"Macam mana Abang Farid? Dah boleh hubungi Abang Roy?"soal Syafiq yang bimbang dengan keadaan keselamatan mereka semua.
"Tak bolehlah Syafiq, try kamu pula yang call sebab dari tadi lagi abang cuba tapi macam tak ada line je"kata Abang Farid.
Mereka turut menghubungi Iman, Ameer dan Kak Asma tetapi tiada satu pun panggilan mereka yang dijawab. Abang Farid menyuruh mereka menunggu di wakaf yang berdekatan dengan masjid yang masih terang dengan cahaya lampu di kawasan itu sementara dia mencari jalan untuk menghubungi mereka.
Syafiq terfikir tentang apa yang diucapkan oleh Adly sebelum itu. Sehingga sekarang Adly masih belum mengatakan bagaimana dia dapat tahu kalau Iman ada di sekitar mereka. Syafiq berjalan ke arah Adly lalu di sebelah Adly yang sedang menyandarkan tubuhnya di tiang wakaf itu dengan matanya yang terpejam.
Dia menyiku lutut Adly itu membuatkan Adly membuka matanya secara perlahan-lahan tetapi kembali terpejam kerana melihat orang yang menyikunya adalah Syafiq.
"Dahlah, aku malas nak bertekak dengan kau sekarang ni"ucap Adly dengan malas.
"Aku tahu tapi ada perkara penting yang aku nak tanya kau pasal Iman"kata Syafiq.
Adly diam lalu mula mengangguk. Dari awal lagi kumpulan mereka dibentuk untuk melindungi diri Iman. Tapi dari apa mereka tidak pasti.
"Aku nak tanya kau, macam mana kau boleh tahu, kalau Iman ada di sekitar kita"soal Syafiq.
Adly tahu akan kelebihannya. Dia dapat melihat hal yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Tapi sesuatu yang berada di samping Iman sangat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya dalam diri Adly.
Menurut Adly setiap kali dia dapat mengetahui keberadaan Iman pasti akan ada cahaya bersinar terang berada di sisi Iman. Dia tidak tahu rupa dan bentuk benda yang berada di sisi gadis itu tetapi yang pasti memang ada cahaya putih yang cukup terang bersinar di sampingnya.
Sebab itulah, Adly memejamkan matanya disebabkan matanya yang terasa sangat silau dengan kehadiran 'cahaya' itu. Dia ada mencarinya tentang wujud cahaya itu tetapi tidak dia temui lagi.
"Maksud kau ada cahaya yang bersinar terang di samping Iman?"soal Syafiq kepada Adly.
"Sudahlah kau tanya pasal hal tu, sekarang ni ada benda lain yang tumpang dengar tahu tak? Kau nak sangat ke letakkan dia dalam bahaya?"soal Adly.
Lancang sekali mulut Adly apabila bersuara. Tahulah dia boleh tengok tapi tak perlulah dia cakap benda itu ada bersama dengan mereka sekarang . Dahlah di tempat yang hanya disinarkan beberapa lampu disekitar masjid dan wakaf yang masih terang.
Syafiq cuba memandang ke belakang. Yelah manalah tahu ada seseorang di belakangnya. Matanya membulat melihat ada sebuah bayangan di belakangnya. Bayangan yang cukup tinggi sehingga membuatkan diri berasa takut.
Dia melihat tangan bayangan dibelakangnya mula bergerak dan menyentuh bahunya. Syafiq sudah mula membuat muka. Membayangkan wajah yang sangat buruk memegang bahunya.
Dia menepuk-nepuk paha Adly untuk meminta bantuannya.
"Kau apa hal lagi"bebel Adly lalu membuka matanya. Matanya terhenti pada seorang lelaki tua yang berada di belakang Syafiq.
"Assalamualaikum, nak. Pak Cik nak tanyalah kenapa kamu semua ada dekat sini masa macam ni?"soal pak cik itu.
Barulah Syafiq lega apabila orang di belakangnya bersuara. Pandai pak cik itu memilih masa untuk datang,kan? Boleh tercabut jantungnya andai kata itu bukan manusia.
"Kau takut?"bisik Syasya di telinga Syafiq yang baru redha dari rasa takut itu. Awalnya memang dia mahu memberitahu Syafiq ada orang di belakangnya tapi seronoklah pula tengok bila orang yang perasan macho ini takut.
![](https://img.wattpad.com/cover/221103108-288-k114944.jpg)
YOU ARE READING
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...