Matanya terbuka sedikit demi sedikit..sinaran matahari yang menyilau matanya membuatkan dia terjaga dari tidurnya..
Perlahan-lahan tubuh diangkat dan dibiarkan untuk duduk .. Tidak lama kemudian , pita memorinya mula memutarkan situasi yang pernah berlaku semalam..
Secara drastik air matanya jatuh..seraya itu tangannya juga mengetuk kuat kepalanya..
" semua ni salah aku...hiks hiks hiks..."
Dalam keadaan dia tak terurus itu Suga datang menjenguk ..tidak lupa juga beberapa makanan turut dibawa..
" Yahh! Tae..." panggilnya ..
Taehyung yang melihat Suga datang juga turut terkejut..
" aku datang ni nak bawa makanan..baik kau makan skarang nanti sejuk ..." katanya tegas ..
" h..hyungg..." suaranya seperti tersekat di kerongkong..mungkin disebabkan terkejut akan kedatangan Suga..
" tak payah nak banyak bunyi..makan skarang ..."
Suga dengan cepat memintas percakapan Taehyung sebelum tangannya ligat membuka ikatan plastik yang melilit makanan yang dibawanya tadi..
Kemudian sebungkus nasi bibimbap terhidang dihadapan Tae..tidak lupa juga stew kimchi juga turut disediakan..
" aku ke bawah nak ambik ubat kau lepastu nak lawat Jihyo jap..kau jangan nak ke mana-mana..makan tu dann rehat.." Arahnya tegas..
Dalam perjalanan untuk mengambil ubatnya Taehyung , Suga mengeluh halus..
Dia sudah faham situasi yang dialami oleh Taehyung..
Flashback...
" doktor? Bagaimana keadaan kawan saya dok?"
" keadaan kawan kamu masih terkawal tapi dari segi mentalnya rendah..kamu tau tak apa-apa tentang masa lampau dia?"
" kenapa doktor? Ada perkara yang serius ka?"
" iya..rakan kamu mengalami gangguan jiwa..dimana dia mempunyai dua identity yang berbeza..dia juga cepat berhalusinasi ..jadi ada baiknya kita bawa dia ke pakar...."
Suga terdiam sebelum tubuh kaku Taehyung dipandang..tak sangka bahawa seorang budak lelaki yang ceria dan baik dikenalinya dulu mempunyai gangguan jiwa..
" jadi lepas dia terjaga nanti jangan buatkan dia banyak berpikir dan ambil ubat tidur dia di farmasi bawah ya.."pesan Doktor itu ..
Suga hanya mengangguk..
End Flashback..
Setelah selesai mengambil ubat miliknya Taehyung, Suga mengambil langkah ke bilik rawatannya Jihyo..
Tujuan untuk melawat sebentar Si gadis cantik itu..dari luar bilik dia masih dapat agak bahawa Jimin masih menangis dan ditemani dengan ahli bangtan yang lain..
" Jimin...sudahlah.." kedengaran suara Hoseok memecahkan kesunyian..
" hahh Suga..pegi mana tadi? Skrang baru nampak batang hidung.." Jin menegur Suga ..
" erkk tadi jalan-jalan sekejap sekitar kawasan sambil tunggu Si Jimin nih habis nangis dia..tapi tak sangka pulak sampai skarang belum habis-habis lagi rupanya.." alasan dibina spontan..
Tidak ingin memberitahu hal sebenarnya kepada Bangtan kerana sudah pasti ia akan membuatkan Taehyung lebih tertekan..
" tau sangat sikap kau ni Suga.."