Sehun merenung bangunan usang yang berada di hadapannya. Dia sedang menunggu di dalam kereta, berselindung di sebalik bangunan lain sambil memerhati ketibaan Chanyeol dan Miyoung.
Beberapa pihak polis juga telah berada di sana dan mereka juga sedang menyorok terlebih dahulu. Sehun frust. Dia sampaikan berkali-kali merenung langit, meminta maaf kepada ibu bapa Miyoung yang telah tiada itu kerana kecuaiannya.
Junmyeon yang berada di dalam van polis di belakang kereta Sehun menghubungi lelaki itu.
"Hun.. Ada sebuah kereta masuk dari arah kiri kau. Jangan keluar selagi kami tak bagi arahan. Dia mungkin ada bawa senjata berbahaya.." ujarnya.
Sehun meraut wajahnya, resah. Sebuah kereta hitam meluncur laju sampai ke bangunan yang sudah lama ditinggalkan itu. Chanyeol keluar dari sana dan menarik Miyoung keluar dari kereta.
Sehun hampir-hampir sahaja membuka pintu kereta sebelum dicegah Jongin. Lelaki itu menggeleng. Dia menunjuk kearah pistol yang berada di belakang poket seluar Chanyeol.
Meski pandangan mereka terganggu kerana hujan, tapi mereka masih boleh nampak dengan jelas senjata berbahaya itu.
Mereka juga khawatir Chanyeol bakal melepaskan tembakan kalau Sehun keluar sekarang. Sehun mengetap gigi. Dia melihat bagaimana kasarnya Chanyeol memperlakukan Miyoung.
Di hadapan matanya, Chanyeol membawa Miyoung seperti seorang hamba. Tangan gadis itu diikat seperti tambatan lembu. Sehun menumbuk dashboard kereta dengan geram.
"Jun, takkan nak berdiam diri je? Isteri aku kot kat dalam tu!" marah Sehun.
"Sabar. Chanyeol mungkin ingat yang kita tak sampai lagi. Kita tunggu sampai pukul lima atau sampai dia telefon balik. Ingat Sehun, nyawa Miyoung berada di tangan Chanyeol sekarang." ujarnya.
Lemah lutut Sehun mendengar perkataan tersebut. Dia tak mampu menangisi kelalaiannya. Telefonnya dipandang, menunggu bila Chanyeol mahu menelefonnya.
Sehun mengusap cincin perkahwinannya itu. Tak lama kemudian, telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Chanyeol.
"Miyoung mana?! Aku nak bercakap dengan dia?!" tempik Sehun sebelum sempat Chanyeol berbicara.
"Sehun.. sabar!" bisik Jongin. Dia takut Sehun ternaikkan darah Chanyeol. Kedengaran suara Miyoung sayup-sayup memanggil nama Sehun di sebalik telefon.
"Kau bawa surat perceraian tu?" soal Chanyeol.
"Aku nak bercakap dengan isteri aku!" tegas Sehun.
"Tak ada surat, tak ada isteri.." balas Chanyeol.
"Setan! Kalau kau tengah bercakap pasal diri sendiri, aku boleh je nak tolong tepuk tangan untuk kau."
"Hahaha! Pity Oh Sehun. Risau ya, kalau aku sentuh kekasih aku ni?"
"Kekasih? Kau jangan nak berangan Park Chanyeol! Apa motif kau culik isteri aku?!" jerit Sehun. Jongin yang berada di sebelah mengeluh mendengar tempikan Sehun itu.
Junmyeon dan beberapa orang polis yang mendengar perbualan itu juga terpaksa menanggalkan headphone mereka. Cukup mendengar tanpa membuka pembesar suara.
"Motif? Hmm, aku fikir Miyoung dah beritahu semuanya. Aku dengan Miyoung pasangan kekasih," jelas Chanyeol, membuatkan Sehun rasa ingin menembak lelaki itu sehingga mati.
"Dia isteri aku! Siapa kau nak panggil dia kekasih kau?!"
"Lah. Aku kekasih pertama dia. Membesar pun sama-sama dengan dia. First in everything.. Dia tak beritahu ya? Kesiannya.." sindir Chanyeol.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...