Ameer dan Adly menunggu di kafeteria telah dipilih sendiri oleh Ameer. Jam telah menunggu 9.20 tetapi tiada seorang pun daripada kumpulan mereka tiba selain mereka berdua.
"Nampak macam kita saja yang pergi. Kau ok ke?"soal Adly.
Sudah 20 minit berlalu dan kini baru Adly bersuara. Setelah sekian lama mereka tidak berbual berdua-duaan seperti itu memandangkan Ameer lebih rapat dengan Syafiq jadi Adly kurang dekat dengannya.
"Aku ok je. Ini semua kan cadangan aku. Aku tak boleh paksa korang. Anyways kalau kau nak tukar keputusan kau pun aku tak marah"kata Ameer.
Adly sedar disebalik wajah Ameer yang kelihatan sentiasa suka bermain-main itu, lelaki itu sangat pandai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua. Sejak dulu lagi, Ameer sangat disukai oleh para guru di sekolah mereka yang menjadi dia sangat popular dalam kalangan guru.
"Tapi kan, Ad. Mungkin semua ni ada hikmahnya. Kalau Prof. Azam tak agihkan kumpulan macam mungkin sampai bila-bila kau tak nak cakap dengan aku"kata Ameer lagi.
Adly diam. Dia tahu mereka tidak lagi bersama seperti dulu. Seperti ada dinding yang menghalang dia untuk kembali rapat dengan Ameer. Terutamanya Syafiq. Di antara hubungannya dengan Syafiq dengan hubungannya dengan Ameer. Dia dan Syafiq memang tidak boleh disatukan.
"Mana ada Meer. Aku tak pernah marahkan kau. Kau je yang tak sudi tegur aku. Aku ni sapa lah kan. Orang tak penting"kata Adly.
"Siapa cakap kau tak penting. Kalau kau tak penting tak adalah aku nak masukkan kau dalam kumpulan ni"kata Syafiq yang entah datang dari mana.
Itu tidak dihiraukan oleh mereka. Tetapi benda yang paling mereka terkejut apa yang diutarakan dari mulut Syafiq. Jadi selama ini memang Syafiq sudah tahu tentang agihan kumpulan mereka. Tapi apa maksudnya yang Syafiq memasukkan nama Adly dalam kumpulan mereka.
"Apa maksud kau, hah?"kata Adly yang kelihatan berang dengan memegang kolar baju Syafiq.
Situasi tegang antara mereka menarik mata beberapa orang pelajar di kafeteria. Ameer dengan pantas menghalang tindakan Adly daripada terus memegang kolar baju Syafiq. Dia yakin Syafiq pasti ada penjelasannya. Kalau tak untuk apa Syafiq memasukkan namanya dan Adly dalam satu kumpulan.
Adly cuba mengawal emosinya lalu duduk di atas kerusi. Syafiq menarik kerusi untuk duduk bersama dengan mereka. Syafiq menunggu Adly tenang sebelum memulakan sebarang perbicaraan. Bimbang amarah Adly akan datang kembali.
"Cuba kau cerita hal yang sebenarnya"kata Ameer lalu bermulalah kisah kumpulan itu mula terbentuk.
Sebulan yang lalu.....
Bapa kepada Syafiq terbaring kaku di atas katil. Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum doktor akan melepaskan alat untuk bapanya bergantung itu. Sejak bapanya terlantar di hospital Syafiq lalu tidak menghadiri sesi kuliahnya.
Sudah banyak kali dia dihubungi oleh pihak universiti tetapi dia langsung tidak mengangkatnya kerana lebih risau akan kesihatan bapanya berbanding pembelajaran. Sudahlah hanya ayahnya yang tinggal selepas ibunya mati selepas melahirkannya.
Tidak mungkin untuk Syafiq kehilangan bapanya dalam waktu terdekat dalam detik akhirnya menghabiskan pengajiannya.
"Syafiq...."panggil bapanya. Syafiq duduk di sisi katil bapanya lalu memegang erat tangan bapanya untuk memberikan seribu kekuatan kepadanya.
"Kamu jangan... putuskan..ika...tan.. antara kamu, Ameer dan...Adly"ucap bapanya.
Syafiq terkedu mendengar nama Adly disebut oleh bapanya. Terus sahaja pegangan tangannya dilepaskan. Hatinya panas setiap kali mendengar nama itu disebut.
"Kamu bertiga...ada..lah...kunci"kata bapanya yang tersekat disebabkan dia di hujung nafasnya.
Dengan pantas Syafiq bergegas memegang tangan bapanya yang cuba bertahan hingga akhir nyawa. Maaf, tapi anak mana yang tidak sedih melihat bapanya sendiri bertarung nyawa di hadapan mata. Air mata Syafiq jatuh di hadapan orang tua itu.
"I..man..Au..rel"ucap bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir bersama dengan ucapan syahadah. Bermula saat itu, dia mula merancang segalanya dan cuba merungkai identiti orang yang dimaksudkan bapanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kampung Mati
HorrorSekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampun...