Seperti yang dijanjikan, Miyoung sudah pun berada di kafe berdekatan Myeongdeong untuk bertemu sahabatnya, Johnny. Mereka cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang perlu ditambah ke dalam slide sebelum dihantar kepada pensyarah.
Miyoung sampai lebih awal memandangkan dia tidak suka orang lain yang menunggunya. Dia memesan milkshake sementara menunggu. Jarinya tekun menekan skrin telefon, melihat-lihat gosip di Tweeter.
Sesekali dia menghantar pesanan berbaur fangirling kepada idol yang disukainya. Dari luar, mukanya nampak tenang sahaja seperti sedang serius membaca sesuatu. Padahal, didalam hati, dia menjerit-jerit bagai nak mati saat melihat gambar-gambar tidak berbaju idolnya yang dikongsi oleh fansite-fansite tertentu.
"Hoi!" jerit Johnny ke telinga Miyoung sebaik sahaja sampai. Hampir terpelanting telefon Miyoung kerana disergah sedemikian.
Dia terus memukul kepala Johnny dengan kuat kerana geram. Johnny mengerang kesakitan.
"Sakit bod— budak!" marah Johnny.
"Padan muka kau! Siapa suruh sergah aku?! Kalau mati aku macam mana?" balas gadis itu.
"Aku tanam. Habis cerita!"
"Banyak cantik muka kau!"
"Memang aku cantik," balas Johnny. Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk. Itu membuatkan Miyoung berasa jengkel.
Sempat lagi Johnny mengenyitkan matanya kepada gadis-gadis yang berada dimeja sebelah. Padahal Miyoung terang-terang sedang memarahinya. Miyoung terus memetik jarinya didepan muka Johnny untuk mengalih semula perhatian lelaki miang itu.
"Mana laptop kau? Cepatlah. Aku tak boleh lama-lama," ujar Miyoung. Johnny terus mengeluarkan laptopnya dari beg. Lalu dia mencari fail hasil kerja mereka sambil membuat Miyoung tertunggu-tunggu.
"Kau tak boleh lama-lama nak pergi mana? Dah ada janji?" soal Johnny, sengaja melengahkan masa.
"Erm," jawab gadis itu.
"Kau nak jumpa siapa? Nak ikut ah?" Johnny mengerdipkan matanya beberapa kali seperti anak anjing. Miyoung tetap menatapnya dengan wajah datar.
"Tak boleh."
Johnny terus mendekati Miyoung dan memukul kecil bahu gadis itu. Mukanya dicemberutkan.
"Miyoungieee Johnny nak ikuttt.."
Miyoung terus menjentik dahi Johnny dengan kuat. Geli pula dia bila melihat Johnny perkelakuan sebegitu.
"Ihh! Aku ada janji dengan katil lah! Cepatlah! Masa tidur tengah hari aku dah hampir ni!" tegasnya sambil menunjuk kearah jamnya. Johnny berdecit.
Dia mengambil laptopnya dan duduk sahaja disebelah Miyoung, bukan dihadapan gadis itu.
"Garang punya makcik. Ingatkan nak keluar dengan Irene tadi," katanya perlahan.
"Tak de maknanya. Kalau aku bagitahu Junmyeon yang kau suka Irene—"
"Jangan! Seram bodo— butoh dia tu! Senior singa!" Johnny mengumpat. Entah macam manalah Junmyeon yang kecil itu segarang singa. Johnny dan insaf saat disergah Junmyeon saat cuba mengorat Irene. Manalah dia tahu bidadari macam Irene ada teman lelaki singa.
"Tsk. Penakut jugak kau. Harap badan tinggi," kutuk Miyoung. Johnny ketawa. Boleh naik bulu roma dia kalau teringat muka Junmyeon tempoh hari.
Sedang mereka kembali serius, Miyoung terpandang kearah meja yang berada tidak jauh dari mereka. Dia bingung melihat orang tersebut memakai jaket besar, dengan topi yang hampir menutupi keseluruhan rupa dan juga kaca mata besar.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...