Everytime - Chen ft. Punch
Sudah setahun Miyoung dan Sehun menjalinkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Ya, mereka masih belum berkahwin kerana Sehun terlalu sibuk sehinggakan mereka terlupa akan hal itu.
Miyoung pun sepertinya sudah tidak ambil serius akan hal itu kerana mereka sentiasa berjumpa setiap hari. Dan bagi gadis itu, ini bukan waktu yang sesuai untuk menjadi ibu muda. Disebabkan beberapa kali rancangan mereka ditunda, Miyoung pun nampaknya dah terlalu tawar hati. Baginya, kahwin atau tidak, sama sahaja. Hari-hari pun jumpa Sehun. Makan pun dengan Sehun. Apa yang pentingnya berkahwin? Sehun pun nampaknya tidak terlalu memaksa.
Daeng! Sehun sebenarnya dah tiap-tiap hari merungut bila mereka boleh melangsungkan perkahwinan. Cuma masa tidak mengizinkan. Sampaikan pernah satu tahap, Sehun bertanya jika gadis itu masih mencintainya lagi atau tidak. Dia takut kalau cinta Miyoung memudar darinya.
Tak jarang Sehun asyik memberi petunjuk yang dia mahu mengahwini Miyoung. Cuma Miyoung buat-buat buta sahaja. Dia tak mahu Sehun terlalu tertekan.
Miyoung keluar dari teksi sebaik sahaja sampai dihadapan sebuah bangunan pencakar langit. Dia membuka cermin matanya sambil mendongak keatas. Ini adalah syarikat dimana dia akan bekerja sekarang bersama Irene dan Seulgi.
Hari ini akan menjadi hari pertama Miyoung bekerja dengan pasukan pengurusan di syarikat ini. Bukan senang nak dapatkan jawatan ini. Diulangi, dia berjaya bekerja disana bukan atas bantuan Sehun ya. Dia berusaha sendiri.
"Woi Kim Miyoung!" Jeritan Seulgi kedengaran. Dia sudah pun berada berhampiran dengan pintu masuk sambil melambai-lambai kearah Miyoung.
"Yeee Kang Seulgi-yaaa!!" Balas Miyoung lantas melompat dari penghadang diseberang jalan menuju kearah Seulgi.
Sikit sahaja lagi dia nak terjatuh kerana melompat. Sudahlah dia memakai skirt. Buatnya kain terkoyak tadi. Malu lah.
Miyoung menyapa Seulgi sambil berpelukan. Walaupun dah bertemu hari-hari, tapi hari ini yang paling bermakna buat mereka.
"Irene mana?"
"Katanya dah ada dekat dalam. Jom lah?"
Mereka masuk ke dalam dengan senyuman termanis yang boleh diukir. Tak sabar nak jumpa dengan bos.
...
"Annyeonghaseyo, Bae Irene imnida," perkenal Irene sambil menunduk. Para pasukan sekerja menepuk tangan mempelawa kehadiran mereka.
"Annyeong! Kang Seulgi imnida! Saya akan bekerja keras sepanjang berada disini!" Kata Seulgi. Sekali lagi dia menerima tepukan juga.
"Annyeonghaseyo. Kim Miyoung imnida. Sila beri tunjuk ajar," Miyoung juga disambut dengan baik. Seterusnya, ada dua orang lagi lelaki yang turut sama memperkenalkan diri mereka. Mereka bernama Kim Doyoung dan Moon Taeil.
Miyoung tak ambil kisah sangat memandangkan dia datang ke sini bukan untuk berkenalan dengan lelaki kacak.
Ketua pengurusan, Bae Jinwoo menepuk tangannya. Dia tersenyum memandang pekerja-pekerja barunya itu.
"Taeyeon. Kamu boleh tunjukkan pada mereka bertiga meja mereka. Mereka dibawah kamu sekarang. Dan Taeyong, kau uruskan diorang berdua ni," ujar Bae Jinwoo kepada kedua Taeyeon dan Taeyong.
Ketiga-tiga gadis itu nampak bagaimana lainnya Bae Jinwoo melayan Taeyeon dan Taeyong. Sungguh berbeza Ops. Ada orang jatuh cinta ditempat kerja ke ni? Atau cinta bertepuk sebelah tangan?
"Hai. Aku Kim Taeyeon. Panggil Taeyeon je. Aku akan jadi ketua korang mulai harini," ujar Taeyeon sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Mereka menyambutnya dengan sopan.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...