Part 32 - Kejutan Pagi Pertama

53.6K 366 33
                                    

"Aku terima nikahnya Azimah binti Azhari dengan mas kahwinnya berjumlah seratus ringgit tunai" Ucapan perlahan tetapi jelas dan lancar yang kemudian disahkan oleh dua orang saksi telah menjadikan aku dan Azimah sepasang suami isteri yang sah.

Keluarga aku dan Azimah bergambar kenangan di dalam Masjid kemudian balik ke rumah ayah Azimah. Mengikut rancangan asal keluarga Azimah, majlis kenduri kahwin perlu dilakukan pada hari esok kerana malam ini akan ada malam berinai. Walaupun hari ini aku tidak sibuk kerana semua kelengkapan majlis perkahwinan sudah pun siap tersedia tetapi aku tetap tidak ada masa untuk bersama Azimah. Pertama sekali kerana saudara mara Azimah yang datang berkunjung tidak putus-putus. Kedua ialah kerana sibuk dengan sesi bergambar.

Selepas tamat sesi malam berinai aku pun menyalin pakaian dan pulang ke homestay yang berdekatan dengan rumah Azimah supaya senang untuk aku dan keluarga bergerak ke kenduri kahwin pada keesokannya. Tiada hubungan seks antara aku dan Azimah. Tiada malam pertama. Aku hanya sempat memeluk Azimah semasa menyalin pakaian.

"Abang sabar ya" Kata Azimah tersenyum manis kepada aku ketika kami berdua berbogel bersama-sama semasa menyalin pakaian. Perkataan sabar itu walaupun sepatah tanpa merujuk kepada apa tetapi kami berdua saling memahaminya. Sungguh indah memandang tubuh bogel isteri aku ini. Aku datang merapati tubuh aku dengan tubuh Azimah dan kami berpelukan dalam keadaan bertelanjang. Batang kote aku mula mengeras menampar-menampar bahagian tundun cipap isteri aku ni yang putih bersih tidah berbulu. "Abang pun tak nak buat lagi. Ramai orang kat rumah ni. Tak pasal-pasal dengar suara isteri abang mengerang kesedapan nanti" Kata aku selepas melepaskan mulut berciuman dengan Azimah. "Ermmm tau pun" Jawab Azimah ringkas.

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Aku berjalan duduk di pelamin bersama Azimah sambil diiringi paluan kompang. Semasa bersanding, aku cuba melihat tetamu yang datang.

1. Tasha dan Nizam datang bersama bayi kecilnya.
2. Ina dan suaminya  Khairul
3. Ustazah Maizatul Ain dan Ustaz Haiqal datang bersama keluarga
4. Kak Nisa dan anak-anak bersama rakan-rakan sepejabat. Aku tidak nampak kelibat suami Kak Nisa.

Manakala di meja VIP pula adalah saudara mara keluarga aku dan Azimah. Pandangan mata aku tertumpu kepada Kak Hawa yang tersenyum-senyum memandang aku manakala Kak Jue iaitu kakak Azimah pula tersenyum bahagia melihat adiknya yang sedang bersanding. Ini merupakan kali pertama aku melihat suami Kak Jue dan melihat kepada perbualan Kak Jue dan suaminya itu aku tahu mereka masih tidak bersefahaman.

Dada aku berdebar-debar semasa bersanding. Bukan berdebar-debar kerana merasa gemuruh atau seperti kawan-kawan aku berjenaka tidak sabar nak tunggu malam pertama tetapi aku terasa satu perasaan yang sukar untuk di gambarkan. Aku bersanding dengan Azimah yang merupakan isteri aku yang sah dan aku belum lagi bersetubuh menikmati kelazatan hubungan seks dengannya manakala dihadapan aku pula ada perempuan-perempuan berstatus isteri orang yang aku berjaya menawan nafsu mereka sama ada tanpa pengetahuan suami mereka dan keizinan suami mereka sendiri.

Tasha dan Ina duduk semeja. Dalam fikiran Ina, aku hanya pernah bersetubuh dengannya dan Tasha. Tasha pula merahsiakan hubungan seks aku bersama Kak Nisa dari pengetahuan Ina. Aku pernah berangan-angan sampai bermimpi yang Tasha dan Ina menjadi isteri aku sebelum Azimah muncul di dalam hidup aku. Teruk betul. Pada pandangan Kak Hawa dan Ustazah Maizatul Ain pula aku ini lelaki yang hilang teruna selepas bersetubuh bersama mereka.

Kesemua perempuan-perempuan yang pernah aku setubuhi berada di depan aku. Berada di depan aku di dalam majlis perkahwinan semasa aku duduk bersanding di sebelah Azimah yang baru aku kahwini semalam. Aku lagi bertambah perasaan kekok ketika mereka semua bergambar bersama aku.

Kembara BerahiWhere stories live. Discover now