"Macam mana Abang Roy? Ada tayar lebih tak?"soal Iman yang turut melihat tayar yang bocor itu.
Abang Roy menggeleng. Sebelum mereka bertolak dia ingat dia ada meletakkan tayar di dalam bonet van akan tetapi dia lupa masukkan di dalam van. Jadi tayar cadangan untuk van itu dia tertinggal di bengkel.
Abang Roy dan Iman mula memikirkan jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu. Sedang leka mereka berfikir dari jauh kelihatan sosok seseorang yang sedang berjalan di lorong sepi itu.
Siapa pula malam-malam begini berani jalan di tempat yang sepi seperti itu. Betul ke manusia atau bukan? Abang Roy mula berdiri sebelum menyuruh Iman berdiri di belakangnya. Takut juga jika orang itu berbahaya.
"Assalamualaikum"ucap seorang wanita yang lalu di kawasan itu. Wanita itu mengenakan baju kebaya yang berwarna putih dan memegang payung seakan-akan payung wanita zaman dahulu kala.
"Waalaikummussalam, cik buat apa dekat sini?"soal Abang Roy.
Matanya beralih pada Iman lalu tersenyum. Hatinya tidak tenteram melihat senyuman yang terukir di bibir wanita. Memang nampak seperti wanita biasa tetapi mana mungkin untuk seorang wanita berjalan seorang diri di lorong yang sepi seperti itu.
"Itu rumah hamba"ucapnya lalu menunjukkan sebuah rumah yang berletak di sebelah kiri van mereka. Rupanya mereka berhenti di hadapan rumah wanita itu.
"Saya baru balik dari rumah depan tu. Tuan hamba ni dari mana nak ke mana?"soal wanita itu.
Tuan hamba? Kenapa bahasa yang dia gunakan kedengaran begitu lama. Apa mungkin mereka berada di perkampungan lama sehingga penggunaan bahasa juga kedengaran begitu lama.
"Tak macam ni sebenarnya cik .... tayar van kami ni pecah dan sekarang ni tengah larut malam jadi saya nak tanyalah kalau cik ada kenal mana-mana tukang baiki kenderaan dekat-dekat atau pun sekurang-kurangnya rumah penginapan?"kata Abang Roy.
"Oh, kalau masalah dengan van tuan hamba, maaf hamba tak dapat nak bantu tapi kalau berkenaan dengan penginapan hamba boleh tunjukkan jalannya"kata wanita itu.
Belum sempat Abang Roy mengeluarkan jawapan, seseorang menarik lengannya. Orang itu adalah Kak Asma. Dia baru sahaja bangun dari tidur dan melihat Iman dan Roy berada di luar sambil bercakap dengan seorang wanita.
Iman ditinggalkan bersendirian dengan wanita itu yang kini menatap Iman dengan sebuah senyuman. Kalau diikutkan hati memang Iman kekok dengan wanita itu tetapi andai dia tinggalkan boleh dikatakan bersikap kurang sopan.
"Manisnya bau kamu. Patutlah ramai yang kejar"kata wanita itu kepada Iman. Iman hanya membalas dengan senyuman. Dia kurang faham dengan maksud kata-kata wanita itu tetapi biarlah dia menganggapnya sebagai pujian memandangkan dia kurang fasih dengan bahasa dahulu kala.
Sementara di sudut yang lain, Roy sedang berbincang dengan Asma yang tiba-tiba menarik lengannya. Tidak pasti punca Asma menariknya dengan tiba-tiba.
"You buat apa ni, Roy? Kita tak kenal dia takkan nak percayakan dia bulat-bulat macam tu je. Lagipun you sendiri dengar bahasa yang dia guna. Kau yakin ke dia....".
Tidak rela rasanya Asma ingin meneruskan kata-katanya. Sudahlah mereka berada di tempat yang sunyi seperti itu dan kini dengan tiba-tiba muncul seorang wanita yang aneh.
"Dah tu, you ada jalan lain ke? Please, untuk kali percaya cakap i, ok? Asma?"pujuk Roy yang sedikit memberikan kepercayaan kepada Asma.
Walaupun sebenarnya di hati Asma masih lagi ragu dengan identiti wanita itu. Dia memerhati Roy melangkah ke arah Iman dan wanita itu.
"Boleh cik tolong tunjukkan jalannya pada kami sekarang?"soal Roy.
Dalam pada itu ada seorang lelaki yang masih berada di dalam itu. Dia langsung tidak keluar sebaliknya memerhati dari dalam van itu. Haruman ini, dia akan hidu haruman ini sekiranya adalah 'sesuatu' yang berada dekat dengan dirinya dan bau itu berada begitu dekat dengan Iman. Selain bau dari Iman yang cukup kuat.
Dia tidak pasti tapi yang dia tahu sepanjang dia kenal dengan Iman pasti dia akan terbau sesuatu yang sangat manis tetapi kali ini bukan dari Iman tetapi 'sesuatu' yang berada di sekitarnya.
YOU ARE READING
Kampung Mati
TerrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...