Perbincangan

241 24 0
                                    

"So,Iman. How about your new group member?"soal Aisya.

Kebetulan pula pada waktu itu, Iman dan Aisya tiada kelas jadi mereka memutuskan untuk ke kafeteria bagi mengisi perut mereka yang lapar. Iman berhenti menghirup jus oren yang dipesan  olehnya.

"Hmm...not bad"jawab Iman. Aisya masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Iman. Tak mungkin dengan mudah Iman selesa dengan mereka. Dia kenal akan Syasya yang selalu digosipkan sebagai seorang pembuli.

Risau juga andai kawannya itu dibuli oleh Syasya nanti. Paling teruk membiarkan sahaja Iman menjalankan tugasan kali ini sendirian.

"Tapi Iman....". Belum sempat Aisya menghabiskan kata-katanya Syafiq datang ke meja mereka lalu menegur Iman.

"Iman, jomlah semua dah berkumpul untuk buat perbincangan berkumpulan"kata Syafiq.

Iman mengangguk lalu menyimpan barang-barangnya di dalam beg galas yang dibawa olehnya. Kalau lambat takut juga dia dicopkan sebagai seorang yang tidak ambil kasih. Mereka juga baru sahaja saling mengenali antara satu sama lain.

Tak juga sebenarnya. Cuma Iman yang asing dalam kumpulan mereka sedangkan yang lain telah mengenali antara satu sama lain.

"Aku gerak dulu, Aisya. Jumpa dekat rumah, ok?"kata Iman yang meminta diri.

Dengan keadaan yang terpaksa Aisya hanya membiarkan Iman untuk pergi sambil menunjukkan senyuman paksa. Baru sekejap dia berbual dengan Iman, gadis itu telah ditarik oleh ahli kumpulannya.

Nak buat 'date' dengan kawan baik pun susah sekarang sejak mereka berpecah.

"Korang tinggal sekali ke?"soal Syafiq kepada Iman.

"Ha'ah. Kenapa? You berkenan dengan dia ke?"usik Iman.

"Eh, tak mana ada. Im just asking. Yelah, manalah tahu ada mak cik bawang yang nak menyibuk"kata Syafiq.

Lawak juga si Syafiq ni. Ada ke patut cakap Aisya seperti itu. Iman rasa selesa berbual dengan Syafiq sepanjang perjalanan mereka ke tempat kumpulan mereka berbincang.

Rupanya tempat yang dimaksudkan adalah di sebuah bilik yang selama ini dianggap stor olehnya. Bilik itu terletak di dalam perpustakaan. Mereka melangkah di beberapa anak tangga dari pintu masuk, sebelum  terpancar sebuah tempat yang diubahsuai oleh mereka selama ini.
Di dalam bilik itu terdapat sebuah meja yang panjang.

"Nampaknya ada pasangan baru dalam kumpulan ni"perli Syasya ketika melihat Syafiq masuk bersama dengan Iman.

Suasana tiba-tiba terasa bertukar dingin. Memang berbeza jika mereka semua berkumpul begitu. Pada masa itu, Adly yang sedang memejamkan mata sambil berpeluk tubuh membuka matanya mendengar perbicaraan Syasya.

Sekali lagi matanya dengan Adly bertembung. Masih sama langsung tiada kata-kata yang keluar daripada mulut Adly. Entah kenapa setiap kali dia melihat Adly ada aura suram yang keluar dari diri Adly.

Terasa malas mahu melayan Syasya, Syafiq meletakkan begnya lalu membuka zip beg untuk mengeluarkan beberapa barangan. Kali ini Syafiq pula yang melihat kehadiran Adly di situ.

"Oh, kau still ingat jalan ke tempat ni rupanya?"sindir Syafiq.

"Kau ingat aku nak sangat ke datang sini?"balas Adly.

Wah, di pandangan mata Iman, Syafiq dan Adly kelihatan memang sangat berapi. Seumpama ada tenaga berlawanan yang keluar antara mereka berdua. Sebenarnya apa masalah yang berlaku diantara mereka?

Dalam keadaan seperti itu, dapatkah mereka bekerjasama dengan baik. Alia dapat merasa bahawa Iman yang tidak selesa dengan perang dingin yang berlaku antara Adly dengan Syafiq.

"You tak payah risau,dorang memang macam tu"bisik Alia di telinga Iman yang terhalang oleh tudungnya.

Kampung MatiWhere stories live. Discover now