Part 16

240 24 4
                                    

Hari-hari berlanjutan seperti biasa. Sehun sekarang lebih gemar menginap dirumah keluarga Bae daripada penthousenya sendiri. Sebabnya, cuma dia dan Miyoung sahaja tahu.

Miyoung perasan dari hari ke hari Sehun pasti ada sahaja ulah untuk mendapatkan perhatiannya. Sampaikan dia pernah sengaja melanggar Miyoung supaya dapat memegang tangan gadis itu.

Ada hari tu, sewaktu Miyoung, Irene dan Seulgi sedang bermain ditepi kolam renang, Sehun sengaja berjalan ke sana dan mengenyitkan matanya kearah Miyoung. Tak pasal-pasal Miyoung tersedak dan terjatuh ke dalam kolam.

Ada pula saat dimana Sehun secara tiba-tiba pulang dengan membawa sejambak bunga ros ditangannya. Baru Miyoung nak perasan, Sehun tiba-tiba mengubah haluannya dan menyapa orang lain. Rupa-rupanya, dia memberikan bunga tersebut kepada pembantu rumah yang boleh digelar nenek oleh mereka. Sikit sahaja lagi Miyoung nak memalukan dirinya.

Sehun geli hati melihat ekspresi Miyoung. Dia sepertinya ingin mengejek gadis itu kerana perasan. Padahal, memang dia nak beri pada Miyoung, cuma dia sengaja nak mengusik sahaja.

Semenjak tinggal diistana keluarga Bae juga, Sehun lah yang menjadi pemandu kepada Miyoung dan Irene untuk ke kampus. Selalunya, Irene yang duduk didepan bersama Sehun kerana Miyoung memberi alasan yang dia masih tidak selesa dengan lelaki itu.

Irene juga tidak bertanya lebih. Gadis itu lebih peduli tentang temu janjinya bersama Junmyeon sahaja. Apalah nasib jadi bujang.

Sudah hampir masuk sebulan Miyoung tinggal bersama Irene. Secara tiba-tiba, Sehun berkelakuan normal. Tak ada perangai aneh. Tak ada prank bodoh. Tak ada percakapan tidak penting. Tak ada pertemuan dibelakang keluarga Bae secara diam-diam dan sebagainya.

Lelaki itu juga lebih fokus dengan kerjanya sepanjang Miyoung memerhatikan Sehun. Kadang-kadang, dia nampak Sehun yang terlalu lelah sampaikan tertidur diruang tamu. Tapi takkan lah dia nak tanya kan? Nanti Sehun fikir dia dah menyerah pula.

"Miyoung, hari ni aku balik dengan Junmyeon tau? Dia nak ajak pergi Lotte World," ujar Irene seusai selesai mengemas barang-barangnya. Miyoung termangu seketika.

"Kejap! Nak ikut!" pinta Miyoung. Kalau Irene tak balik dengan dia maknanya dia akan naik kereta bersendirian dengan Sehun. Tak nak lah dia.

"Apa? Ikut dating. Oh no honey. Jangan harap kau boleh menyibuk! Steven oppa bukan makan orang pun. Dahlah aku dah lewat ni baibai! Junmyeon-ah! Baeby datanggg!" Irene terus berlari mendapatkan Junmyeon yang sudah menunggunya diluar kelas.

"Yahh! Bae Irene! Irene! Irene jangan tinggal aku!!"

Miyoung menjerit memanggil nama Irene dengan cemas. Dia dalam dilema sekarang. Nak kejar Irene atau kemaskan barang-barangnya dulu? Miyoung mendengus kasar. Dia kembali ke tempat duduknya dan kembali mengemas.

Dalam hatinya dia mencarut dan meminta agar Sehun sibuk hari ini. Balik dengan bas pun jadilah asalkan bukan dengan Sehun.

Miyoung berjalan sendirian tanpa Seulgi kerana gadis itu tidak hadir hari ini. Seulgi mengalami demam campak katanya. Dulu waktu kecil Seulgi tak pernah rasa demam campak. Bila dah dewasa ni, tiba-tiba terkena pula. Kesian. Harapnya Seulgi cepat sembuh.

Miyoung menunggu dihadapan dewan utama, tempat dimana pelajar sentiasa menunggu selain perhentian bas diluar sana. Sehun masih belum hadir nampaknya. Kalau Sehun lewat lima minit lagi, Miyoung akan pergi sahaja menaiki teksi.

"Lama tunggu?" soal seseorang dibelakang Miyoung sambil tersenyum manis. Saat Miyoung menoleh, wajah gadis itu terus masam mencuka.

Sehun.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now