Part 2

346 29 19
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Miyoung merebahkan tubuhnya diatas tilam selepas pulang dari shopping. Dia mengeluh perlahan. Perutnya sudah pun kenyang selepas dibelanja Irene tadi.

Dia merenung atap. Rumahnya yang sederhana itu ditilik. Tak semewah rumah Irene. Rumahnya boleh dikatakan reban ayam sahaja.

Ibu bapanya telah pun meninggal sewaktu dia kecil dulu. Dia dibesarkan dirumah anak yatim dan keluar selepas berumur 19 tahun. Waktu itu lah, dia berjumpa Irene dan Seulgi di universiti.

Mereka berkawan sehinggalah begitu rapat seperti keluarga. Awalnya, susah nak bergaul dengan keluarga Irene kerana mereka bukan dari kasta yang sama.

Ibu bapa Irene pun pada awalnya mencurigai dia dan Seulgi. Tapi lama-kelamaan, mereka melayannya seperti anak kandung sendiri. Kata mereka, dia dan Seulgi tak seperti kawan sekolah menengah Irene.

Kawan sekolah Irene agak tamak dan selalu mempergunakan kebaikan Irene. Yelah, walaupun kena scam, kekayaan mereka tak akan habis.

Tapi Miyoung dan Seulgi lain. Mereka tak suka dilayan dengan duit. Mereka memang ikhlas untuk berkawan sampaikan pernah pergi bercuti dengan keluarga Irene diluar negara dulu.

Miyoung mengeluh. Dia memandang gaun yang dibelikan oleh Irene itu.

"Kalaulah aku tukar hidup dengan kau, Rene, aku tak akan mengeluh lagi," keluhnya.

Miyoung bangun dan duduk diatas lantai. Dia mengelamun.

"Atau mungkin ada orang datang dan tawarkan kehidupan lebih baik pada aku? Cis, berangan je. Siapa je nak tanggung aku ni."

Berangan jelah, Miyoung.

...

"Aku dengar Steven oppa balik tahun ni.. Betul ke?" tanya Seulgi sambil mengecat kuku kakinya dengan warna kuning.

Irene yang sedang membaca majalah disebelahnya mengiyakan sahaja. Rumor telah tersebar nampaknya. Ini mesti pembantu-pembantunya yang bergosip.

Miyoung menoleh. Dia teringat akan lelaki bernama Steven yang sering disebut oleh Irene.

Sepupu Irene itu katanya baik dan gentleman. Dia selalu melayan Irene seperti puteri raja.

"Steven oppa yang duduk dekat UK tu?" celah Miyoung, tertarik dengan perbualan tersebut.

Irene mengangguk lagi. Dia membuang majalah tersebut ke bawah katil dengan mudah sekali seperti saat dia melempar duit.

"Korang tahu tak jarang Steven oppa nak balik sambut birthday aku? Sebab tu aku kata tahun ni istimewa selain daripada sebab Suho! Dia dah macam abang kandung aku tau?!" jerit Irene, gembira. Seulgi turut sama tersenyum mendengarnya.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now