Aku mendapat email dari syarikat Azlan untuk sesi interview secara video call. Sesi ini hanyalah sekadar untuk proses 'career background check' sebelum melayakkan aku untuk sesi interview 'face to face' yang sebenar. Sesi ini berjalan dengan lancar dan beberapa soalan yang berkenaan dengan skills 'project management' berjaya di jawab oleh aku dengan baik.
Bagi sesi kedua pula aku telah di 'interview' oleh Head of Department dan Human Resource(HR). Pada sesi kali ini aku baru perasan yang syarikat ini banyak juga menggunakan servis dari syarikat yang aku bekerja sekarang. Melalui semakan aku selepas sesi interview, syarikat ini merupakan antara salah satu syarikat yang banyak menyumbang keuntungan kepada profit syarikat aku bekerja.
Tiga minggu kemudian aku mendapat panggilan berkenaan status keputusan 'interview' aku yang telah berjaya dari HR. Masih aku teringat HR tersebut memberitahu aku yang dia meminta maaf sebab mengambil masa lama kerana perlu melalui mesyuarat untuk berbincang tentang 'salary package' yang sesuai untuk ditawarkan kepada aku dan dalam masa yang sama perlu mendapat tandangan pengesahan daripada CEO. Hari itu juga aku menulis surat 'resignation' dan menghantar kepada Kak Nisa yang merupakan HR di syarikat aku bekerja.
Selepas aku berkahwin dengan Azimah, aku dapati hubungan aku dengan Kak Nisa sudah tidak semesra seperti dahulu . Lebih-lebih lagi bila aku mahu berhenti dari syarikat ini secara tiba-tiba.
Notis dua bulan aku gunakan sebaik mungkin untuk memberi 'training' dan 'hand over' segala kerja aku kepada orang lain. Beberapa hari sebelum hari terakhir aku, syarikat telah menghantar isteri aku Azimah dan rakan sekerja yang baru mengambil alih kerja aku untuk 'travel' ke Johor. Azimah merasa sedikit selesa kerana pekerja yang mengantikan aku ialah seorang perempuan.
"Morning guys." Kak Nisa menegur aku yang sedang berjalan bersama Azimah.
"Morning Kak Nisa." Jawab kami berdua hampir serentak.
"Lusa nanti kita buat majlis perpisahan untuk Reez tau. Jangan tak datang pula" Sambung Kak Nisa.
"Oh itu sudah semestinya Reez datang kak. Hihihi." Kata aku sambil menunjukkan tanda gembira.
"Akak ada hadiah untuk Reez. Ingat nak bagi awal sikit. Kalau free nanti datang lah ke bilik akak." Kata Kak Nisa sambil tersenyum.
"Wah hadiah apa tu Kak Nisa. Siap nak bagi awal lagi." Kata Azimah sedikit teruja.
"Alaaa hadiah biasa je. Segan nak bagi masa majlis nanti." Jawab Kak Nisa tersenyum memandang aku.Aku terus menyiapkan beberapa dokumen sebagai rujukan untuk pekerja yang akan menggantikan aku nanti. Tanpa aku sedari jam sudah hampir ke pukul 6 petang dan aku betul-betul terlupa akan hadiah yang disebutkan oleh Kak Nisa pada pagi tadi. Selepas pukul 6 petang, bila ramai sudah balik, aku beralih membuat kerja di pantry. Aku memang suka buat kerja kat sini bila rakan sekerja sudah pulang sebab tempat yang luas, cantik dan senang aku hendak mencapai makanan dan minuman yang tersedia.
"Hai Reez tak nak balik lagi ke?" Aku ditegur Kak Nisa yang berdiri di pintu pantry.
"Eh Kak Nisa tak balik lagi ke? Sedang nak siapkan dokumen ni." Jawab aku dengan pertanyaan yang sama.
"Memang nak balik pun. Akak baru nak tutup pintu office tadi. Sekali akak tengok lampu kat pantry masih menyala." Terang Kak Nisa.
"Oh semua dah balik ya. Tak apa lah kalau macam tu jom lah balik." Aku mengajak Kak Nisa balik.
"Eh tergesa-gesa pula dia ni. Bukan ada isteri tunggu kat rumah pun." Kata Kak Nisa memperingatkan aku yang Azimah outstation ke Johor hari ini.
"Hahaha Reez tahu lah. By the way, lupa nak ambil hadiah yang Kak Nisa cakap pagi tadi tu." Aku mula teringat kembali akan hadiah yang Kak Nisa mahu berikan kepada aku.
"Ingat pun. Hehehe. Pejam mata tu dulu." Arah Kak Nisa.
"Amboih siap pejam-pejam mata lagi. Mesti hadiah istimewa ini." Kata aku sambil menutup mata.
"Lama lagi ke kak?" Tanya aku lagi bila aku rasakan macam lama sangat pula aku menutup mata.
"Ok buka mata." Arah Kak Nisa.
YOU ARE READING
Kembara Berahi
Adventure(Bacaan Dewasa) Kembara seks seorang lelaki bersama isteri-isteri orang dari berstatus bujang sehingga mendirikan rumah tangga.