Part 40 - Mencurangkan Isteri

64K 402 52
                                    

Aku mulakan perjalanan outstation ke utara tanah air pada pagi Isnin. Azimah tidak syak apa-apa walaupun aku tidak menyetubuhinya sepanjang cuti hari minggu. Mungkin Azimah faham kerana melihat aku yang sibuk menyiapkan kerja sehingga lewat malam.

Kali ini aku hanya outstation bersama Akmal. Segaja aku mengajak Akmal sekali untuk memberi pendedahan kerja kepadanya, ini juga bagus untuk career growth Akmal.

Sepanjang perjalanan aku banyak berborak dengan Akmal. Melalui perbualan dengan Akmal aku boleh nampak kesungguhannya untuk belajar benda baru dan dia sangat tekun mendengar nasihat dan pandangan daripada aku.

"Akmal, aku ada perasan yang kau ada apply cuti selepas raya nanti. Kenapa awal sangat ya apply cuti? Aku tak boleh approve lagi tu sebab aku tak boleh nak estimate apa yang akan berlaku nanti." Tanya aku kepada Akmal.
"Sebenarnya saya apply untuk hari perkahwinan saya tu Reez." Jawab Akmal.
"Laa kenapa kau tak tulis nak kahwin semasa apply cuti tu. Ni kau tulis 'personal matter'. Memang aku tak approve lagi la." Aku menegur Akmal tentang cara dia memohon cuti.
"Tau. Saya sebenarnya tak orang tahu lagi. Sekarang ni hanya Kak Naida dan Joyce sahaja yang tahu. Nanti bila dan nak dekat tarik perkahwinan saya apply lagi satu cuti perkahwinan. Saya plan nak bagitau masa tu lah." Terang Akmal kepada aku.
"Pelik betul rancangan kau ni Akmal. Hahaha." Aku ketawakan Akmal.
"Saya saja je apply awal-awal sebab nak bagi ada mood sikit. Hihihi." Akmal juga turut ketawa bersama.
"Cari mood atau kau tak sabar nak rasa malam pertama ni. Hahahaha" Sengaja aku mengusik Akmal.
"Entah lah Reez. Hehehehe" Azlan malu-malu yang buat aku rasa menyampah pula. Mengalahkan perempuan.
"Ke kau nak 'test drive' bakal isteri kau ni?" Aku menduga Akmal sama ada dia sudah terlanjur dengan bakal isterinya itu.
"Eh tak lah. Nanti tak suprise pula pada malam pertama nanti." Tiba-tiba Akmal bernada serious pula.
"Lantak kau lah Akmal. Jangan lupa apply leave tu attach sekali dengan surat jemputan. Nanti HR baru boleh approve cuti perkahwinan yang kau apply tu." Kata aku memperingati Akmal

Menurut Akmal lagi perkenalannya dengan bakal isteri adalah melalui keluarga dan tambahan dia lagi bakal isterinya adalah seorang cikgu. Agak sukar kalau Akmal mahu menyuruh bakal isterinya bertukar sekolah ke Kuala Lumpur tanpa sebab yang munasabah tetapi dia juga tidak mahu bertukar kerja berdekatan dengan sekolah isterinya kerana masalah peluang kerja yang tidak banyak di kawasan tersebut. Aku hanya doakan apa yang terbaik buat Akmal.

Kami berdua tiba dan terus mencari blok bangunan tempat pihak pengurusan.

"Assalamualaikum, kami berdua merupakan vendor dari Kuala Lumpur. Kami ada temujanji bersama dengan Pegawai Teknologi Maklumat bernama Puan Athirah." Aku memperkenalkan diri pada seorang pekerja yang sedang duduk di kaunter meja receptionist.
"Waalaikumusalam. Tunggu sekejap ya." Jawab pekerja tersebut sambil menghubungi pegawai yang aku maksudkan.

"Assalamualaikum Encik Reez. Jom ikut saya ke bilik." Puan Athirah menjemput aku dan akmal masuk ke biliknya.
"Apa yang berlaku pada pekerja awak yang lepas tu? yang take over projek ni dulu tu?" Tanya Puan Athirah merujuk kepada team leader yang resign dua bulan lepas dan diganti oleh aku.
"Oh dia dah resign puan. Saya yang ganti. Ambil masa lama juga saya duk study projek nak bagi faham ni. Sampai hari weekend pun buat kajian ni." Terang aku kepada Puan Athirah sambil tersenyum. Aku berterus terang sebab boleh terasa aura kemesraan ketika berbual dengannya.
"Tak apa Encik Reez. Awak tu muda lagi. Banyak tenaga. Baguslah tu company awak hantar yang muda. Saya pun tak segan sangat nak berkomunikasi. Hehehe." Jawab Puan Athirah sambil tersenyum manis. Aku boleh teka umurnya mesti penghujung 30-an.
"Terima kasih puan sebab percayakan kami." Akmal bersuara dan aku senyum kepadanya sebab dia pandai mencelah.

Tiba-tiba aku menerima kiriman whatsapp dari isteri aku Azimah selepas kami bertiga berbincang tentang projek.

Azimah: Assalamualaikum abang
Azimah: Azlan ajak sayang pergi melawat syarikat tempat abang kerja. Dia nak tunjukkan sayang facility syarikat yang disediakan untuk projek yang akan dibuat nanti.
Aku: Waalaikumusalam.
Aku: Baiklah sayang. Abang izinkan. Bila tu?
Azimah: Pagi tadi. Lupa nak bagitau abang.
Aku: It's ok. Small matter.
Azimah: Nampaknya syarikat abang dengan syarikat sayang ni akan banyak buat projek bersama sebab tiba-tiba boss kita ni masing-masing berjumpa dan mahu jadi rakan kongsi.
Aku: Baguslah tu sayang.
Aku: Ada peluang company untuk generate banyak income nanti sama-sama dapat bonus.
Azimah: Seronoknya kalau dapat bonus.

Kembara BerahiWhere stories live. Discover now