mula memeriksa telefonnya. Mereka semua telah berjanji akan 'online' pada malam ini. Andai kata ini adalah perpisahan terakhir buat mereka semua dengan Iman sekurang-kurangnya biarlah mereka mengisinya dengan kegembiraan.

Group chat 'Mission of Kg Songket'

Ameer : Hai semua!!!

Syafiq : Hai Syasya!

Syasya : Kau pehal!

Adly : Oh, aq dah boleh makan nasi minyaklah ni x lama lgi?

Alia : I dulu yang tempah, ok!

Sebuah kumpulan yang penuh dengan pelbagai gelagat. Rasa sedih kerana bakal meninggalkan mereka. Iman tidak mahu membalas dan hanya sekadar menjadi pemerhati. Biarlah dia melihat kawan-kawannya gembira sebelum dia pergi.

Syafiq is typing....

Syafiq : Iman! Iman! Iman! Iman! Iman! Iman! Iman! Iman! Iman!

Terkejut Iman melihat mesej daripada Syafiq. Jadi terpaksalah dia balas kalau tak boleh risau Syafiq nanti.

Iman is typing....

Iman : Ye, syg ;)

Ameer : Oh, syg ada rupanya <3

Adly : Oh, x jdilah aq nk pergi makan nasi minyak kau!!!

Syafiq : Aq pun!!!

Kesian Ameer. Tak pasal-pasal dorang marah. Kalau ditanya siapa yang Iman pilih antara mereka berdua memang Iman tiada jawapan. Kerana kedua-dua seumpama pahlawan yang datang pada waktu yang sama pada Iman.

Mata Iman terasa sangat berat. Dia memeriksa jam di dinding. Patutlah, sudah masuk jam satu pagi. Sekejap kejap dia menguap kerana terlalu mengantuk.

Iman is typing....

Lama juga mereka memerhati Iman yang sedang menaip tapi sampai sekarang belum selesai. Alia sudah mula berasa risau. Bimbang Iman betul-betul pergi meninggalkan mereka.

Dia dan Alia tidak dapat memeriksa keadaan Iman memandang mereka bermalam di hostel untuk menyiapkan tugasan berkumpulan dengan beberapa orang kawan mereka di hostel.

Semalam mereka tidak dapat tidur sehinggalah hari esok tiba. Alia dan Syasya mula bergerak untuk kembali ke rumah sewa yang mereka tinggal bersama dengan Iman.

Berlari-lari mereka untuk ke bilik tidur Iman dan ternyata gadis itu tiada di biliknya. Alia mula menangis. Aisya yang sedang menggosok gigi berhenti di hadapan mereka.

"Kenapa ni?"soal Aisya.

"Oh Iman. Kenapa korang lambat, Iman dah pergi...". Belum habis Aisya berbicara Alia dan Syasya sudah mula terduduk seolah-olah tahu ayat seterusnya yang akan keluar dari mulut Aisya.

Alia mula memeluk Syasya yang turut sedih mengenangkan sahabat mereka yang telah pergi. Pada waktu yang sama Aisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu punca mereka berdua menangis.

Kebetulan pula Iman kembali mengambil laptopnya yang tertinggal di dalam bilik. Dia terhenti melihat dua sahabatnya sedang duduk sambil menangis di hadapan pintu biliknya.

"Alia? Syasya?"panggil Iman. Mendengar suara Iman kedua orang gadis itu terus memandang Iman yang berdiri di hadapan mereka. Disentuh Iman beberapa kali sebelum memeluk gadis itu.

"Kau pergi mana? Semalam, kenapa kau asyik typing je!"bebel Syasya. Baru sahaja Iman ingin menjawab Alia pula yang mencelah.

"Tahulah! You tahu tak kita orang semua risau dengan you!"omel Alia sambil menangis.

Aisya tidak memahami situasi itu sebelum dia mula menjerit apabila tiga orang pelajar lelaki masuk ke dalam rumah itu dengan keadaan dirinya yang hanya memakai baju tidur.

"Arghhh!!!!"jerit Aisya.

Suasana di pagi hari itu sudah cukup kelam kabut. Ketiga-tiga mereka menunduk daripada bertatapan dengan Aisya yang sedang memandang mereka dengan penuh kedinginan.

"Ok, sekarang biar i jelaskan. Semalam i tertidur sebab mengantuk sangat. Itulah puncanya jadi typing terus. Terus bila i bangun pagi ni, bateri dah condem and tak sempat nak info you guys"kata Iman yang memberikan penjelasan selengkapnya.

Mereka semua melahirkan rasa bersyukur. Semua betul-betul telah berakhir. Syasya dan Alia mula memeluk Iman seerat mungkin. Tidak mahu ada perkataan 'kehilangan' di antara mereka.

"Nak peluk juga boleh?"soal Syafiq yang ingin sesekali memeluk Iman.

"Haram!"kata Syasya dan Alia secara serentak.

"Kedekut"omel Syafiq yang disertakan dengan muka rajuknya dan mereka mula ketawa melihat gelagatnya.

Itulah pengakhirannya yang benar-benar indah. Iman tidak menyangka semuanya telah pun berakhir.

Angin bertiup dengan kuat di sebelah Iman. Iman melihat ke luar jendela yang masih lagi gelap. Bayangan wajah Melati yang sedang tersenyum ke arahnya membuatkan Iman turut tersenyum.

Tangan seseorang muncul secara tiba-tiba dengan jari kukunya sangat panjang mula melingkari leher Melati. Iman kaku dan melihat wajah Mawar yang penuh dengan luka bakarr sedar tersenyum dan mula menjerit sebelum mengerat leher Melati dengan kukunya sendiri.

Iman menelan air liur yang terasa kelat melihat Mawar yang menunjukkan jari telunjuknya dengan kuku yang panjang dan penuh kotoran itu padanya. Seolah-olah mengatakan...

"KAU SETERUSNYA!"

Kampung MatiWhere stories live. Discover now