"Ya! Aku lulus!""Siapa yang dengar tadi?"
"Itu.. aku tak berapa ingat lah nama dia.."
"Rupa dia macam mana?"
"Err.. tua.. perut boroi.."
"Ahh! Pakcik Ahn kot!"
"Haha. Ye kot.."
Miyoung meneguk air jusnya dengan gugup. Dia tak mahu Irene tahu Sehun yang bersamanya tadi. Nanti kecoh pula. Mereka bertiga dah diluluskan dan boleh terus proceed kepada tugasan berkumpulan.
"Eh esok takde kelas. Kau kerja ke Miyoung?"
"Kerja walaupun esok cuti umum. Sebab ada pelanggan dah tempah,"
"Ala. Baru nak aja sleepover.."
"Esok je. Lusa tu kan kita ada kelas lagi."
"Jangan kerja kuat sangat Miyoung. Jaga kesihatan jugak tau?"
Miyoung mengangguk faham. Irene lah orang yang paling risau sekali pasal dia. Berkali-kali dia cuba untuk meminta Miyoung berhenti dulu.
"Aku balik dulu weh! Omma appa dah bising ni!" ujar Seulgi, kalut.
"Okey!" jawab Irene dan Miyoung.
Miyoung melihat jam pada kafe yang sedang dia lepak sekarang. Dah nak tengahari. Elok rasanya dia balik sekarang. Nak tidur petang. Esok kena bangun awal.
"Rene. Aku pun nak baliklah,"
"Okey. Pergilah,"
"Kau call driver kau dululah. Mana boleh aku tinggalkan kau sorang-sorang,"
"Tak apa. Aku tengah tunggu Suho sebenarnya,"
"Kalau macam tu aku tunggu sampai dia datang,"
"Tak payah. Dia dah ada kat belakang kau tu,"
Irene menunjuk kearah sekumpulan lelaki yang sedang melepak tak jauh dari mereka. Suho dah lama ada didalam kafe memerhati Irene rupanya. Miyoung menghela nafas lega.
"Yelah. Hati-hati tau?"
"Baik, akak,"
"Akak pale Suho kau."
Miyoung keluar dari kafe dan menuju ke perhentian bas.
Dia berdiri berdekatan penghadang dan menunggu bas. Ramai juga orang disitu sekarang sampai tak ada tempat duduk.
Tak lama kemudian, sebuah kereta BMW berhenti dihadapan Miyoung. Macam pernah nampak sahaja kereta ni. Gumam hati Miyoung.
Sehun keluar dari kereta dan berdiri dihadapan Miyoung. Gadis-gadis diperhentian bas mulai berfangirling. Miyoung terkebil-kebil memandangnya.
"Oh.. Sehun.. Ada apa?"
"Aku nak beli kau."
Krik..krik..
Semua orang yang berada diperhentian bas terkejut. Miyoung pula melongo. Orang disekelilingnya dipandang. Mulut Sehun ditekup dengan pantas. Dia tersenyum kekok kearah mereka yang sedang memandangnya.
Dia menarik Sehun agar menjauhi perhentian bas. Setelah yakin perbualan mereka tidak akan didengari, Miyoung melepaskan Sehun.
"Cakap tak boleh kuat lagi ke?! Kalau orang dengar macam mana?!" marah Miyoung.
Lelaki dihadapannya itu ditenung, geram.
"Aku peduli apa. Aku cakap aku nak beli kau. Bagitahu harga kau sekarang."
Kim Miyoung pening. Dia tak tahu apa masalah lelaki dihadapannya ini.
Sehun ada masalah dengan otak dia ke? Semalam dia berjumpa Sehun, lelaki ni tiba-tiba cium pipi dia. Harini, Sehun tengking dia tapi terus berubah baik tak lama selepas tu.
Sekarang, lelaki ni kata nak beli dia pula. Ada nampak dia macam kantung beras ke?!
"Kau nampak ada tanda harga ke atas dahi aku?!" marah Miyoung.
"Tak ada."
"Habistu?! Kau ingat aku beras ke yang kau boleh cubit, cucuk dan tampar macam ni lepastu beli?!"
Miyoung mencubit, menyucuk dan menampar punggung Sehun sambil bercakap. Dia terkedu. Dia buat apa tadi?
Miyoung mendongak memandang muka Sehun. Lelaki ini nampaknya suka dengan apa yang Miyoung baru buat. Dia menayangkan wajah byuntaenya sekarang.
"Bila kau buat macam tu. Hati aku rasa terkobar-kobar nakkan kau,"
krek!
Miyoung rasa ada sesuatu yang sedang berlanggar didalam kepalanya.
"Sehun.. aku baru kenal kau.. itu beberapa hari lepas.. dan kau tu sepupu Irene. Kau sedar tak aku boleh laporkan benda ni pada dia?"
"Do you think she will believe in you?"
"Dia kawan aku "
"And I'm her brother. Her one and only trusted brother,"
"Kenapa tiba-tiba? Tadi elok-elok kau bercakap dengan aku. Sekarang kenapa kau bunyi macam lelaki miang?"
"Because i want you...to fit my body.."
Miyoung terkejut. Sehun berjalan mendekati Miyoung. Gadis itu pula mengundur.
"Aku boleh tanggung seluruh hidup kau. Asal kau benarkan aku untuk beli kau,"
"Kau ingat aku ni sugar baby ke apa?! Aku boleh jaga diri sendiri lah! Aku masih mampu!"
"Tak selagi aku ada. Selagi kau tak terima, selagi tu lah..aku boleh hancurkan apa yang kau ada.." Sehun tersenyum sinis.
"Aku tak boleh dibayar dengan duit!" jerkah Miyoung.
"Jadi aku nak bayar dengan apa ni? Aku free malam ni,"
Miyoung menampar pipi Sehun sekuat hati. Orang-orang diperhentian bas memandang mereka, terkejut. Mata Miyoung berair. Sehun dah melampau.
"Aku ada maruah lah!!" marahnya. Miyoung menatap Sehun, penuh kebencian.
Kebetulan, bas telah pun sampai. Miyoung berlari menaiki bas dalam keadaan sebal. Dia tak sangka air mukanya jatuh hari ni disebabkan Sehun. Lelaki tak berguna tu. Air matanya diseka.
"Aku tak akan berhenti Miyoung!"
Sehun menoleh kearah bas yang sedang bergerak meninggalkan perhentian. Miyoung yang berada ditepi tingkap itu dijeling.
"Aku takkan berhenti selagi aku tak dapatkan kau, Kim Miyoung.."
Bajunya dibetulkan. Sehun masuk ke dalam kereta dengan wajah tak bersalah walaupun dia ditatap ngeri oleh beberapa penumpang bas yang masih menunggu bas seterusnya.
"Hello Chanyeol.. Aku nak kau buat sekarang.. Ya.. Sekarang.."
to be continued
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...