Selepas beberapa jam pengsan, Miyoung akhirnya sedar juga. Doktor sudah pun memaklumkan bahawa mereka boleh menjenguk Miyoung sekarang.Sehun adalah orang pertama sekali yang memasuki ruang rawatan Miyoung. Lelaki itu nampak penat sekali selepas tak henti-henti menangis, takut kehilangan Miyoung. Miyoung yang telah selesai diperiksa doktor, merenung sepi kearah Sehun.
Teman lelakinya itu melangkah beberapa tapak kearahnya. Dia tahu dia salah. Tiba disebelah katil Miyoung, Sehun terus melutut. Miyoung nampak terkedu dengan apa yang sedang Sehun lakukan.
"Aku minta maaf, Miyoung. Aku bersalah. Aku betul-betul tak berniat nak lukakan kau," ujar Sehun. Dia meremas bajunya, kesal.
Padahal, Sehun nak sangat mengatakan semua ini sambil memeluk Miyoung. Sambil bertanyakan jika gadisnya itu sudah sedar sepenuhnya. Sambil bertanyakan sekiranya Miyoung mengalami cedera parah atau tidak.
"Bangun, Oh Sehun."
Miyoung mengarahkan Sehun sambil menatap lelaki itu. Perlahan-lahan, Sehun mendongak. Dengan serba-salahnya Sehun berdiri. Dia terus memeluk Miyoung dan kembali menuturkan perkataan maaf itu.
"Sehun. Janganlah menangis," rayu Miyoung sambil tersenyum. Dia mengusap air mata Sehun meski dia tidak pasti sebab sebenar Sehun menangis.
Sehun menggeleng.
"Ini memang salah aku. Aku tak bertanggungjawab. Aku lalai," kata lelaki itu. Miyoung berkerut. Sehun ni dah kenapa? Buang tabiat ke?
"Huh? Sehun kenapa kau salahkan diri sendiri? Aku okey la," ujar Miyoung. Tetapi Sehun tetap juga dengan pegangannya.
"Salah aku.."
"Bukan salah kau. Sehun pandang aku!"
"Betul lah apa yang omma dengan appa aku cakap. Aku masih tak matang. Tak pernah serius. Aku sendiri dah buktikan semua tu pada kau. Aku patut dipersalahkan," sambung Sehun lagi.
Miyoung pening. Dia menggenggam tangan Sehun dengan kuat. Takut kalau Sehun akan melepaskannya.
"I'm fine, Sehun. Look at me! Jangan pandang lantai!" marah Miyoung.
"Hiks. Aku patut kena hukum. Aku minta maaf," ujar Sehun lagi.
Dia melepaskan pegangan tangan Miyoung dan perlahan-lahan beredar. Miyoung terkedu.
"Oh Sehun! Masuk balik! Oh Sehun aku tengah bercakap dengan kau! Kenapa kau nak salahkan diri sendiri ni?! Ark!"
Kepala Miyoung terasa sakit sekarang kerana menjerit dengan terlalu kuat. Keluarga Bae yang berada diluar masuk ke dalam setelah melihat Sehun keluar dengan mata berkaca-kaca.
Seulgi menghampiri katil dengan pantas kerana Miyoung sedang mengerang kesakitan itu.
"Eomonim! Panggil doktor!" arah gadis itu.
Miyoung pula memandang kearah pintu meskipun kepalanya berdenyut kesakitan. Tangannya tergapai-gapai kesana. Masih mengharap Sehun kembali.
Kemudian, doktor datang bersama jururawat untuk memberi ubat penenang kepada Miyoung.
...
"Kau dah sihat sepenuhnya ke Miyoung?" tanya Seulgi. Miyoung menggeleng perlahan.
Doktor kata dia mungkin akan mengalami trauma disebabkan kejadian itu. Jatuh dari ketinggian beribu meter bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main. Miyoung boleh terkena serangan jantung mengejut kerana kejutan melampau.
"Aku rasa macam.. aku kecil sangat waktu jatuh tu.." luah Miyoung. Matanya kosong merenung selimut. Seulgi mendengar penuh khusyuk.
"Rasa macam.. aku tak berdaya.. tanpa sayap. Aku takut sangat Seul.. Kalau aku mati tadi.. Aku tak nak.." Miyoung terasa ingin menangis. Dia betul-betul trauma sekarang. Tangannya menggeletar.
Seulgi kasihan dengan Miyoung. Ini juga salah dia kerana tidak memikirkan perasaan Miyoung. Dia tahu Miyoung gayat, tapi dia fikir sahabatnya itu akan baik-baik sahaja kerana Sehun ada disana. Rupa-rupanya, dia salah.
"Tapi Seul. Aku lagi takut kalau Sehun tak nak jumpa aku lagi. Dia salahkan diri dia sendiri. Ini bukan salah dia.." sambung gadis itu. Dia menitiskan air mata.
Seulgi mengangguk faham. Dia mengelap air mata Miyoung.
"Makanlah dulu. Muka kau pucat sangat ni. Nanti sakit lagi," pintanya. Seulgi membuka makanan yang dibawa dari luar dan bukannya yang diberi oleh jururawat.
"Sehun yang bagi. Dia suruh aku serahkan pada kau. Dia kata dia tahu makanan hospital tak sedap," kata Seulgi lagi.
"Kenapa dia tak bagi terus pada aku?"
"Dia masih lagi rasa bersalah."
Mendengar penjelasan Seulgi, makinlah Miyoung tak mahu makan. Dia mengalihkan kepala memandang ke tepi, tak mahu menghadap Seulgi. Seulgi berdecit.
"Aku faham kau kesal dengan Sehun. Tapi makanan ni tak boleh membazir. Sikit je," pintanya. Miyoung menggeleng.
"Bagi dia balik. Selagi dia tak nak jumpa aku, selagi tu aku tak mahu makan. Bagi aku makan makanan hospital je."
Seulgi menghela nafas panjang. Susah juga nak berdepan dengan rakan yang degil. Tapi dia perlu memahami Miyoung sekarang. Tak mudah untuk Miyoung menghadapi semua ini.
"Aku letak dekat sini. Mana tahu kejap lagi kau makan..."
"Erm Miyoung. Kau tahu kan pasal artis Korea yang nama dia Kim Seon Ho. Dia kan—"
Seulgi mengubah topik supaya mereka tidak kekal dalam situasi janggal ini. Perlahan-lahan, dia mula membuat Miyoung melupakan hal Sehun sebentar.
...
Tuan Oh memandang Sehun yang sedang dipeluk isterinya itu. Dia tak sangka yang anaknya ini boleh sampai ke tahap sesedih ini. Tak kira berapa tua sekali pun umur anaknya itu, dia tetap menganggap Sehun seperti bayi yang pernah didukungnya dahulu.
Melihat Sehun menangis kerana takut melukakan Miyoung membuat dia sayu. Anaknya yang kuat itu kini lemah kerana seorang gadis.
"Jangan macam ni, Sehun. Miyoung sakit. Takkan kamu nak tinggal dia macam tu je?" ujar Puan Oh. Belakang Sehun ditepuk-tepuk perlahan.
"Omma cadangkan kamu bercakap dengan Miyoung slow-slow. Miyoung pun tak salahkan kamu, Sehun."
"Tetap salah Hun," ujar Sehun. Tuan Oh menghela nafasnya panjang.
"Kamu rehat lah dulu Sehun. Kamu pun belum kena periksa lagi. Tinggi kamu jatuh tadi," Tuan Oh menyampuk.
Serisau dia pada Miyoung, dia lagi risaukan anak lelakinya ini. Dia nampak bagaimana kuatnya Sehun tergolek diatas tanah saat mendarat tadi. Tak mungkinlah Sehun tak tercedera. Kalau Miyoung pun boleh cedera, Sehun apatah lagi?
"Saya okey. Miyoung lagi penting. Omma dengan appa balik lah dulu. Jangan risau. Saya tak akan pergi mana-mana. Saya tetap akan jaga Miyoung walaupun dari jauh," jelas Sehun.
Puan Oh memandang suaminya itu. Mereka pun tak boleh menahan Sehun kalau anak mereka dah berkeras seperti itu.
to be continued
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...