Bab 1

4K 56 0
                                    

10.25pm. Mawar masih menyibukkan dirinya meng'stalk' akaun twitter 'crush'nya itu. Belum ade keberanian untuk menekan butang 'follow' tetapi ingin mengetahui perkembangan lelaki tersebut dari hari ke hari. Bukan dia tidak boleh tengok status di WhatApp ataupon di Instagram, namun lelaki yang diminatinya itu lebih banyak melibatkan dirinya dengan twitter. Kadang lelaki tersebut 'Retweet' perkara yang berkaitan agama membuatkan Mawar berasa bangga dengan lelaki itu. Luarannya kelihatan alim dan itulah salah satu ciri-ciri bakal suami yang diidamkannya.

"Hah buat apa tu??!!" Tercampak telefon Mawar ke bawah katil akibat sergahan kawan serumahnya, Aireena.

"Kau ni Reen asal datang bilik aku je mesti aku kantoi tengah stalk crush. Kacau betolla kau ni," balas Mawar selepas sedikit lega daripada kejutan Aireena.

"Ala Mawar kau ni suka sangat diam macamtu je. Kalini je aku minta kau confess pada dia. Dia reject ke accept ke belakang kira lah. Yang penting kau dapat legakan hati kau lepas confess," cadang Aireena pada Mawar. Dia sudah penat melihat Mawar asyik pendam perasaannya apabila melibatkan lelaki. Lelaki-lelaki yang diminati sebelum ini pon Mawar pendamkan sahaja perasaanya lagi-lagi apabila dia dapat tahu lelaki-lelaki tersebut sudah ade girlfriend. Melepas habis si Mawar ni.

"Ish mana boleh. Kau tahu kan aku susah nak luah perasaan. Kau cakap senang la. Kau cantik, pandai pulak tu. Pakwe pon dah ada. Aku ni dahla muka serabai manalah ada lelaki nak pandang," kata Mawar dalam nada yang semakin lama dikendurkan. Dia sedar dia tidak mempunyai rupa paras yang menarik, dirinya kelihatan biasa sahaja. Itulah yang membuatkan dia mudah berputus asa untuk bercinta.

Usia 24 tahun rata-rata gadis sudah berpunya dan ada yang bakal mendirikan rumahtangga. Namun tidak pada Mawar. Dia lebih banyak mementingkan pelajarannya dahulu tambah-tambah lagi bidang yang diceburi olehnya bukanlah satu bidang yang mudah. Dia ingin mengubah nasib keluarganya. Itulah keutamannya. Perkara-perkara seperti bakal suami ini tidak dipandang terlalu serius. Namun, sudah menjadi lumrah untuk setiap orang mempunyai crush. Dan Mawar tidak terkecuali.

"Mawar, dah banyak kali kan aku pesan jangan cakap macam tu. Aku cuma rasa lelaki kalini adalah lelaki yang tepat. Cuba kau fikirkan semula. Dari umur kita 18 tahun sehingga 24, kau masih menaruh hati dan perasaan pada dia. Lelaki-lelaki sebelum ni tidak ada pula kau minat sampai lama macam tu. Sebab tu aku rasa something ni Mawar. Percayalah cakap aku. Kalau tanak confess pon, at least kau bagilah dia hint sikit. Amacam on tak on?" Aireena menaikkan ibu jarinya tanda 'good' kepada Mawar. Dia ingin mengurangkan sikap Mawar yang mudah 'insecure' apabila melihat perempuan yang lebih cantik berada di sekelilingnya.

"Hmm tengokla Reen," itu sahaja yang dibalas Mawar. Masa untuk stalk crush sudah tamat. Lantas dia bangun dan menuju ke meja belajar untuk menyambung kerjanya yang tergendala. Dia hanyalah 'rest' beberapa minit tadi akibat terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan. Sekarang ini, fokus utamanya adalah assignment sahaja.

Aireena mengeluh. Bukan dia tidak tahu crush Mawar itu siapa. Lelaki itu adalah rakan sekelas Mawar di mana setiap hari Mawar akan sentiasa melihat mukanya di dalam kelas. Lelaki itu juga kawan kepada Aireena kerana sikapnya yang peramah membuatkan ramai orang menyenangi Aireena.

Dan lelaki itu juga sebenarnya sangat rapat dengan Mawar. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka berbalas mesej di WhatsApp. Pada pandangan lelaki itu, perbuatannya terhadap Mawar hanyalah dianggap sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Itu adalah perkara biasa yang dilakukannya. Tetapi tidak bagi Mawar. Setiap mesej yang diterima pasti akan membuatkan dirinya tersenyum sendirian ibarat dilamun cinta. Itulah Mawar. Penuh dengan angan-angan.

Aireena juga lantas meninggalkan bilik Mawar setelah dtinggalkan sendirian dan kembali menyambung kerja-kerja tergendala. Begitulah kehidupan seharian mereka. Terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk makan kerana masa yang ada itu digunakan untuk merehatkan diri mereka daripada kesibukan ini. Nasib baik mereka mempunyai rakan serumah daripada bidang yang sama. Jadi mereka akan bergerak ke kolej bersama-sama pada waktu pagi dan petang. Mawar dan Aireena adalah rakan dari sekolah menengah. Dua orang lagi rakan serumah mereka iaitu Farisya dan Aimi masing-masing saling memahami dan bertolak ansur. Mereka amat bersyukur dipertemukan dengan orang-orang sebegini.

**************************

"Mawar, kau pergi mana tadi?" Tanya Aireena sambil tersengih-sengih terhadap Mawar kerana dia ternampak sesuatu tadi. Sebenarnya dia lebih kepada menguji kejujuran Mawar.

"Pergi mana apanya? Kan da cakap ade discussion forum kat cafe lepastu aku balik sendiri," Mawar menyandarkan badannya di sofa dan merenggangkan kakinya kerana terlalu lenguh.

"Kau makan dengan Rykarl kan sebenarnya? Come on Mawar, aku nampak tadi sebelum balik. In fact, Farisya dan Aimi pon ada sekali tadi," terang Aireena dengan mulutnya masih tersenyum-senyum memikirkan Mawar dan Rykarl. Agaknya apalah yang akan jadi pada mereka selepas majlis graduasi nanti. Ya, mereka sudahpun berada di tahun akhir pengajian. Peperiksaan akhir juga akan bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi. Selepas ini, masing-masing akan memilih jalan hidup mereka sendiri.

"Lahh itu ke kau nak cakap? Ingatkan penting sangat. Tadi Rykarl ajak makan dulu sebelum start discussion. Dia nak belanja groupmate. Semoga murah rezeki dia," Mawar menjelaskan secara padat dan terperinci. Sudahlah dia terlalu letih kerana kelas pada hari ini full dari pagi hingga petang. Sama seperti waktu orang bekerja pejabat. Nasib sudah menunaikan solat asar terlebih dahulu atas saranan Rykarl terhadap groupmate nya.

Selepas mendengar penjelasan Mawar, barulah Aireena berasa lega. Ingatkan mereka sudah declare untuk bercouple! Memang akulah orang pertama akan tawarkan diri untuk menjadi pengapit Mawar nanti. Bisik hati Aireena sebelum mengangkat punggung berura-ura hendak ke biliknya sebelum dia teringat sesuatu. "Oh ya Mawar, jangan lupa malam ni turn kau masak makan malam dengan Aimi," sengaja dia berkata begitu kerana kelihatannya seperti Mawar akan terlupa untuk masak malam nanti.

Terbeliak mata Mawar mendengar pesanan ringkas Aireena. Lantas dilihat jam dinding. 6.40pm. Oh my god! Dia sudah lambat. Berlari Mawar untuk mandi dan memasak di dapur kerana mereka akan menjamu makan malam pada pukul 8.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now